Parti Mahathir baharu, Pejuang: Perosak dalam pembikinan?

0
168 views
Graphic: freemalaysiatoday.com

Jika kita benar-benar mengenali Mahathir, dia mungkin menempatkan parti baharunya yang terdiri dari orang Melayu sebagai antagonis untuk menghalang kemunculan suatu ekosistem yang lebih muhibah, tulisan K Veeriah.

Penganalisis telah menyifatkan kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya umum 2018 kepada tiga faktor utama: kleptokrasi seperti disaksikan dalam skandal 1MDB, pengaruh dari media sosial, dan pengundi-pengundi muda.

Ada juga yang menekankan isu-isu periuk nasi, impak cukai barangan dan perkhidmatan (GST), dan kenaikan kos sara hidup yang juga telah membawa ramai pengundi, termasuk dari kalangan Melayu, untuk beralih kepada pembangkang.

Kesangsian terhadap parti-parti dalam Barisan Nasional seperti MCA dan MIC, berikutan persubahatan mereka dengan pentadbiran Najib Razak yang dilanda skandal, telah menggerakkan ramai pengundi rakyat Malaysia dari kalangan orang Cina dan India untuk mengundi gabungan PH.

Ketika jangka waktu yang singkat PH dalam kerajaan, GST telah digantikan dengan cukai jualan dan perkhidmatan, yang digembar-gemburkan sebagai sistem cukai penggunaan yang lebih meluas.

Namun, kenaikan kos sara hidup masih lagi kekal sebagai suatu isu yang serius, terutamanya di kalangan kumpulan 40% yang bawahan dan kumpulan 40% menengah dalam masyarakat. Begitu jua pergolakan yang menyelubungi kleptokrasi.

Pengundi-pengundi muda, yang telah melakukan perubahan pada pengundian 2018, bilangan mereka akan meningkat, dan akan terus memainkan peranan yang penting dalam pilihan raya yang seterusnya. Seperti itu juga, media sosial akan sekali lagi melaksanakan tugas yang mustahak ketika saat menjelang pilihan raya yang seterusnya.

Jadi suasana ini menganjurkan bahawa medan pertarungan dalam pilihan raya yang seterusnya akan jadi lebih kurang sama dengan keadaan yang wujud ketika pada pilihan raya yang lalu, termasuklah impak politik berasaskan kaum ke atas undian orang Melayu yang jadi penentu.

READ MORE:  Mahathir or Anwar? This is not a game of musical chairs

Dalam pilihan raya yang lepas, ramai calon PH yang tersigung oleh undi pecah dari kalangan parti-parti berasaskan Melayu, terutamanya Pas, khususnya dalam pertembungan tiga penjuru. Itu jelas menunjukkan pangkalan undian orang Melayu telah menjadi pengubah dalam membentuk keputusan.

Melainkan ada tsunami politik pada takat yang tak pernah berlaku sebelum ini, corak pengundian orang Melayu akan kekal keadaannya kecuali untuk Melayu di bandar besar. Satu parti diasaskan Melayu yang mula tumbuh hanya perlu beberapa ratus undian sahaja bagi memberi impak yang memusnahkan kepada yang lain jika pertembungan melibatkan lebih dari dua calon, lebih-lebih lagi jika ia dari parti-parti diasaskan Melayu.

Bersatu memang jelas dah punah. Tapi kalau kita benar-benar mengenali Dr Mahathir Mohamad, apa yang patut kita gusarkan ialah adakah dia meletakkan parti Melayunya, Pejuang, sebagai penjahanam yang sedang dalam pembikinan.

Ada tanda-tanda bahawa dia dalam perjalanan bagi membentuk pengaruh ke atas parti baru ditempanya untuk menjuarai hak-hak Melayu dan, dalam proses ini, menolak tepi impian-impian suatu ekosistem politik muhibah yang dibawa oleh PKR, Amanah dan DAP.

K Veeriah ialah seorang anggota penggerak kesatuan sekerja veteran yang menetap di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments