Review Perak ground-water extraction project

0
119

Member of Parliament Jeyakumar Devaraj has urged the Energy, Green Technology and Water Ministry to review a project that would allow 500 million litres of ground water to be extracted from Perak for sale to Selangor. 

Terima kasih Tuan Pengerusi memberi saya peluang membahaskan anggaran Belanjawan Tenaga, Teknoloji Hijau dan Air. Saya hendak tumpukan kepada Butiran 010300 dan 9100 dan focus pada satu projek Sime Darby di Batang Padang di mana ada cadangan hendak menarik 500 juta liter air sehari untuk dijual ke negeri Selangor. Projek ini dijangka menyampai kos RM1.3 bilion dan dijangka bermula tahun depan.

Penarikan air bumi sebigini banyak akan membawa beberapa jesan buruk pada alam sekitar dan juga masyarakat tempatan dei Batang Padang.

Satu kesan buruk yang mungkin berlaku adalah pemendapan tanah ataupun “settlement” tanah. Apabila paras air bumi menurun akibat penarikan air, stability tanah terjejas. Ini bukan teori sahaja tetapi telah berlaku di beberapa buah negara lain termsauk Amerika Syarikat dan Negara Cina. Jika pemendapan tanah disebabkan, asas ataupun foundation bangunan di kawasan itu akan diancam dan ini boleh membawa pada retakan dinding dan mungkin ke runtuhan bangunan.Jika ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab? Sime Darby ataupun kerajaan kerana memberi kebenaran melaksanakan projek ini?

Satu lagi masalah yang mungkin bertimbul apabila kita menarik air bumi sebanyak 500 liter sehari adalah aliran air di sungai akan berkurangan. Pada masa ini Teluk Intan dan Kawasan Hilir Perak sedang bergantung pada Sungai Sungkai untuk bekalan air. Penarikan air di kawasan tadahan Sg Sungkai boleh menjejaskan bekalan air untuk Teluk Intan.

READ MORE:  Can Penang be a healthy one-planet city? (Part 1)

Saya telah mencari EIA ataupun Environmental Impact Assessment untuk projek ini. Dalam carian Google saya dapat cari satu EIA oleh Europe Asian Engineering Services Sdn Bhd terhadap projek penarikan air buni di Batang Padang. Tetapi saya terasa kecewa apabila saya baca EIA ini kerana bergitu cetek. Hanya seperti satu letrature review sahaja  Tiada kajian tempatan. Isu lokasi 50 perigi yang dicadangakan oleh Sime Darby tidak dijawab. Struktur tanah di sekitar tiap perigi tidak dianalisa. Jenis bangunana yang sedia ada sekarang, risiko pemendapan tanah, kesan terhadap aliran sungai – kesemua ini tidak di kaji.

Saya mahu tanya pada Kementerian, adakah EIA yang lain yang lebih dalam yang telah dilakukan selain daripada EIA oleh Europe Asian Engineering?

Tuan Pengerusi, ini mengariskan satu kelemahan besar dalam sistem kita mengendalikan perolehan EIA. Walaupun Akta Kualiti Alam Selitar 1974 menyatakan mesti ada EIA untuk projek besar seperti penatikan air bumi ini, undang-undang yang sedia ada mempertanggungjawabkan syarikat yang hendak melaksanakan projek tersebut untuk mencari seorang perunding untuk melakukan EIA terhadap projek itu. Jika syarikat perunding yang melakukan EIA terlalu profesyional, strict dan telus, syarikat seperti ini tidak akan dilantik oleh pihak pemaju yang hanya mahu kelulusan projek dan mahu mengelak daripada peningkatan kos projek oleh langkah-langkah yang dikehendaki oleh perunding syarikat EIA.

Saya rasa regulasi terhadapa caranya mendapatkan EIA harus diubahsuai. Pemaju yang ingin memohon melaksanakan projek besar harus dikenakan bayaran kepada kerajaan pada satu nisbah mengikut kos projek tersebut. Kerajaan dipertanggungjawabkan dengan melantik sayrikat perunding EIA. Dalam system seperti ini, perunding EIA boleh cakap betul dan bersikap profesyional. Dan memberi nasihat yang bernas.

READ MORE:  Tin mining 2.0 - Economists, environmentalists must reach common ground

Satu masalah lagi yang boleh disebabkan oleh penarikan air bumi sebanyak 500 juta liter sehari adalah suatu komplikasi yang diterma “salination” atau pun resapan air laut ke ruang air bumi. Ini berlaku kerana tekanan air bumi dikurangkan oleh pengambilan air. Ini bukan teori sahja tetapi telah berlaku di beberapa negara lain seperti England dan Denmark. Masalah ini pernah ditemui di Malaysia juga – di Hutan Nenasi, Pahang di mana satu projek penarikan air sebanyak 22 juta liter se hari telah menyebabkan penurunan water table ataupun paras air bumi sebanyak 75 kaki. Penururnan tekanan air bumi telah membawa pada kemasukan air laut. Projek di Nenasi hanya menarik 22 juta litre sehari manakala projek Sime Darby bercadang menarik 500 juta liter sehari!

Adanya banyak estet kelapa sawit di Perak Selatan. Ada juga sawah padi di kawasan dekat pantai di Selangor Utara.Jika masalah salination berlaku di kawasan-kawasan seperti ini, apakah kesannya terhadap ekonomi pertanian di situ? Isu ini langsung tidak disentuh oleh EIA oleh Europe Asian Engineering. Sekirannya ada kesan buruk pada aktiviti pertanian akibat penurunan pasar air dan kemasukan air laut di ruang di bawah tanah, siapakah yang bertanggung jawab di sisi undang? Sime Darby ataupun kerajaan yang membenarkannya?

Jika ada EIA yang lebih lengkap selain daripada EIA oleh Europe Asian Engineering, saya harap ini dapat diedar kepada semua Ahli Parlimen supaya kita dapat baca dan dapat tahu.

Suatu lagi masalah yang mungkin timbul adalah kesan skim ini terhadap mangrove swamp di kawasan pantai Selangor dan Perak. Tuan Pengerusi, pelbagai ikan, udang dan ketam bergantung pada habitat mangrove untuk membiak. Kesemua mereka ini mungkin terjejas oleh projek pengambilan air bumi ini.

READ MORE:  Appreciate nature, don’t violate it

Poin akhir saya adalah isu kos. Sime Darby menyatakan bahawa projek ini akan ambil RM 1.3 bilion untuk dilaksanakan. Jika kita buat kiraan dengan kadar pinjaman 10 peratus setahun terhadap jumlah baki, Sime Darby harus membayar RM3.5 bilion jika membayar balik dalam jangka masa 20 tahun.

Pada kadar penarikan air sebanyak 500 juta liter sehari, dalam 20 tahun Sime akan membekal 3.66 bilion meter persegi. Jadi RM3.5 bilion untk membekalkan 3.66 bilion meter persegi ataupun hampir seringgit se kubik meter. Dan ini tidak mengambil kira kos membersihkan air ini, kos mempamkan air ke Selangor, kos membina dan membaiki system paip dan sebagainya.

Poin saya adalah air yang didapati melalui projek ini bukan murah dan akan merupakan suatu bebanan pada rakyat kita pada masa depan. Ada juga kemungkinan Sime Darby akan menghadapi masalah kewangan dan memohon bail-out kerajaan.

Jadi, daripada segi alam sekitar, sustainability dan kewangan, wujudnya banyak kelemahan dalam projek ini dan ramai antaranya belum dikaji baik-baik. Saya mintalah pada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air supaya berwas-was, fikir hijau sedikit dan jangan memberi lesen kepada Sime Darby.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of