Pecatlah menteri-menteri tidak berkebolehan

0
151 views

Kerajaan tidak mempunya masa untuk bordolak-dalih dan untuk membuat kesilapan, ujar Rafik Bar.

Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan kes U-turn dengan moratorium bagi pinjaman bank berkenaan higher purchase dan pembiayaan Islam.

Kita melihat bank-bank yang telah mengumumkan bahawa mereka tidak akan melupuskan faedah sepanjang tempoh enam bulan penangguhan bayaran ansuran, dan antaranya adalah bank-bank yang besar. Ingat, ada di antara bank-bank in yang meraih keuntungan berbilion ringgit tahun lalu.

Ramai rakyat membanting tulang bekerja untuk menyelesaikan pinjaman bank, namun pada keadaan genting seperti ini pihak bank ingin bertindak kejam dan tidak menunjukkan sebarang ihsan kepada rakyat. Mungkin keuntungan bagi pihak bank jauh lebih penting dari hal ehwal rakyat? Namun pihak bank juga harus sedar, tanpa kita rakyat membayar setiap bulan kepada mereka, tidak akan ada apa-apa keuntungan.

Pada 2 Mei Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz telah menasihati bank-bank supaya melupuskan sebarang faedah tambahan sepanjang tempoh enam bulan penangguhan ansuran ini.

Oleh kerana desakan keras daripada rakyat, akhirnya pada 6 Mei bank-bank terpaksa akur dan bersetuju untuk tidah mengenakan faedah pinjaman tambahan untuk tempoh penangguhan enam bulan ini.

Kemudian kita dikejutkan dengan kes syarikat didakwa mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Di saat rakyat sedang bergelut dengan masalah kewangan untuk menyediakan makanan untuk keluarga, membayar pinjaman bank dan mencari pekerjaan, kes seperti ini menujukkan sebenarnya di mana fokus kerajaan dan ia bukanya untuk membantu rakyat.

Jika RM30 juta itu digunakan untuk membantu keluarga yang susah atau terkesan sebanyak 150,000 keluarga boleh menerima bantuan sebanyak RM200. Sebaliknya duit itu dibazirkan untuk membantu golongan tertentu untuk mendapat kontrak dan keuntungan.

READ MORE:  When banks play dirty, a nation regresses

Jika kerajaan masih tidak percaya bahawa rakyat sedang hidup dalam kesimpitan, lihatlah pada hari pertama perintah kawalan pergerakan bersyarat, terdapat ramai yang beratur di kedai pajak gadai. Bayangkan bertapa terdesaknya rakyat hingga terpaksa menggadaikan barang untuk mendapat wang.

Kerajaan tidak mempunya masa untuk bordolak-dalih dan untuk membuat kesilapan kerana kita harus bersiap sedia untuk membangunkan semula ekonomi negara. Pecatlah menteri-menteri yang tidak cekap dan yang tidak mampu melaksanakan rancangan yang baik.

Buktikanlah kepada rakyat kerajaan ini benar-benar ingin membantu rakyat dan bukan hanya cakap kosong.

Rafik Bar sering mengikuti perkembangan nasional melalui laman web Aliran

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments