Jalan berlubang-lubang ke arah Putrajaya

0
60

Bolehkah kepimipinan parti-parti komponen PR mengakui masalah politik sebenarnya (kekhuatiran Melayu Marhein), berbincang bersama dan seterusnya bertindak untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa PR dapat mentadbir secara adil? Inilah persoalannya, ulas Jeyakumar Devaraj.


Adanya sebahagian besar daripada rakyat Malaysia yang sangat mengharapkan PRU Ke 13 akan membawa penukaran kuasa di perengkat nasional – bahawa Putrajaya akan diambilalih oleh Pakatan Rakyat. Mereka percaya bahawa politik perkauman dan rompakan wang rakyat melalui korupsi dan kronisme hanya akan dapat diatasi jika pihak BN diturunkan dari kuasa.

Oleh itu, keputusan tiap piliihanraya kecil dikaji dan dibahas secara terperinci oleh para analisa politik untuk membuat ramalan samada hasrat rakyat yang mengharapkan perubahan kuasa akan ditunaikan. Dari segi itu keputusan pilihanraya kecil di Batu Sapi dan Galas adalah sesuatu yang mengecewakan. Di Batu Sapi, perbezaan undi antara calon BN dan calon-calon pembangkang telah meningkat dari 3,700 dalam PRU 12 pada 2008 ke 4,500 sekarang. Manakala di Galas pula, Pas, yang menang dengan 600 undi dalam tahun 2008, kali ini telah kalah dengan perbezaan undi sebanyak 1,150. Ini merupakan kemerosotan sokongan sebanyak 9.6 peratus berbanding PRU pada Mac 2008.

Wujudnya tendesi dikalangan kita, pembangkang, untuk mencari pelbagai alasan untuk melegakan hati penyokong – ini kerana BN telah buang banyak wang; ini kerana ini pilihanraya kecil; ini kerana undi pos dan sebagainya. Tetapi, jika kita benar-benar mahu ambilalih Putra Jaya dalam PRU 13, kita mesti cuba memahami mengapa pengundi, terutamanya pengundi Melayu, sedang mengalih bailk ke BN dalam tempoh masa 18 bulan yang lalu. Tren ini telah bermula di Bukit Gantang (7 April 2009) di mana YB Nizar telah mengalami penurunan undi Melayu sebanyak 3 peratus dan bertambah pula di Manek Urai, Kelantan, di mana majority Pas jatoh dari 1,352 dalam PRU 2008 ke hanya 65 dalam pilihan kecil pada 14 Julai 2009. Di kedua-dua pilihanraya kecil ini, PR dapat mengkekalkan kerusi walaupun mengalami kemerosotan sokongan Melayu. Tetapi kita tidak begitu bernasib baik dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor pada 25 April 2010 di mana walaupun sokongan pengundi Cina melambung naik, penurunan undi Melayu sebanyak 12 peratus telah mengalahkan calon PKR, Dato Zaid Ibrahim di satu kerusi yang dimenangi kita dalam PRU 12.

Adalah penting pada kita yang mahu PR menang dalam PRU ke 13, untuk memahami mengapa tren ini sedang berlaku supaya kita dapat mengaturkan langkah untuk mengawal tren ini dan memenang balik keyakinan pengundi Melayu. Pada pandangan saya, isunya bukan kerana pengundi Melayu tidak tahu bahawa amalan rasuah dan penyalahgunaan wang di kalangan BN (terutamanya Umno) adalah di paras kritikal. Melayu Marhein memang tahu, kerana mereka sendiri tertekan dan dianiayi oleh kerakusan pemimpin Umno/BN merompak kekayaan negara. Masalahnya adalah se bahagian besar daripada Melayu Marhein khuatir bahawa bantuan-bantuan yang mereka sedang menerima daripada agensi kerajaan akan dikurangkan sekiranya kerajaan diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

Pada masa ini 62 peratus daripada keluarga Melayu berpendapatan bulanan di bawah RM3,000 sekeluarga. Peratus untuk masyarakat India adalah 56 peratus dan untuk masyarakat Cina yang berpendapatan di bawah RM3,000 sebulan adalah 27 peratus. Jadi walaupun program NEP telah berterusan sejak tahun 1970an, masih wujudnya pendapatan rendah di ramai keluarga Melayu. Selain daripada itu, antara keluarga-keluarga Melayu yang berpendapatan antara RM5,000 dan RM 10,000, hampir 40 peratus merupakan peniaga kecil yang pada takat ini tidak dapat bersaing di pasaran terbuka tanpa bantuan yang mereka sedang mendapat daripada kerajaan, agensi dan GLC. Kedua-dua kumpulan ini takut kepentingan mereka akan dipinggirkan jikalau PR mengambilalih Putra Jaya. Inilah sebabnya, walaupun mereka memang benci kerakusan dan ketamakan pihak pemimpin Umno, mereka takut menurunkan Umno yang telah merupakan pelindung masyarakat Melayu selama ini.

Jika pihak kita, PR, benar-benar mahu ambil alih Putrajaya dalam PRU 13, kita mesti menangani persepsi khuatir di kalangan pengundi Melayu. Kita harus meyakinkan mereka bahawa semua bantuan yang sedang dinikmati oleh Melayu Marhein dan kategori peniaga kecil akan diteruskan di bawah PR, malah akan ditingkatkan lagi. Negara ini cukup kaya – tidak perlu kita mengurangkan bantuan bagi kaum Melayu miskin supaya membantu yang miskin di kaum-kaum lain. Pada hitungan saya lebih kurang RM47 bilion dirompak daripada wang rakyat setiap tahun melalui sebutharga yang tinggi – umpamanya 257 kereta perisai yang dicadang dibeli dengan sebuta harga RM31 juta sebuah manakala harga pasaran hanya RM10 juta! Jika kita boleh mengawal rompakan wang rakyat seperti ini, adalah dana yang cukupi untuk kerajaan PR membantu yang berpendapatan rendah di semua kaum sambil meningkatan bantuan pada Melayu Marhein dan kaum peniaga kecil di kalangan Melayu.

Parti-parti PR yang sekarang mendapat sokongan kaum bukan Melayu mempunyai peranan yang penting dalam menerangkan pada penyokong mereka strategi PR memenang balik kepercayaan Melayun Marhein. Strategi kita adalah untuk menghentikan perompakan wang rakyat oleh pihak korup dan rakus dan memakai dana ini untuk mengkekalkan semua bantuan dan sabsidi yang sedang dinikmati oleh rakyat; meningkatkan bantuan dan sabsidi untuk semua keluarga yang berpendapatan rendah; memastikan kemudahan asas – kesihatan, perumahan, pendidikan dan pengangkutan awam – dapat diperolehi oleh keluarga-keluarga berpendapatan rendah. Inilah formula yang boleh membawa kita ke Putrajaya. Tetapi parti komponen PR mesti bertindak secara matang dan elak daripada menimbulkan isu-isu yang hanya dapat sokongan se bahagian daripada rakyat kita tetapi menakutkan sebahagian besar yang lain umpamanya laungan “meritokrasi” dan “Negara Islam”.

Kita di Malaysia memerlukan penukaran kerajaan di perengkat pusat – ini amat perlu untuk mengawal politik perkauman dan perompakan wang wakyat. Rakyat Malaysia juga hampir sedia untuk memberi PR peluang untuk memegang pentadbiran Negara. Bolehkah kepimipinan parti-parti komponen PR mengakui masalah politik sebenarnya (kekhuatiran Melayu Marhein), duduk dan berbincang bersama dan seterusnya bertindak secara yang matang untuk meyakinkan rakyat Malaysia bahawa PR dapat mentadbir secara yang adil dan ikhlas? Inilah persoalannya.

Struktur Sosio-ekonomi Masyarakat Melayu 2008

Pendapatan Bulanan Se KeluargaPeratusan
Lebih daripada RM 20,000

(Golongan Korporat dan Perniaga Besar)

0.5%
RM 10,000 – 20,0002.8%
RM 3,000 – 10,000

(Kakitangan Kerajaan, GLC dan Peniaga Kecil)

34.6%
RM 3,000 dan bawah

(Melayu Marhein – Pekerja, Petani, Nelayan, Penianga kecil)

62.1%

Sumber: Jawapan Di Parlimen, oleh Jabatan Perdana Menteri

Dr Jeyakumar Devaraj ialah Ahli Parlimen untuk Sungai Siput

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of