Harga kenderan APC tiga kali ganda

0
154

Kementerian Pertahanan telah menmgeluarkan Surat Niat kepada syarikat DRB-HICOM Defence Technologies (Deftech) untuk membekal 257 unit kenderan APC dengan harga tiga kali ganda harga pasaran, ulas Jeyakumar Devaraj.

Deftech is to produce and supply 257 armoured personnel carriers based on the Turkish 8x8 Pars wheeled armored vehicle - Photo credit: defense-update.com

Ucapan terhadap Bajet 2011

Terima kasih Dato Yg Di Pertua memberi peluang pada saya membahas Belanjawan 2011.

RM212 bilion adalah satu jumlah wang yang besar. Ianya merupakan satu perempat dari GDP ataupn Keluaran Kasar Dalam Negeri Malaysia. Jika kita mencampur bahagian ekonomi negara yang dikuasai oleh GLC-GLC (government-linked companies), kita dapati bahawa hampir 40 peratus dari GDP Malaysia dikuasai oleh kerajaan Malaysia.

Negara kita bukan miskin. Kita ditafsirkan sebagai negara yang middle income. Economi negara kita menghasilkan surplus berbilion ringgit setiap tahun. Pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan dan GLC adalah amat besar dan jika dipakai secara yang telus dan bertanggungjawab, boleh mewujudkan suatu negara kebajikan untuk semua rakyat Malaysia.

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri bila mengemukakan RMK10 pada 10 Jun tahun ini, PM telah mengatakan satu proses GTP (government transformation programme ataupun program mentransformasikan kerajaan) – akan dilaksanakan untuk meningkatkan efficiency dan ketelusan kerajaan. Itu dalam bulan Jun. Sekarang dah sampai Oktober – lima bulan.

Saya mahu tanya YAB Perdana Menteri samada proses GTP telah sampai ke Kementerian Pertahanan Malaysia.

Bolehkah saya membawa perhatian Dewan pada satu soalan yang dikemukakan oleh PJ Utara pada 12 Oktober 2010, soalan bernombor 34, saya baca:

PJ Utara, YB Tony Pua, minta Menteri Pertahanan menyatakan sebab menempah melalui surat niat kepada Deftech Sdn Bhd 257 kereta perisai bernilai RM8 bilion ataupun RM31 juta sebuah walaupun harga pasaran kereta perisai terkemuka di dunia tidak melebih RM10 juta.

Jawapan daripada Kementerian Pertahanan adalah seperti berikut:

Kem Pertahanan telah menmgeluarkan Surat Niat kepada syarikat DRB-HICOM Defence Technologies (DEFTECH) untuk membuat perolehan sebanyak 257 unit kenderan APC. Harga permulaan yang di tawarkan adalah RM7.983 bilion. Pengeluaran Surat Niat bukanlah bermakna pihak kerajaan telah bersetuju atau terikat…. Surat niat adalah bertujuan bagi membolehkan pihak kerajaan mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak DEFTECH. – – – –

Tuan yang Pertua, ini pendekatan yang pelik. Jika kita ke sebuah kedai dan diberi sebutan harga yang tiga kali ganda – kita akan kata “terima kasih”, dan undur dari kedai itu. Kita akan pergi cari sekedai lain. Tetapi di sini, walaupun sebut harga tiga kali ganda tetapi Kementerian Pertahanan mahu teruskan perbincangan dengan Deftech. Kenapa tidak mahu cari syarikat yang lain yang tidak buat mark-up yang seteruk ini? Mengapa tidak mahu membeli dari pembekal secara terus?

RM8 bilion adalah satu jumlah wang yang besar. Milion, bilion – kadang-kadang kita jadi keliru sikit. Mari kita tengok perspektif sebenar. Bajet Kerajaan Negeri Selangor untuk tahun lalu hanya RM1.4 bilion sahja. Jumlah bajet tahunan ke-empat-empat kerajaan negeri di bawah tadbiran Pakatan Rakyat tak sampai RM4 bilion tahun lalu. Tetapi satu purchase ini, satu pembelian ini – RM8 bilion!

Ini bukan duit peribadi PM ataupun duit peribadi Menteri Pertahanan yang mereka boleh gunapakai ikut suka hati mereka. Ini surplus ekonomi Negara, dan merupakan duit rakyat yang diamanahkan pada kerajaan untuk pakai secara yang baik untuk rakyat dan Negara.

RM8 bilion boleh menghasilkan 160,000 rumah kos murah untuk rakyat kita – sedikit kurang dari 800 rumah untuk setiap kawasan parlimen. Tuan Yg Di Pertua, adanya beratus-ratus keluarga miskin di Sg Siput yang menduduki rumah sewa ataupun rumah papan di kawasan peneroka Bandar. Mereka memerlukan rumah sendiri tetapi tidak boleh membayar kos rumah yang dibina oleh pemaju. Kos rumah telah melambung naik, tetapi gaji pekerja kita masih di perengkat rendah.

Saya sedang mengutip butir-butir keluarga-keluarga ini. Harapan mereka adalah untuk mendapatkan rumah teres yang selesa – dengan tiga bilik dan built-up area sebanyak 22 kaki lebarnya dan 50 kaki panjangnya. Barulah rumah ini selesa untuk suatu keluarga.

Harga pasaran jika rumah seperti ini dibina oleh pihak pemaju swasta adalah RM80,000 sebuah atau lebih. Apa salahnya jika kerajaan memakai RM8 bilion ini sebagai sabsidi untuk membina 800 rumah teres dengan floor space 22 kaki x 50 kaki ditiap kawasan parlimen, dan jual dengan harga RM25,000 sebuah rumah pada keluarga yang pendapatannya kurang dari RM3,000 sebulan.

Inilah kaedahnya rakyat mahu lihat dalam pengurusan surplus ekonomi negara kita – bukan membeli 257 kereta perisai dan itu pun dengan harga tiga kali ganda.

Saya harap YAB PM akan memberitahu Dewan ini bagaimana GTP–Program Transformasi Kerajaan akan mengubahsuaikan caranya perolehan dilakukan oleh Kem Pertahanan. Apakah langkah-langkah spesifik yang akan diambil untuk memastikan tirisan wang rakyat dikawal?

Sekarang saya ingin mengalih ke Kementerian Pengangkutan. Izinkan saya merujuk pada satu soalan yang dibawa oleh YB Kuala Selangor pada 12 Ocktober 2010 – Soalan 18

Dr Hj Dzulkefly (Kuala Selangor) minta Menteri Pengangkutan menyatakan samada akan meneruskan perolehan 38 unit Electric Multiple Unit koc untuk KTMB dari Cina setelah pihak SPRM memulakan siasatan tentang dakwaan perbezaan harga yang melampau mengakibatkan kerugian wang rakyat sebanyak RM500 juta.

Jawapan daripada Kem Pengangkutan:

Untuk makluman YB Kuala Selangor, Surat Setuju Terima bagi perolehan 38 Electric Multiple Unit koc telah pun dikeluarkan kepada CSR Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd pada 19 Mei 2010 iaitu sebelum siasatan dimulakan oleh pihak SPRM. Dengan itu satu ikatan kontrak telah wujud…

Nampaknya program GTP ini tak sampai Kem Pengangkutan lagi. Dan nampaknya perompakan wang rakyat yang diamanahkan pada kerajaan sedang berterusan.

RM500 juta ini mungkin tak begitu besar seperti cerita kereta perisai itu, tetapi RM500 juta adalah sama besar dengan bajet negeri Kedah untuk tahun lalu. Ada banyak caranya kita boleh memakai jumlah wang ini untuk kebaikan rakyat.

Umpamanya, pada masa ini kos rawatan di hospital kerajaan sedang naik kerana harga alat-alat yang perlu dibeli oleh pesakit sendiri sedang menambah.

Kawan saya di Sg Siput, Agastim, telah dilanggar kereta dan tulang tibia di kakinya patah. Beliau dirawat di Hospital Besar Ipoh di mana doktor menasihatkan pembedahan menyimpan plate besi di dalam tulangnya. Agastim diminta membeli plate besi itu – harganya RM800 ringgit.

Tn Yg Dipertua, untuk 50 peratus daripada keluarga di Malaysia yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000, mengeluarkan RM800 dalam satu masa pendapatan keluarga terjejas oleh masalah kesihatan tidak senang. Pembedahan ditangguh-tangguh selama satu minggu sehingga kawan-kawan beliau menyumbang wang yang diperlukan.

Banyak lagi pembedahan ortopedik memerlukan plate, screw dan lain barang dengan harga yang boleh sampai RM10,000. Catheter yang dipakai untuk angioplasty adalah lebih daripada RM1,500. Stent yang dipakai untuk rawatan sakit jantung adalah RM8,000 satu stent. Ubat erythropeotin untuk pesakit yang di bawah rawatan dialysis – kesemua belanja ini kena ditanggung oleh pesakit sendiri kerana tidak dibekalkan oleh hospital kerajaan.

Duit RM500 juta itu boleh dipakai untuk membantu beribu-ribu peseakit berpendapatan rendah di hospital kerajaan memperolehi alat-alat yang sekarang harus dibeli oleh mereka.

Jika ketirisan wang rakyat melalui sebut harga yang terlalu tinggi dapat dikawal, wang itu boleh dipakai untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan mewujudkan suatu negara kebajikan di Malaysia.

Tun Yg Di Pertua, Bajet tahun ini adalah RM212 bilion. Dari jumlah ini, perbelanjaan pembangunan (umpamanya perbelanjaan seperti membeli kereta perisai) adalah RM49.2 bilion.

Dalam perbelanjaan pengurusan juga, RM28.2 billion adalah diperuntukkan untuk pembekalan dan perkhidmatan (supply and services). Jumlah kedua-dua amaun adalah RM78.3 billion

Dalam laporan Auditor General pada tahun 2006,

– Screwdriver berharga RM32 dibeli oleh Kementerian Belia dengan harga RM224 – tujuh kali ganda! Ini di bawah peruntukan pembekalan dan perkhidmatan di bawah Bajet Pengurusan

– Set pena teknikal berharga RM160 dibeli dengan harga RM1,146 – lapan kali ganda

– Ini bukan ciptaan saya. Ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Malaysia.

– Saya baru melaporkan bagaimana harga kereta perisai dinaikkan tiga kali ganda ke RM31 juta sebuah.

Memandangkan tren ini, saya ingin bertanya YAB Perdana Menteri, adakah wajar untuk buat anggaran bahawa 60 peratus daripada RM78 billion yang diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dan untuk memperolehi bekalan akan bertiris dalam tahun yang akan datang. Ataupun adakah percentage sebenarnya lebih tinggi lagi?

Enam puluh peratus dari RM78 bil merupakan RM47 billion duit rakyat; RM47 bilion merupakan 12 kali jumlah bajet tahunan Kedah, Kelantan, P Pinang dan Selangor!

RM47 billion ini boleh dipakai untuk banyak projek yang membantu keluarga-keluarga yang berpendapatan bulanan di bawah RM3,000. Lebih daripada 50 peratus daripada keluarga di Malaysia adalah dalam lingkungan ini. Hampir 65 peratus daripada keluarga-keluarga Melayu juga dalam kumpulan keluarga yang berpendapatan di bawah RM3,000 se bulan. Sabsidi untuk membina rumah selesa, sabsidi untuk rawatan kesihatan, untuk mewujudkan pengangkutan awam yang berkualiti, pusat menjaga kanak-kanak, kemudahan untuk kaum belia – macam-macam program untuk rakyat boleh dilaksanakan dengan RM47 bilion jika tidak dirompak melalui sebut harga yang tinggi.

Dalam satu tahun yang lalu, kita telah mendengar beberapa istilah yang baru dan canggih – GTP, ETP, NKRA, Transformasi dan lain lagi.

Tetapi jika kesemua ini sekadar slogan sahaja untuk sound-bite sahja, dan jika Perdana Menteri tidak dapat mengawal ketirisan wang rakyat sebanyak RM47 bilion setahun ini, dengan segala hormatnya, saya ingin memohon pada YAB Perdana Menteri, demi kepentingan Negara, demi kepentingan keluarga-keluarga Melayu yang berpendapatan rendah, undurlah dari Putrajaya. Berilah ruang pada Pakatan Rakyat untuk membersihkan pentadbiran negara ini – untuk mewujudkan Negara Kebajikan.

Jeyakumar Devaraj, seorang ahli Aliran, ialah Ahli Parlimen dari Sungai Siput

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of