Negara berpendapatan tinggi, Rakyat berpendapatan rendah

1
2156

Bagaimanakah sebuah negara kecil dengan rakyat sekecil 30 juta orang akhirnya mempunyai jurang pendapatan antara paling lebar di rantau ini, ujar Anas Alam Faizli.

Income inequality: Te necessities of life are getting more and more out of reach of normal citizens
Income inequality: The necessities of life are getting more and more out of reach of normal citizens

(English version below)

Struktur semasa sosio ekonomi Malaysia boleh disimpulkan dalam empat perkataan, “Negara Kaya, Rakyat Miskin.”

Malaysia dirahmati dengan sumber alam semulajadi yang pelbagai dengan petroleum sebagai sumber yang paling bernilai. Diberkati dengan tanah subur, hasil mahsul, dan populasi golongan belia yang besar, Malaysia mempunyai semua ramuan penting yang diperlukan untuk jauh maju kehadapan. Bagaimanakah sebuah negara kecil dengan rakyat sekecil 30 juta orang akhirnya mempunyai jurang pendapatan antara paling lebar di rantau ini? Beza kaya dan miskin paling luas! Inilah persoalannya. Apakah yang telah berlaku?

DEB: Niat yang mulia, awalnya

DEB ialah dasar gah yang digerakkan oleh dua iltizam: tindakan proaktif kita untuk mula membangunkan sebuah negara yang baru merdeka, dan reaksi kita kepada sistem pecah dan perintah British.

Buku teks mencatatkan yang DEB mempunyai strategi serampang dua mata: penghapusan kemiskinan dan penstrukturan semula masyarakat. Tetapi budaya popular dan artikulasi massa tidak boleh mengelak dengan mengaitkan DEB dengan agenda bumiputera yang sangat mendalam terbenam dalam terasnya, yang mana menyasarkan pemilikan 30 peratus ekuiti Bumiputera dalam ekonomi Malaysia.

Tetapi “perkongsian ekonomi” di sini rupa-rupanya mempunyai konotasi dan implikasi yang lebih luas. Ia merentasi daripada aset dan pemilikan ekuiti, sehinggalah kepada perolehan kontrak, kuota pendidikan, dan dasar pekerjaan. Bumiputera ialah kumpulan etnik termiskin. Maka ideanya ialah untuk melakukan diskriminasi positif untuk bumiputera, meletakkan mereka dalam landasan yang sepatutnya, seterusnya menjayakan pemilikan ekuiti yang lebih tinggi dalam ekonomi. Dan kita memulakan perjalanan yang memilukan dalam perjuangan sebuah tindakan afirmatif.

Seiring dengan masa dan pelbagai rancangan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia yang telah dilaksanakan, perubahan yang menakjubkan telah berlaku. Bumiputera dan semua rakyat Malaysia, secara umumnya, pada masa kini memiliki lebih banyak aset daripada ibubapa mereka. Kelas pertengahan muncul dan berkembang. Tahap kemiskinan, diukur daripada ukuran tersendiri, telah jatuh daripada 49.1 peratus kepada 1.7 peratus seperti yang dilaporkan dalam Kajian Pendapatan Isirumah 2012 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Bencana “trickle-down”

Malangnya, pada tahun 1990 sasaran ekuiti masih jauh untuk dicapai. Masa sudah semakin suntuk dan Malaysia mengambil jalan mudah dengan rancangan kesan “trickledown” yang tidak di rancang dengan sempurna. Malaysia melakukan cara mudah dengan mengayakan dan memperkasakan beberapa orang Bumiputera yang akan menjadi usahawan berjaya dan pemilik aset dan percaya kesan penggandaan berterusan, yang akan mengalir dan memberi kesan kepada keseluruhan komuniti bumiputera. Ketika itu dipercayai, falsafah untuk kesan “trickle-down” tidak akan dapat dielakkan.

Kesan “trickle-down” tidak berkesan dahulu dan tidak juga berkesan pada masa sekarang dan akan datang. Malah Perdana Menteri Najib Razak sendiri mengakuinya dalam temubual baru-baru ini dengan Martin Soong daripada CNBC. Hakikatnya, ia memperluaskan lagi jurang kaya dan miskin dalam strata rakyat Malaysia. Ia telah menjadi sesuatu yang kita berpaut kepadanya sekuat mungkin dan masih mempercayainya sebagai kebenaran.

Belum lagi berjaya dengan matlamat lama, kita mengorak langkah dengan mimpi baru, iaitu sebuah “Impian Malaysia” yang baru. Sudah tentu, secara semula jadi langkah seterusnya adalah untuk memperkembang dan memperbesarkan saiz kelas menengah yang sudah ada. Soalnya, adakah ini benar berlaku?

Satu lagi sasaran tidak tercapai?

Impian baru ini adalah mimpi dan cita-cita supaya Malaysia mencapai status negara berpendapatan tinggi. Ini akan menjadi kenyataan dengan mencapai pendapatan per kapita US$15,000 menjelang tahun 2020. Untuk mereka yang tidak terlatih dalam bidang ekonomi, jangan khuatir. Ia hanya bermakna yang Pendapatan Negara Kasar (GNI) negara ini, yang diukur daripada pengeluaran dalam negara dijumlahkan dengan pendapatan tetap daripada luar negara, yang apabila dibahagikan dengan jumlah penduduk negara ini, mestilah bernilai US$15,000. Buat masa ini, Malaysia berada pada tahap US$9,970 dan kita telah dijamin yang sasaran ini boleh dicapai sekitar tahun 2017-2018.

Abaikan sahaja yang kebanyakan isi rumah yang relatifnya berpendapatan rendah masih menemukan diri mereka dalam situasi yang tidak banyak berubah. Abaikan sahaja yang isirumah Bumiputera masih berada dalam kelompok 40 peratus terbawah dalam strata isirumah di Malaysia. Abaikan sahaja yang walaupun kebanyakkan pendapatan negara ini pada tahun 2020 berkelompok dan berfokus hanya kepada 100 orang di negara ini, kita masih boleh mencapai sasaran US$15,000 per kapita kerana ia dibahagikan secara kasar dengan keseluruhan populasi. Sasaran ini hanyalah satu nombor yang tiada makna jika relatifnya rakyat susah!

Indikator yang digunakan untuk mengukur konsep negara berpendapatan tinggi sangat bermasalah. Banyak pihak dalam komuniti penyelidikan dan gerakan awam sudah menyuarakan kebimbangan mereka kepada kaedah yang digunakan untuk mengukur pendapatan menggunakan dollar Amerika. Ia bukanlah matawang yang majoriti rakyat Malaysia perolehi dan gunakan. Jadi, apabila ringgit lebih kukuh daripada dollar Amerika tahun lepas, kita mempunyai seribu alasan untuk mempersoalkan adakah GNI per kapita yang diukur dalam terma dollar Amerika benar-benar melambangkan pertumbuhan sebenar per kapita, dan sama ada sasaran ini sebenarnya dapat dicapai.

Sungguhpun begitu, walaupun kita meletakkan soal pertukaran matawang ini ditepi, di sini izinkan saya buktikan mengapa sasaran US$15,000 per kapita tidak boleh menjadi “impian” bersama yang dapat dibanggakan sepenuhnya, jika dicapai kelak.

Di bawah ialah di antara sebab-musababnya:

Negara kaya raya, Rakyat papa kedana

Pertamanya, majoriti isirumah rakyat Malaysia, yakni hampir 90 peratus pendapatan mereka hanya bersumberkan daripada upah dan gaji, termasuklah yang bekerja sendiri. Malah kepada sebahagian yang mampu memiliki sedikit aset, hakikat ini masih benar. Apatah lagi bagi mereka yang langsung tidak memilik aset, dan seterusnya tidak memperolehi pendapatan daripada aset yang dimiliki.

Perlu diingatkan bahawa KDNK Malaysia (jika diukur menggunakan kaedah pendapatan) akan dipecahkan kepada beberapa bahagian: 28 peratus upah dan gaji, 67 peratus keuntungan perniagaan (termasuklah pendapatan bersama) dan 5 peratus cukai dan subsidi. Apakah yang dimaksudkan dengan ini? Ia bermakna daripada keseluruhan KDNK, hanya 28 peratus terhasil daripada sumbangan upah dah gaji populasi Malaysia yang bekerja. Ini adalah sangat rendah!

Sepanjang 15 tahun yang lepas, sumbangan daripada upah dan gaji kepada KDNK Malaysia berolak-alik di antara 26 hingga 32 peratus dan satu-satunya sebab ia mencapai 32 peratus ialah kerana kegawatan ekonomi 2008 apabila keuntungan syarikat berkurangan. Di Singapura, angka upah dan gaji yang menyumbang kepada KDNK sudah setinggi 42 peratus pada tahun 1997.

Di negara-negara maju seperti Korea, Kanada, UK dan Jepun, jumlah upah dan gaji masing-masing ialah sebanyak 46 peratus, 51 peratus, 55 peratus dan 52 peratus. Rakyat Malaysia tidak memperolehi pecahan besar daripada pengeluaran negara yang masuk ke dalam poket mereka! Perkara ini menjadi lebih buruk; dokumen ETP (A Roadmap for Malaysia: Chapter 2) sendiri meletakkan ukuran yang meramalkan upah di dalam KDNK untuk NKEA akan jatuh sehingga 21 peratus pada tahun 2020! Apa yang kita cuba hebahkan dan apakah keutamaan kita yang sebenarnya?

READ MORE:  Forbes 50 should lead donations to ‘Save Malaysia Fund’

Malah, sepanjang 15 tahun lepas, gaji untuk pekerja di Malaysia telah terkebelakang dengan pengeluaran kita. Kadar pertumbuhan pengeluaran adalah selari dengan kadar pertumbuhan upah sekitar 1998, tetapi selepas itu perlahan-lahan ia jatuh ketinggalan di belakang. Sehingga tahun lepas, pengeluaran dalam sektor pembuatan ialah 45 peratus melebihi upah. Ia boleh diterjemahkan secara kasar yang pekerja kita menerima gaji kurang daripada sepatutnya dalam kadar 45 peratus. Semua ini menunjukkan yang GNI per kapita tidak mewakili dengan baik pendapatan majoriti rakyat Malaysia yang menikmatinya sebagai upah dan gaji. Malah tiada makna apa-pun yang relevan dengan rakyat umum.

Keduanya, lebih daripada 90% tenaga kerja penerima upah tidakpun menerima gaji yang banyak. Hanya 11.0 peratus daripada pendapatan negara diterima daripada cukai pendapatan individu dan hanya 1.0 juta daripada 10.8 juta tenaga kerja layak untuk membayar cukai. KWSP melaporkan yang 78.6 peratus daripada penyumbangnya memperolehi RM3,000 sebulan atau kurang. Ini sekali lagi menunjukkan betapa rendahnya pendapatan majoriti rakyat Malaysia pada tahap individu. Jadi apakah negara berpendapatan tinggi yang kita ingin capai dalam masa beberapa tahun akan datang? Adakah sebuah negara berpendapatan tinggi dengan majoriti Rakyatnya berpendapatan rendah?

Ketiganya, satu lagi isu besar ialah kuasa membeli rakyat. Pendapatan tinggi semata-mata tidak semestinya diterjemahkan ke dalam kesejahteraan ekonomi dan kualiti hidup yang lebih baik sekiranya pendapatan tinggi tidak boleh memberi rakyat kuasa membeli yang tinggi. Analisis mudah akan menunjukkan bagaimana seorang graduan pada 1980 mempunyai kuasa membeli lebih tinggi dibandingkan dengan graduan pada hari ini. Dengan anggaran gaji asas RM1,000 seorang graduan boleh memiliki sebuah Opel Gemini berharga RM12,400 atau 12 bulan gajinya dan membeli sebuah rumah yang baik, mungkin di Taman Tun, berharga RM62,000 atau 56 bulan gajinya.

Hari ini, dengan bayaran pokok sebanyak RM2,500 atau hanya 2.5 peratus tinggi daripada graduan tahun 1980, sebuah Mazda 6 sekarang berharga RM178,000 atau lebih kurang 71 bulan gaji bulanannya dan sebuah rumah yang baik jauh di luar Kuala Lumpur, katakan di Nilai yang berharga RM350,000 atau 140 bulan gaji bulanannya. Kos sara hidup telah meningkat dengan sangat tidak masuk akal dan kuasa membeli seorang pekerja secara puratanya telah berkurangan dengan sangat nyata.

Keempat ialah isu jurang kaya dan miskin, dan sehingga kini isu ini ialah hujah terkuat untuk menentang sasaran negara berpendapatan tinggi US$15,000. Ada sebab mengapa ahli akademik, kumpulan masyarakat sivil dan rakyat melaungkan sepanduk ketidaksamarataan; Malaysia antara negara yang tinggi jurang kaya dan miskin di rantau ini. Pada 3 Ogos 2013, Menteri Kewangan Kedua Ahmad Husni mengakui perkara ini.

Pertumbuhan pendapatan diukur daripada tahun 1970 telah menunjukkan yang 20 peratus kelompok teratas jauh meninggalkan kelas pertengahan yang mewakili sebanyak 40 peratus dan 40 peratus selebihnya tergolong dalam kelompok terbawah isi rumah, sementara jurang pendapatan antara mereka secara puratanya membesar. Pekali GINI, yang mengukur darjah jurang antara pendapatan tertinggi dan pendapatan terendah, kekal tinggi di antara 0.43 sehingga 0.44 tanpa perubahan sepanjang 20 tahun di Malaysia.

Memperolehi RM10,000 sebulan dalam sebuah isi rumah sudah pun meletakkan anda dalam kedudukan 4 peratus teratas dalam isi rumah Malaysia, dan secara asasnya tergolong dalam kumpulan yang sama dengan kelompok hartawan Malaysia seperti Ananda Krishnan. 73 peratus isi rumah memperolehi kurang daripada RM5,000, dengan purata dua orang dewasa yang bekerja untuk setiap isi rumah. Ini sahaja sudah menunjukkan betapa luasnya jurang yang wujud. Keadaan ini, walaupun membolehkan sasaran US$15,000 Negara Berpendapatan Tinggi dicapai, ia hanyalah dalam bentuk angka kuantiti terpilih, tetapi mempunyai kualiti yang sangat lemah dalam semangat perkongsian kekayaan dan isi keadilannya.

Bagaimana ketidaksamarataan yang tinggi dan berterusan ini berlaku? Sumbangan terbesar ialah kegagalan “kesan trickledown”. Pengayaan berterusan kepada beberapa pihak terpilih secara berterusan meluaskan lagi jurang dalam kitaran yang panjang dan berulang. Ketidaksamarataan dalam sistem pendidikan kita juga menyumbang kepada 77 peratus tenaga kerja Malaysia hanya berkelulusan SPM dan ke bawah, seterusnya menyebabkan kadar gaji yang rendah.

Hanya kerana keuntungan, sektor perniagaan tidak bersedia untuk melabur dalam produktiviti dan latihan orang tempatan. Kita memuaskan komunti peniaga dengan membenarkan kemasukan besar-besaran pekerja asing, terutama di kilang, untuk menggantikan pekerja tempatan yang relatifnya lebih mahal. Mitos bahawa orang tempatan memilih pekerjaan dan tidak bersedia untuk bekerja di kilang kemudiannya dibesar-besarkan, walaupun orang tempatan bersedia untuk bekerja di kilang sekiranya di upah sewajarnya. Ini terbukti benar dalam industri minyak dan gas; pekerja yang bekerja keras semuanya orang Malaysia, walaupun terpaksa membanting tulang di bawah bahang terik matahari, kerana ganjarannya besar.

Jadi apakah sebenarnya impian rakyat Malaysia?

Kita tidak ada satupun! Tetapi jika kita merancang untuk mempunyai satu impian bersama, kita tidak boleh meninggalkan pekerja biasa di belakang, kelompok yang membentuk lebih 80 peratus daripada populasi Malaysia. Kita memerlukan impian yang merangkumi dan menyeluruh serta menitik beratkan kualiti kehidupan kepada semua rakyat Malaysia, bukan hanya kelompok terpilih.

Ketidaksamarataan pendapatan ialah ancaman serius kepada harapan kita untuk membentuk sebuah negara maju. Satu ironi yang besar sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak merasai pengalaman status pendapatan tinggi, secara nyata, sebaik sahaja kita mencapai sasaran US$15,000. Bagaimana kita hendak mengisytiharkan diri sebagai berpendapatan tinggi apabila kesan ketidaksamarataan seperti jenayah, penggangguran, kesihatan dan kebejatan sosial serta penurunan kebajikan sosial menjadi lebih ketara? Malah jika kita memang mencapai tahap pendapatan tinggi, masalah yang timbul daripada ketidaksamarataan menghasilkan persoalan serius tentang kemandirian status pendapatan tinggi.

Selagi mana kita tidak bersatu, bersama-sama mengatakan tidak kepada ketidaksamarataan secara menyeluruh, dan membantu meningkatkan kelompok 60 peratus terbawah yang berpotensi menjadi penjana ekonomi yang signifikan, masalah ini tidak akan selesai dengan sendirinya dan akan kembali menghantui kita semua. Bergerak ke hadapan, dasar kita sewajarnya dibentuk dan dibina berasaskan pemahaman ini. Kita tidak akan mencadangkan GST yang menekan rakyat untuk meningkatkan sumber pendapatan jika kita memahami fakta ini. Sebaliknya kita akan cuba meningkatkan pendapatan daripada sumber lain yang tidak akan menyakiti majoriti rakyat seperti cukai warisan, cukai progresif dan cukai laba modal.

Tetapi hujahan perkara-perkara itu, ialah untuk hari yang lain.
“Perlu ada dalam warga bukannya kemiskinan melata tidak juga kekayaan menggunung, kerana keduanya adalah usaha keras kejahatan” (Plato).

Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama Blindspot dan Bantah TPPA, tweet di @aafaizli

High-income nation but low-income Rakyat

READ MORE:  ICERD controversy: Tackle B40 insecurities first

Malaysia’s current socio-economic structure can be summed up in four words, “Rich Malaysia, poor Malaysians.”

Malaysia is blessed with abundant natural resources with petroleum being the most precious. Add the land, other commodity resources, large youthful population and the country has all the essential ingredients to flourish. How then did this small nation of 30m manage to end up with the unsolicited title of among the region’s most unequal nation between the rich and poor. What happened?

NEP: The noble intention, initially

The NEP that was introduced in 1970 was the grand plan that were two things; our proactive action to begin developing the newly independent nation, and our reaction to the British divide-and-conquer system.

Textbooks tell us that the NEP strategy was two-pronged: eradication of poverty, and the restructuring of society. But what popular culture and the masses cannot help but to associate the NEP with is the deeply entrenched bumiputera agenda at its core which target bumiputeras to own 30 per cent equity share in the Malaysian economy.

But “share of the economy” here apparently has broader connotations and implications. It expands from assets and equity ownership, right down to contract procurement, education quotas, and employment policies. Bumiputeras were the poorest of all ethnic groups. Thus the idea was to positively discriminate bumiputeras, get them on their tracks, and realise a more equitable ownership of the economy. And thus we began traversing down this path of affirmative action.

As time went by and various development plans under the Malaysia Plan or Rancangan Malaysia were undertaken, tremendous improvements were made. Bumiputeras and Malaysians, in general, now own more assets than their parents. A middle class population burgeoned. Poverty rate, measured on an absolute basis, has gone from as high as 49.1 per cent to 1.7 per cent as reported in the latest Household Income Survey for 2012 published recently.

The trickle-down disaster

Unfortunately, in the 1990s the equity target was still far off the target. Time was running out and Malaysia took a short cut with the ill-planned “trickledown” effect. Malaysia throttled down the road of enriching and empowering a few bumiputeras who would go on to be successful entrepreneurs and asset owners and the subsequent multiplier effect would trickle down onto and propel the rest of the bumiputera community. The philosophy was for this “trickle-down” effect that surely, it was believed, would be inevitable.

The trickle-down effect did not and does not work. Even Prime Minister Najib Razak himself acknowledged this in a recent interview with Martin Soong of CNBC. In fact, it perpetuated high inequality amongst Malaysians. It became something we so desperately clung on to as an economic doctrine and still believed as true.

So even before we got there, we are now taking on a new “Malaysian Dream”. Surely, it is only natural that the next course of action is aiming for a bigger middle class. Or are we really achieving it?

Yet another missing target?

We say “high-income nation” is the way to go and have set a new target to achieve a per capita income of US$15,000 by the year 2020. It means the Gross National Income (GNI) – a measure of the country’s production adjusted with net incomes from overseas – divided by the country’s population must equal US$15,000. That target, we are told, is achievable by 2017-2018. Currently, our per capital income is US$9,970.

Never mind that many of the relatively lower income-earners find themselves in pretty much the same position on a relative basis. Never mind that Bumiputera households are still the poorest on average in the bottom 40 per cent rung of Malaysian households. Never mind that even if most of this nation’s income in year 2020 accrued to say, only 100 of the richest people in the country, we can achieve that $15,000 per capita target because it is grossly divided by the whole population.

Measuring income in US dollar terms is already problematic. Many in the research community and the public have expressed concern about this as the US dollar is not the currency that most Malaysians earn and transact in. So when the ringgit was stronger than US dollars last year, we had every reason to question whether GNI per capita measured in dollar terms, represented the true magnitude of growth per capita, and whether this target is truly achievable.

But even if we put this currency issue aside, the $US15,000 per capita income target cannot be that headline “dream” we can congratulate ourselves on when achieved.

Here are some reasons why:

Rich Malaysia, poor Malaysians

Firstly, for the majority of Malaysian households, about 90 per cent of their incomes are attributed to wage and salary, including self-employment. Even for those who can afford to own some assets, this is still true. What more those who do not even own assets, and thus do not have incomes from owning assets.

Note that the Malaysian GDP (measured using the income method) will indicates the following breakdown: 28 per cent wages and salaries, 67 per cent business profits (including mixed income), and 5 per cent taxes and subsidies. What does this mean? It means that out of total GDP, only 28 per cent is attributable to the working Malaysian population.

For the past 15 years, the contribution of wages and salaries to Malaysian GDP has fluctuated between 26 to 32 percent and the only reason it hiked up to 32 was because of the recession in 2008 when corporate profits declined. In Singapore, this number is already as high as 42 per cent in 1997.

In other developed countries such as Korea, Canada, the UK and Japan, the corresponding number is 46 per cent, 51 per cent, 55 per cent and 52 per cent, respectively. Malaysians are not getting the bulk of the country’s production into their pockets! This is set to worsen; the ETP’s document (A Roadmap for Malaysia: Chapter 2) itself indicated that forecasted wages over GDP for the NKEAs will drop to as low as 21 per cent in 2020! What are we smoking and what are our priorities, really?

In fact, for the past 15 years as well, the salaries of Malaysian workers have been lagging behind our productivity. Productivity growth rates were in line with rates of growth of salary circa 1998, but it has been slowly lagging thereon. As of last year, the productivity in the manufacturing sector is 45 per cent above salaries. This roughly translates into the fact that our workers are under-paid by at least 45 per cent. All this illustrates how GNI per capita will not represent well the incomes that majority Malaysians will enjoy as wages and salaries.

READ MORE:  NEP: Time to face up to some hard truths

Secondly, more than 90 per cent of the wage-earning workforce does not even earn much. Only 11.0 per cent of government income is generated from personal income tax and only 1.7m of the 12.4m workforce is eligible to pay tax. The EPF reported that 78.6 per cent of its contributors database earn RM3,000 monthly or less. This is another illustration of how low the majority of the Malaysian people’s incomes are at the individual level. So what is this “high-income nation” we are about to achieve in a few years? A high-income nation with a low-earning population?

Thirdly, there is the grave issue of purchasing power. High income alone does not necessarily translate into better economic well-being and quality of life if that high income cannot purchase much. A simple analysis would show how a fresh graduate in 1980 could purchase more compared to today’s graduate. With an estimated pay of RM1,000, a graduate could afford an Opel Gemini costing RM12,400 or about 12 months of his salary and purchase a decent house, perhaps even in Taman Tun, costing at RM62,000 or 56 months of his salary.

Today, a graduate can have a basic pay of RM2,500 which is only 2.5 times higher than a graduate in 1980. But a comparable Mazda 6 now costs RM178,000 or about 71 months of his salary and a decent house far outside Kuala Lumpur, say in Nilai, would cost RM350,000 or 140 months of his salary. The cost of living has spiralled viciously upwards and the purchasing power of the average salary man has slumped.

Fourthly is the issue of inequality, and this is by far the most compelling argument against a headline US$15,000 high-income nation target. There is a reason that many academics, civil society groups and the people at large have recently been blowing the inequality trumpet: Malaysia has among the highest income disparities in the region. On 3 August 2013, Second Finance Minister Ahmad Husni also acknowledged this.

Income growth measured from 1970 have shown that the top 20 per cent of households far overtake that of the middle 40 per cent and the bottom 40 per cent of households, while the income gap between them on average is widening. The Gini coefficient, which measures the degree of disparity between the highest income and the lowest income, remained stubbornly high without any improvement – around 0.43 to 0.44 – over the past 20 years for Malaysia.

Earning RM10,000 a month on a household basis will already put you in the top 4 per cent of Malaysian households, and essentially in the same group as even tycoons like Ananda Krishnan. 73 per cent of households earn less than RM5,000, with an average of two income earners or workers per household. This alone shows how much disparity there is. Furthermore, it renders our $15,000 high-income nation target achievable in form, yet void in spirit and substance.

How did this high and persisting inequality happen? The failure of that very “trickle-down effect” that we hoped for is a major contributor. The continuous enrichment of a select few fosters this gap in a long and perpetual cycle. The inequality in our education system also contributed to the large 77 per cent of Malaysian workers being only SPM-qualified and below thereby commanding low salary levels.

For the sake of profits, businesses are unwilling to invest in productivity and in the training of locals. We appease the business community by giving way to a large influx of foreign workers, especially in factories, in place of relatively more expensive locals. The myth that locals are choosy and unwilling to work in factories is then proliferated, despite locals being able to work in factories if compensated adequately. This is proven in the oil and gas industry; hard labouring welders and fitters are all local Malaysians, despite having to work in the scorching heat, as the compensation is rewarding.

So what is really the Malaysian Dream?

We do not have one! But if we plan to have one, we cannot leave the average salary man or woman behind, the man or woman that forms more than 80 per cent of the Malaysian population. We need a dream that is inclusive and holistic and addresses quality livelihood for Malaysians at large, not just a select few.

Income inequality is a very serious impediment to our hopes for a truly developed nation. It would be a great irony if the majority of Malaysians do not truly experience that high-income status, once we reach that US$15,000 mark.

How are we to declare ourselves high income when the effects of inequality such as crime, unemployment, health and social problems as well depleting social goods will be so apparent? Even if we do make that high-income bar, the problems that emerge out of inequality raise serious questions about the sustainability of that high-income status.

For as long as we do not come together, commit to say no to inequality in resolute terms, and help alleviate the bottom 60 per cent potential economic producers, this problem will not solve itself and will come back to haunt us.

Our policies should be designed and constructed based on this understanding. We would have not proposed a regressive GST to increase our source of revenue if we understood this fact.

We would have instead tried to increase revenue from other sources that would not hurt the majority of our people such as the inheritance tax, progressive taxation and capital gains tax.

But that argument, is for another day.

“There should exist among the citizens neither extreme poverty nor, again, excessive wealth, for both are productive of great evil.” (Plato)

A version of this article first appeared in The Edge on 19th October 2013

Anas Alam Faizli is an oil and gas professional. Co-founder of Blindspot and Bantah TPPA, he is pursuing a post-graduate doctorate, and tweets at @aafaizli

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
bro yusri Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
bro yusri

Analisis yg menarik walaupun hanya menjurus kpd satu aspek sahaja