Baca Bahagian 1 dan Bahagian 3
Kepalsuan No. 3 – Negara Israel adalah negara ahli PBB yang ditubuhkan dengan sah
Israel dimasukkan ke dalam PBB pada Mei 1949, setahun selepas ia mengisytiharkan dirinya sebagai sebuah negara pada Mei 1948.
Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang memasukkan Israel ke dalam PBB ialah Resolusi 273 pada 11 Mei 1949.
Ada satu perenggan dalam resolusi tersebut yang mengingatkan kembali dua resolusi terdahulu. Kedua-dua resolusi ini disebut sebelum Israel diterima masuk:
- Resolusi 181 pada November 1947 – rencana pembahagian PBB yang memecahkan negara asal Palestin kepada sebahagian negara Yahudi (56%) dan sebahagian untuk negara Arab yang diusulkan dalam Palestin (43%)
- Resolusi 194 pada December 1948 – yang mengiktiraf hak pelarian-pelarian Palestin untuk kembali ke tanah air dan rumah mereka (kebanyakan pelarian telah dibuang negara secara paksa oleh Yahudi Zionis atau melarikan diri semasa perang Arab-Israel pada tahun 1947-49), dan hak untuk menerima pampasan kepada mereka yang memilih untuk tidak kembali atas kehilangan atau kerosakan harta benda mereka.
Kedua-dua resolusi ini ‘disebut semula’ supaya Israel mengakui dan menghormatinya sebagai sebahagian proses kemasukannya ke dalam PBB sekalipun tidak dinyatakan sebagai syarat mengikut undang-undang.
Jaminan Israel untuk memberikan kerjasama berkaitan kedua-dua resolusi tersebut jelas sekali adalah penting untuk mendapatkan sokongan kemasukannya dalam PBB.
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara (ALIRAN), Maybank a/c 507246118995 or CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Boleh dikatakan tanpa jaminan yang cukup, kemasukan Israel ke dalam PBB akan menghadapi tentangan yang lebih besar, dengan besar kemungkinan Israel akan gagal mendapat undi majoriti yang diperlukan pada masa itu.
Apa yang berlaku sejak asal-usul ini dilupakan? Israel tidak pernah mengotakan jaminannya dari 1949 dan tidak pernah sekalipun menunjukkan bahawa ia mengambil serius saranan mewujudkan dua negara yang diiktiraf seawal Resolusi 181. (Di sini kita letak sebelah kelebihan atau kekurangan dua negara atau satu negara atau penyelesaian yang lain.)
Sebaliknya, sebaik sahaja selesai Resolusi 181 pada November 1947, sebelum Israel mengisytiharkan dirinya sebuah negara lagi, tentera awam dan separa tentera Zionis (baca: pengganas) telahpun memulakan langkah menghapuskan kaum di Palestin. Sehingga 1949, 750,000 penduduk asal Palestin telah dihalau dan inilah yang dikatakan Nakba atau malapetaka.
Melalui kuasa tentera, keganasan dan peperangan, Israel meluas melebihi 56% yang ditetapkan untuk negara Yahudi yang disarankan di bawah Resolusi 181, dan akhirnya menguasai hampir 78% Palestin bawah Mandat British. Baki 22% ialah Tebing Barat dan Gaza di bawah kawalan Jordan dan Mesir.
Beginilah keadaan wilayah yang sebenar semasa Israel dimasukkan ke dalam PBB pada Mei 1949.
Dekad-dekad seterusnya telah menunjukkan bagaimana Israel bekerja secara sistematik untuk menghalang lahirnya sebuah negara Palestin yang berdaya maju untuk baki 22% itu.
Halangan ini dibuat melalui peluasan penempatan, pengilhakan (annexation), pemecahan, kawalan pergerakan dan pemisahan Gaza daripada Tebing Barat.
Hal ini bertentangan dengan rencana pembahagian Resolusi 181 dan harapan Resolusi 273 semasa Israel dimasukkan ke dalam PBB.
Satu lagi sebab mengapa Israel adalah palsu.
Resolusi 181 sudah cukup buruk kerana mempunyai sebahagian daripada langkah-langkah perampasan daripada warga Palestin. Angkuhnya Israel, ia langsung tidak peduli pada Resolusi 181, sekalipun Resolusi 181 ini teruk.
Acapkali terlepas daripada undang-undang, Israel terus menghalau penduduk asal Palestin secara paksa.
Pengambilan secara paksa ini berterusan ke hari ini di Tebing Barat, sebahagian daripada 22% yang tinggal, pada kadar yang diperihalkan oleh PBB dan Kesatuan Eropah (EU) sebagai pecutan besar-besaran.
Sila semak rujukan berikut:
- OHCHR, “Israel ramps up settlement and annexation in West Bank with dire human rights consequences”, 18 Mac 2025
- OHCHR, “Israel’s settlement expansion drives mass displacement in West Bank”, 17 Mac 2026
- EU office of the EU representative, 2024 Report on Israeli settlements in the occupied West Bank, including East Jerusalem, 14 Ogos 2025
Pada masa yang sama, Israel terus membiarkan Gaza dalam sengsara. Kesengsaraan mereka – ditunjukkan melalui 64,537 video dan 17,905 foto – dapat dilihat di sini. Namun, kuatkan diri anda dahulu.
Jelas sekali, Israel tidak endah pada Resolusi 194, terutamanya Klausa 11 tentang hak pelarian Palestin untuk kembali. Satu lagi sebab Israel adalah palsu.
Bukannya hendak bekerjasama melaksanakan Resolusi 194 yang menjadi sebahagian proses kemasukannya ke dalam PBB, Israel malah menjajah keseluruhan Palestin – Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur, dan Gaza – melalui Perang Enam Hari pada 1967.
Penjajahan ini diisytiharkan sebagai melanggar undang-undang dalam Perhimpunan Agung PBB, yang menuntut Israel untuk menamatkan “kehadiran haram”nya dari wilayah Palestin yang dijajah dan menarik semula kuasa-kuasa tenteranya, menurut pendapat nasihat Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada Julai 2024.
Sebenarnya, penjajahan tentera ke atas wilayah-wilayah Palestin pada tahun 1967 sudah tidak dapat diterima pada tahun yang sama. Bantahan ini dibuat melalui Resolusi 242 Majlis Keselamatan PBB pada November 1967, yang menekankan “penguasaan wilayah melalui peperangan adalah tidak diterima”.
Resolusi itu juga menuntut “penarikan semula kuasa-kuasa bersenjata Israel dari wilayah-wilayah yang dijajah semasa konflik baru-baru ini [Perang Enam Hari 1967]”.
Sekali lagi, perkara tersebut tidak diendahkan oleh Israel. Selain daripada mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir pada tahun 1982, Israel meneruskan kehadirannya secara haram di semua wilayah yang dijajahnya melalui perang pada 1967.
Dan hari ini, Israel mengasak masuk ke Lubnan dengan alasan untuk mempertahankan dirinya dan membangkitkan perang dengan Iran.
Akhir sekali, Resolusi 273 yang memasukkan Israel ke dalam PBB mencatat pengisytiharan negara Israel bahawa ia “tanpa ragu-ragu, dengan sepenuhnya menerima kewajipan-kewajipan Piagam PBB dan berjanji untuk menunaikannya bermula pada hari ia menjadi Ahli PBB” [penegasan oleh penulis].
Namun, sejak negaranya diasaskan, Israel telah mengumpul rekod suka memaksa peperangan.
Berkali-kali Israel gagal menunjukkan keikhlasannya untuk menyelesaikan perbalahan melalui cara yang aman.
Seolah-olahnya, Israel berkembang maju dengan keganasan dan peperangan yang berterusan: menyerang dan membunuh perunding dari pihak lain, mengebom negara-negara lain semasa usaha-usaha diplomasi sedang berjalan, dan berulang-kali mencabul genjatan senjata yang dipersetujui.
Tidak satu pun tindakannya adalah selari dengan kewajipan-kewajipan menurut Piagam PBB yang Israel janji akan tunaikan pada hari ia menjadi ahli PBB.
Ada banyak lagi resolusi PBB dan tanggungjawab menurut undang-undang antarabangsa yang selalu diabaikan oleh Israel. Namun, contoh-contoh di atas cukup untuk menunjukkan bahawa corak permainan Israel ini telah ada sejak mula.
Begitulah palsunya entiti Israel.
Baca Bahagian 2 dan Bahagian 3
Diterjemahkan oleh Siti Hazneza Abdul Hamid
The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme


