Di manakah halatuju negara kita?

0
61 views

Negara kita dalam keadaan yang amat tenat sekali dan memerlukan suatu siri pembaharuan menyeluruh agar ianya dapat menjana perubahan, ujar WH Cheng.

Daripada keadaan politik yang sedang kita perhatikan pada hari ini, nampaknya hanya Barisan Nasional (BN) sahajalah yang merupakan sebuah gabungan politik yang “paling kukuh” dan “stabil” dari segi strukturnya jika dibandingkan dengan gabungan parti-parti politik lain yang berkeadaan longgar, dilihat masih berbeza pendapat dan bertelingkah, menyebabkan ianya kelihatan kurang stabil di segi strukturnya.

Dan ini adalah apa yang BN, serta para pemimpinnya, sering menegaskan kepada rakyat jelata: bertapa baiknya BN yang dapat membuktikan “kestabilan” dari segi politik dan strukturnya, seterusnya membawa lebih banyak “kebaikan” kepada rakyat dan negara, di samping berusaha mengalihkan perhatian rakyat jelata daripada skandal kewangan dan perlakuan rasuah yang telah dan sedang berlaku di dalam kerajaan pimpinan BN.

Manakala di sebelah pihak parti-parti pembangkang pula, kedudukan dan pencapaian mereka masih di tahap yang tidak memuaskan hati oleh kerana mereka masih tidak bersependapat, bertelingkah dan berpolitik serta tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat jelata.

Parti-parti pembangkang yang ada sekarang didapati telah banyak mengabaikan masa yang bernilai buat mereka untuk berperanan sebagai sebuah “kerajaan alternatif” yang dapat menawarkan dasar-dasar dan perdebatan yang dapat memanfaatkan rakyat dan negara.

BN kini beralih kepada pendekatan yang melampau dan ekstrem di dalam isu-isu yang berkait dengan kaum dan agama sebagai suatu langkah untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada segala kesilapan mereka dengan sering mendakwa sesuatu kaum dan agama yang diwakili mereka diancam “kepupusan” akibat daripada perbuatan pihak-pihak yang tertentu.

Sebenarnya, BN sudah lama ketandusan idea-idea baru untuk mentadbir dan memajukan negara bagi menangani krisis kewangan dan sosio-ekonomi yang sedang melanda negara kita. BN sudah tidak ada sebarang langkah dan dasar yang dapat memanfaatkan rakyat jelata. BN kini sedang berusaha agar dapat menjauhkan rakyat jelata daripada politik negara.

READ MORE:  Sabahans, this is the most important election of your lives; your future lies in your hands

Pakatan Harapan yang baru lahir daripada pembubaran Pakatan Rakyat baru-baru ini masih tidak sependapat antara satu sama lain mengenai kewujudan gabungan pembangkang baru tersebut.

Pas pula sedang berusaha untuk mengkafirkan Parti Amanah Negara (Amanah) dan DAP sementara cuba rapat dengan PKR agar dapat mengoyah kestabilan pakatan yang baru itu. Sehingga pada hari ini, Pakatan Harapan juga masih dilihat tidak menunjukkan kesungguhannya untuk mendekatkan politik dengan rakyat jelata.

Sementara itu, walaupun kita semua menghargai langkah DAP untuk membentuk kabinet bayangannya sendiri bagi memantau kerajaan BN dan prestasinya, namun sehingga pada hari ini, kita masih belum melihat sebarang pencapaian dan keberkesanan kabinet bayangan itu dengan sepenuhnya, selain daripada menteri kewangan bayangan Tony Pua yang telah berjaya membongkar beberapa skandal kewangan dan penyelewengan dalam kerajaan BN serta memberikan tekanan yang menyeluruh agar BN segera memperbetulkan keadaan.

Manakala di Gabungan Kiri Malaysia yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM), ianya memilih untuk menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja dan pengumpulan sokongan di peringkat akar umbi, menawarkan khidmatnya kepada rakyat jelata tanpa disedari umum.

Namun, PSM juga telah berjaya mendapatkan sokongan daripada kalangan golongan miskin dan kurang bernasib baik. Bagaimanapun, PSM masih belum berjaya menembusi minda golongan kelas menengah untuk mendapatkan sokongan daripada mereka.

Parti Rakyat Malaysia (PRM) masih belum lagi pulih daripada kekalahan teruk mereka di dalam pilihanraya kecil kawasan parlimen Permatang Pauh yang lalu, kini berdepan dengan sengketa dalaman yang kian sengit. Walaupun PRM ada mengeluarkan beberapa kenyataan akhbar dari masa ke semasa mengenai beberapa isu-isu yang berbangkit, ia gagal mendapat perhatian yang sepenuhnya daripada pihak media.

READ MORE:  Political coalitions on shaky ground

Berdasarkan keadaan negara sekarang yang masih tidak menentu, rakyat jelata masih tidak dapat menikmati sebarang yang terbaik kerana kedua-dua gabungan politik bertentangan, BN dan Pakatan Harapan, masih belum dapat menyempurnakan kekurangan tersebut.

BN masih dibelenggu ketamakan kuasa dan penyelewengan yang dibimbangi akan memusnahkan kekayaan sumber ekonomi negara kita.

Pakatan Harapan, yang baru dibentuk, masih belum dapat menyelesaikan perbezaan pendapat sesama mereka dengan sepenuhnya.

Manakala harapan parti-parti pembangkang yang lain untuk mendapatkan sokongan rakyat masih tipis oleh kerana ketiadaan dasar-dasar alternatif yang dapat memberangsangkan rakyat jelata.

Negara kita dalam keadaan yang amat tenat sekali. Negara kita memerlukan suatu siri pembaharuan menyeluruh agar ianya dapat menjana perubahan.

Namum, parti-parti pembangkang yang sedia ada pada hari ini masih belum dapat membuktikan kredibiliti mereka sebagai satu kuasa politik alternatif yang boleh menandingi BN, seterusnya membawa negara kita keluar daripada arus tidak menentu.

Kita masih belum dapat melihat arah dan halatuju sebenarnya untuk negara ini. Adakah rakyat jelata akan terpaksa terus menanggung beban tersebut akibat daripada kelemahan para pemimpin politik?

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments