Perjuangan Ini Bukanlah Enteng

NASIR HASHIM

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Masa persis berlalu
dan fitrah insani tetap
menegur naluri di hati
Agar motivasi dan
keyakinan diri
merangsang harapan

Sedarlah
Rahsia kehidupan
menjelmakan
kepercayaan jitu
Apabila perasaan
menyambut tujuan
suci di perkarangan
Jantung
Justeru seluruh badan
bergetar berzikir
panjang
Mengiringi gelombang
elektro-magnetik
Jantung
Melepasi jasad dan
mengubahkan
sekitaran sejajar
arahan harapan

Bertenanglah
Cabaran yang
mengasak bukanlah
hukuman
Bahkan menambahkan
pengalaman dan
keramatkan
kebijaksanaan
(wisdom)

Maka, rempuhilah
rintangan yang
membatasi harapan
Bahkan, Allah sudah
pun membekalkan
ilmu dan intelek
pada keturunan
Nabi Adam
Hinggakan Malaikat
dan Iblis ketika itu,
terpinga pinga
Kerana tidak mampu
mendalami misteri
potensi insani
Dan sesiapa jua bakal
menjadi genius bila
bermotivasi tinggi
Menjelajahi potensi
yang terpendam
di kalbu

Maka jadikanlah Hari
Lahir mu kumandang
setiap hari
Tegakkan kebenaran
dengan bukti nyata

– Nasir Hashim

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments