Majlis Keselamatan Negara bagaikan suatu ‘junta tentera’

0
732

Perlukah negara kita bergerak ke arah ini oleh kerana demi mempertahankan telatah, perilaku dan kesalahan seorang pemimpin negara yang tamakkan kuasa dan menyeleweng dana negara, ujar WH Cheng.

Rang undang-undang Majlis Keselamatan Negara (RUU MKN) 2015 baru-baru ini telah dibentangkan di dalam Dewan Rakyat secara tergesa-gesa dan diluluskan dengan undian segera setelah waktu penelitian dan perbahasan berjaya dihadkan tempohnya.

Tindakan kerajaan Barisan Nasional yang begitu menyegerakan kelulusan RUU MKN tanpa melalui proses perbahasan dan kajian yang teliti dalam kalangan ahli-ahli Dewan Rakyat bagaikan suatu penghinaan terhadap institusi demokrasi berpalimen di dalam negara kita ini.

Dengan terlulusnya RUU MKN ini, maka ianya bakal melalui satu lagi peringkat pembentangan dan undian di Dewan Negara (Senat) sebelum ianya dapat dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong untuk dipersetujui dan diwartakan sebagai sebuah badan keselamatan yang sah.

Persoalannya adalah, apakah niat dan tujuan yang sebenarnya kerajaan BN mencadang dan menyegerakan proses pembentukan MKN ini?

Berdasarkan kepada:

  • keadaan ekonomi yang tidak stabil,
  • persoalan yang masih timbul dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), skandal RM2.6bn perdana menteri,
  • pemberontakan dalaman Umno,
  • pengaruh parti-parti pembangkang yang semakin meningkat,
  • pembongkaran demi pembongkaran beberapa siri penyelewengan dan rasuah di dalam kerajaan BN dan
  • peningkatan kritikan dan kecaman umum terhadap para pemimpin BN ekoran ketidaktentuan yang semakin parah dan gagal ditangani,

adakah keadaan inilah yang telah membuahkan cadangan di dalam BN, khususnya Umno agar MKN yang berkuasa ini dibentuk dengan segera bagi menjaga kepentingan dan “periuk nasi” mereka daripada “diancam secara berterusan”?

Kritikan dan kecaman terhadap kerajaan BN dan Umno oleh kerana ketidakcekapan mereka mentadbir negara yang menjadi penyebab berlakunya rasuah dan penyelewengan, kini sudah menjadi ‘ancaman’ terhadap ‘keselamatan negara’. Alasan tersebut sememangnya tidak masuk akal.

READ MORE:  Coronavirus: Is Malaysia’s movement control order turning the tide?

Jadi, tujuan MKN di sini adalah amat jelas: untuk melindungi BN dan Umno yang tidak cekap mentadbir, rasuah dan menyeleweng sewenang-wenangnya.

MKN ancaman terhadap demokrasi dan rakyat

Isi kandungan RUU MKN sudahpun diketahui umum pada hari ini dan kita tidak perlu lagi menyenaraikan peruntukan-peruntukan kejam yang bakal menamatkan riwayat demokrasi berparlimen dan hak asasi kemanusiaan di dalam negara kita ini.

Hasil daripada kajian terhadap peruntukan-peruntukan RUU MKN, kita dapati ianya bakal memberi kuasa mutlak dan menyeluruh kepada perdana menteri dan pengarah operasi MKN di dalam menentukan definasi keselamatan dan ancaman terhadap mana-mana kawasan ataupun individu-individu yang difikirkan perlu.

Selain daripada itu, tidak diwujudkan sebarang inisiatif pemantauan bebas terhadap peranan MKN dan ini bermakna badan tersebut boleh bertindak mengikut sesuka hati tanpa perlu bimbang akan dipantau atau diaudit oleh mana-mana pihak.

Kuasa mutlak yang bakal dinikmati oleh MKN ini menggambarkan badan ini seolah-olah seperti suatu “junta tentera” bakal wujud di negara kita.

Kewujudan MKN ini turut mengingatkan kita dengan pengalaman di negara Myanmar yang ditadbir oleh Majlis Keamanan dan Pembangunan Negara (State Peace and Development Council – SPDC) dan Thailand yang diterajui oleh Majlis Negara bagi Keamanan dan Ketenteraman (National Council for Peace and Order – NCPO).

Kedua-dua SPDC dan NCPO ini mempunyai kuasa yang luas dan tiada had di dalam menentukan perlantikan dan perlucutan menteri-menteri kabinet, serta berhak menggantung pilihanraya dan parlimen negara masing-masing dan berhak menentukan siapakah yang bersalah atau mengancam keselamatan negara mengikut spesifikasi dan citarasa mereka.

Dan fungsi dan kuasa MKN ini pun sudah hampir menyerupai SPDC dan NCPO pada keseluruhannya. Pemberian kuasa yang tidak terhad kepada MKN ini juga dibimbangi akan menyebabkan negara kita terjerumus di dalam pemerintahan kuku besi, perwujudan sistem satu parti yang dilihat akan memusnahkan institusi demokrasi berparlimen dan mengancam hak asasi kemanusiaan.

READ MORE:  A doctor's plea: National Security Council, get your act together

Perlukah negara kita bergerak ke arah sedemikian oleh kerana demi mempertahankan telatah, perilaku dan kesalahan seorang pemimpin negara yang tamakkan kuasa, rasuah dan menyeleweng dana negara?

Kita perlu membezakan di antara taat setia kepada negara dan pemimpin. Taat setia kepada pemimpin secara membabi buta tanpa sebarang persoalan bakal menyebabkan kemusnahan negara kita di suatu hari nanti.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments