Tolak dasar poket Umno-BN didahulukan…

0
95

Jika Umno-BN diberikan kepercayaan dan kuasa, rancangan GST dan penghapusan subsidi bagi barangan keperluan dan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan perubatan untuk rakyat akan dilaksanakan kelak, ujar Koh Swe Yong.

Cartoon courtesy of cartoonkafe.com and Merdeka Review

Parti Rakyat Malaysia (PRM) menyeru kepada rakyat supaya menolak regim Umno-BN dan menolak dasar Umno-BN, kerana di bawah dasar ekonomi baru dan politik baru ini poket Umno-BN didahulukan dan kroni Umno diutamakan. Inilah kelanjutan dasar dan skim cepat kaya Dr Mahathir untuk mengkayakan segelintir kerabat dan kroni mereka supaya menjadi bilionwan dan pada masa yang sama memiskinkan rakyat jelata.

Pada Parti Rakyat Malaysia, arah tuju Umno-BN amat jelas sekarang, apa-apa jenis transformasi yang diuar-uarkan dan diketengahkan oleh regim Umno-BN di bawah kepimpinan Najib Tun Razak adalah semata-mata untuk meraih balik kepercayaan dan sokongan rakyat yang telah hilang , seterusnya untuk memancing undi rakyat, dan dengan demikian untuk memanjangkan dasar mengaut keuntungan dan kekayaan banyak-banyak dengan mengorbankan wang pembayar cukai dan kekayaan negara.

Apa yang terpapar, projek-projek mega yang telah diumumkan baru-baru ini seperti projek 100-tingkat Warisan Merdeka yang akan dibina atas pembinasaan tapak bersejarah di tengah-tengah Kuala Lumpur dan memakan berbilion-bilion ringgit, mengingatkan kita projek-projek mega yang tidak memanfaatkan rakyat semasa Dr Mahathir memimpin kerajaan Umno-BN. Sebaliknya pelaksanaan GST dan penarikan subsidi untuk kesihatan rakyat dan lain-lain ditangguhkan buat sementara ini.

Jika rakyat terus percaya akan kata-kata manis Umno-BN setelah 55 tahun memerintah dan memberi undi sokongan kepada Umno-BN, nasib rakyat dan negara kita pasti menjerumus ke arah daif miskin dan negara kita akan hilang daya persaingan dan jauh tertinggal dalam arus perubahan deras dunia.

READ MORE:  Flashback: 'No way!' We will never go back to Umno - Muhyiddin

Jika Umno-BN diberikan kepercayaan dan kuasa, rancangan GST dan penghapusan subsidi bagi barangan keperluan dan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan perubatan untuk rakyat akan dilaksanakan kelak kerana kekayaan asli untuk dikaut oleh Umno-BN makin hari makin habis.

Pada masa itu, bukan sahaja harga barangan akan melambung naik, bahkan pengangguran dan masalah undang-undang dan keselamatan masyarakat pasti menjadi lebih buruk, rakyat tidak akan hidup dalam suasana berpendapatan tinggi, malahan tidak wujud lagi suasana hidup yang selamat dan selesa, kebajikan rakyat akan dihapuskan.

Oleh itu, PRM menyeru rakyat menolak Umno-BN dalam PRK Galas dan memberikan sokongan kepada calon Pas, dan juga menolak Umno-BN pada PRU ke-13 kelak untuk mencetuskan “transformasi” tulen kepada negara ini.

Koh Swe Yong ialah Setiausaha Agung Parti Rakyat Malaysia

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments