Tingkatkan taraf hidup rakyat, banteraskan rasuah tanpa pilih kasih

Mereka yang terlalu memfokuskan isu perkauman dan agama adalah untuk mendapatkan kuasa tetapi rakyat tidak akan mendapat sebarang kesan positif

Poverty is still evident in Sabah and other parts of Malaysia - SRPOVERTY.ORG

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh R Dhanapal

Menyertai sesebuah parti politik bukan hanya untuk memenangi kerusi tetapi sejauh mana kita membela kebajikan rakyat dan memperjuangkan hak mereka serta memahami denyut nadi hidup rakyat.

Yang banyak kita nampak sekarang ialah pengaruh dan eksploitasi kapitalis di mana-mana juga. Golongan miskin sering ditindas oleh golongan yang berkuasa dan berwibawa.

Golongan miskin tidak dapat menjalani hidup mereka dengan selesa dan sejahtera. Mereka sentiasa dihantui oleh pelbagai isu seperti kenaikan harga barangan, pengangguran, keciciran sekolah, kesihatan, perumahan dan banyak lagi.

Baru-baru ini, saya sempat berbual dengan dua orang penduduk di Pokok Sena di Alor Setar. Mereka masih memuji mantan Perdana Menteri Najib Razak kerana, kata mereka, ketika pimpinannya, mereka tidak pernah menghadapi masalah harga beras yang begitu tinggi dan hilang pekerjaan. Beliau turun ke padang dan melihat sendiri masalah perumahan rakyat dan pernah mengeluarkan duit sendiri untuk membina sebuah rumah untuk seorang penduduk kampung yang dilawatinya di Pokok Sena.

Salah seorang penduduk itu bimbang bahawa dia mempunyai tiga lagi anak yang masih kecil dan beliau juga bimbang adakah mereka akan mendapat pelajaran yang sempurna dan seterusnya mendapat pekerjaan yang menjamin masa depan mereka.

Kata kedua-dua mereka jika inflasi di negara kita semakin meningkat seperti sekarang, mereka tiada hala tuju dalam hidup mereka.

Oleh sebab itulah kita sering merayu semua parti politik di negara ini agar jangan memikirkan pertandingan dan kemenangan dalam pilihan raya semata-mata. Sebaliknya turun ke padang, rasailah denyut nadi hidup golongan miskin di estet-estet, di kampung-kampung dan di bandar-bandar.

Sebelum episod ini, dua lelaki etnik India di Bukit Mertajam menadatangi saya lalu meminta wang kerana salah seorang kawannya itu tidak mampu membayar wang sewa rumahnya sebanyak RM80. Katanya, kini anak-anak dan isterinya di luar rumah pangsa dan mereka juga tiada hala tuju. Mereka meminta adakah sebarang NGO yang sanggup membantu mereka.

READ MORE:  The making of Man on the Run

Yang saya gambarkan di sini hanya dua senario yang saya alami. Ada ratusan malah ribuan kes seumpama ini di seluruh negara kita.

Kalau pemimpin berpendapat bahawa penghapusan rasuah dapat meningkatkan taraf hidup rakyat, maka hapuskan sahaja tanpa mengira kawan atau lawan. Mengapa pula perlu ada nepotisme dalam hal pembanterasan rasuah ini?

Isu ekonomi dan kewangan negara secara total bukan urusan golongan marhaen. Itu adalah urusan pucuk pimpinan negara. Yang lebih penting kepada golongan marhaen ialah bagaimana mereka dapat menghabiskan sisa-sisa hidup yang ada pada mereka.

Malah masih ada pemimpin yang sengaja memainkan isu perkauman untuk menagih dan meraih simpati sesuatu bangsa. Walaupun pucuk pimpinan bersilih ganti, namun isu ini masih berlegar-legar dalam kalangan kita.

Mengapakah kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang sengaja memainkan isu perkauman atau agama?

Mereka yang terlalu memfokuskan isu perkauman dan agama ini adalah untuk mendapatkan kuasa tetapi rakyat tidak akan mendapat sebarang kesan positif akibat tindakan pemimin-pemimpin ini.

Dr R Dhanapal merupakan seorang ahli Aliran dengan latarbelakag

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments