‘Wabak sekatan’ menular semula – ataupun ia cuma menyamar selama ini?

0
81 views

[ENGLISH VERSION] Dalam pilihan raya umum 2018, rakyat tanpa rasa takut dan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, telah membuktikan kuasa rakyat. Sekarang, seruan berbunyi lagi untuk bertindak mempertahankan mandat rakyat dan demokrasi, ujar Carol Yong.

Melihat kartun di atas, apakah yang kalian boleh katakan? Aduh! Ada pendapat pun tidak boleh keluar suara. Dahsyat kan?

Kebelakangan ini, seolah-olah kebebasan bersuara telah dikikis dan demokrasi semakin merosot. Begitu juga dengan hak berhimpunan secara aman, hak berekspresi, kebebasan media, menerbit dan sebagainya. Moodnya macam terkena ‘wabak sekatan’– ataupun ia cuma menyamar selama ini dan menular semula dalam bentuk lain?

Trend ini sangat membimbangkan – kes-kes individu yang dipanggil untuk soal siasat, disaman, atau dituduh bersalah semakin bertambah. Mereka termasuk warga biasa, aktivis, penerbit buku, wartawan, portal media online, pengacara, pelakun serta wakil rakyat dan ahli politik yang pro-rakyat. Beberapa contoh yang menonjol telah diberikan liputan dalam pelbagai media, termasuk Aliran.

Namun, wabak sekatan ini bukannya penyakit yang baru saja membiak. Sekatan ke atas hak asasi rakyat – khususnya mereka yang menegakkan kebenaran, keadilan, hak asasi manusia dan kesaksamaan sosial dan gender – memang sudah lama wujud.

Sekatan telah beroperasi semenjak pemerintahan penjajah Inggeris di Malaya dan kemudian apabila Malaysia sudah merdeka. Selalunya, sekatan dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa yang menggentari kuasa rakyat, lalu mengambil langkah untuk membisu dan merintangi individu mahupun gerakan perjuang rakyat.

Dari titik negara Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 hingga pilihan raya umum pada tanggal 9 Mei 2018, pihak parti pemerintah yang tunggal hanyalah Barisan Nasional (terdahulunya Barisan Perikatan/Alliance hingga tahun 1973).

READ MORE:  Bersih 2.0 bersolidariti bersama gerakan pro-demokrasi di Thailand

Selama enam dekad kerajaan BN, sasaran tindakan keras dengan menggunakan undang-undang sekatan boleh diramalkan: kebanyakan mereka adalah individu dan pergerakan progresif, misalannya, para aktivis, petani, buruh, pemuda-pemudi, pelajar, akademik, Orang Asal, perjuang hak wanita dan hak asasi manusia.

Warga biasa juga tidak terkecuali. Misalnya, pada tahun 1970an, para mahasiswa, pensyarah dan beberapa anggota parti politik khususnya Parti Rakyat Malaysia (PRM) turut memberi sokongan kepada peneroka bandar (digelar ‘setinggan’ oleh pihak berkuasa), petani tidak bertanah, penoreh getah dan lain-lain golongan miskin yang sendiri membangkit untuk membela hak mereka. Protesters yang berada di lapangan kejadian, dan juga liputan media, melapurkan bahawa ramai daripada rakyat terbabit dan penyokong mereka telah diugut, ditahan, disaman atau dipenjarakan oleh pihak berkuasa.

Berikutan peristiwa seperti ini, satu tindakan kerajaan adalah dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1961 yang menyekat banyak kebebasan para akademik dan mahasiswa.

Bagaimanapun, mandat rakyat pada 2018 memilih Pakatan Harapan telah berjaya menamatkan kuasa monopoli politik BN, namun selama 20 bulan sahaja.

Pada Februari-Mac 2020, berikutan kemelut politik beberapa pemimpin dalam rebutan jawatan PM, kerajaan PH telah ditumbangkan tanpa izin rakyat!

Persoalannya, kenapa PH tidak menggunakan peluang keemasannya untuk mengembalikan demokrasi, membasmi undang-undang yang menyekat hak asasi dan kebebasan rakyat, berasaskan manifesto Buku Harapannya?

Kini, demam sekatan menular semula. Kenyataan oleh jawatankuasa pemandu Bersih 2.0 membayangkan suasana politik di bawah PN sekarang sebagai “era ugutan politik dan membisukan suara penentangan yang merupakan kebiasaan di bawah era Barisan Nasional sudah kembali”.

Sekatan dan kemerosotan kebebasan dan hak asasi rakyat bukannya kes satu persatu atau kes bersendiri. Sebaliknya, sekatan lazimnya ‘alat’ yang dipakai secara sistematik oleh kerajaan yang gentar kuasa rakyat.

READ MORE:  Bersih 2.0 bersolidariti bersama gerakan pro-demokrasi di Thailand

Mungkinkah juga segelintir pemimpin mahu mempertahankan kuasa pemerintahan yang tidak berdasarkan mandat rakyat?

Dan, yang paling penting, mungkinkah ada orang yang berkuasa politik dan ekonomi yang disyaki itu ingin tapuk “perbuatan yang tidak beretika, salah guna kuasa dan korupsi?”

Rakyat yang pintar sudah memang dapat menduga siapa yang diberi kuasa yang tidak bersekat.

Rakyat juga sudah memang tahu, tanpa rasa takut dan tanpa mengira perbezaan kaum dan agama, pilihan raya umum 2018 telah membuktikan kuasa rakyat mengguling parti yang dipimpin oleh mereka yang dianggap hanya pikirkan kepentingan dan kekayaan sendiri.

Jangkitan atau demam penyakit sekatan demokrasi dan kebebasan asas rakyat harus dihapuskan.

Pada 30 Jun, Aliran telah melancarkan petisi “Selamatkan Demokrasi Kita”, suatu usaha masyarakat sipil yang tepat waktunya untuk merangsang rakyat mempertahankan kebebasan dan hak asasi demi kepentingan semua lapisan rakyat.

Klik link berikut untuk petisyennya dan harap tandatanganinya.

Carol Yong ialah seorang aktivis veteran yang telah lama berkhidmat di Sarawak dan kemudian di Sabah

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments