Mukjizat Insan Di Bumi

Sajak oleh Nasir Hashim

ANIL NETTO/ALIRAN

I

Perjalanan mu persis
dilanda badai suka dan
duka
Mencorakkan peta
kehidupan berpaksikan
keyakinan jiwa dan
kudrat bakti
Lazimnya, keluhan meminta
minta mendendangkan
sikap sambil lewa yang
menjurus kehampaan
Sebaliknya, Maha Berkuasa
merahmati niat di kalbu
Lalu memancarkan nikmat
kejayaan pada kelopak
minda yang bersyukur
Tidak mengecewakan
insan yang tabah, ikhlas,
gigih dan mengasihi
Diri Nya

II

Sedarlah
Segala ilmu, kemungkinan
dan kebarangkalian hadir
ketika zahirnya alam
semesta
Namun, kita tidak mencipta
serba tulen
Sekadar mencedok ilmu
murni yang diketemui
pada masa ke semasa
Dan menggantikan
pendekatan nan lalu
dengan muka baharu

Sedarlah
Kudrat dan keyakinan diri
menjanjikan kejayaan
Bukan berpunca dari baka/
DNA yang tidak berkuasa
mewujudkan potensi
Bukan kerana kekalutan
manusia yang meracuni
alam semulajadi
Bukan pula kelincahan
teknologi luaran (hard/
external technology)
yang merobotkan insani

III

Akan tetapi
Teknologi dalaman (soft/
internal technology) yang
bersemadi di persada
Jantung mu itu
Menawarkan inspirasi
menjana realiti bumi
Kerana Maha Berkuasa
merahmati Jantung
dengan kuasa
gelombang
elektro-magnetik yang
menembusi misteri
duniawi
Dan membekalkan
sejumlah sel Jantung
seindah sel sel otak
Bahkan Maha Berkuasa
menganugerahkan
Jantung dengan intelek
sejagat; memori
tersendiri; kehalusan
pancaindera; dan
nasihat telus yang
tidak berbelah bagi
Roh insani pula dikukuhkan
kuasa pengimbang
dengan sentuhan naluri,
kesedaran hakiki
dan fitrah insani
Justeru, Jantunglah yang
mengarah otak melindungi
diri

IV

Sebenarnya
Maha Berkuasa tidak
berkongsi takdir Nya
dengan sesiapa pun
Namun, pintu takdir ini tidak
tertutup rapi kerana “Allah
menolong mereka yang
menolong diri sendiri”
(Q 13:11)
Mengizinkan insan yang
ikhlas dan bertakwa
melepasi pintu Nya agar
termakbul hasrat di hati
Malangnya, manusia lelan,
meroyan panjang, mudah
kecewa asyik menagih
simpati
Menyembah nafsu duniawi,
melelongkan maruah
lantas membatalkan
mukjizat dalam diri

READ MORE:  Pemimpin Jitu

Maka, berdiri teguhlah dan
corakkanlah realiti hidup
mu dengan izin Maha Suci
dalam dunia yang
berpancaroba ini

– Nasir, September 2023

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Avatar photo
Dr Mohd Nasir Hashim received a PhD in international nutrition from Cornell University. He served as the first chairman of the Socialist Party of Malaysia (PSM) for 23 years (1996-2019) and as the Selangor State Legislative Assembly member for Kota Damansara (2008-2013). These days, he enjoys writing poems, painting and playing the harmonica
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments