I
Deruan angin
membawa berita
Perihal alam gundah
gulana
Bumi merekah
ketandusan titisan
Tumbuhan punah
bersemayam di
padang terkukur
Rangka bernyawa
meratap secebis
ihsan
Sisa pembangunan
meracuni gugusan
awan
Limpahan hujan asid
melepuhkan kulit
sesakkan nafas
Maka terkuburlah
suatu harapan
II
Aku mengeluh panjang
Pemimpin bangsat
lama menghilang
Semasa manusia
dicengkam
keganasan,
kemiskinan dan
penderitaan
Bukan mereka tidak
tahu …
Hidup seperti katak
puru melilau di bawah
gelas kaca
Melihat tapi tak
menghayati
Memuja nafsu
sepanjang waktu
III
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Maka alam
memberontak
merempuhi
sempadan
Angkara manusia
menggondolkan
sumber warisan
IV
Wahai rakyat semesta
alam
Pintallah sayap
penindasan dan
pengabaian ini
Perbetullah dan
pupuklah semangat
kejiranan yang abadi
V
Semoga dunia senyum
kembali
Kerana anak cucu
membelai Keindahan
dan Keagungan alam
semula jadi
– Nasir Hashim
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme