Merdeka kah negara ku ini

63 views
National flags at the Aliran office entrance on Merdeka Day

Wahai pejuang

  negara

Kau pernah

   penentang

     penjajah

Berbilang kaum

   bersatu padu

Menuntut

   kebebasan dan

     kemerdekaan 

Bulan Merdeka

   disambut sepi

Kerana budaya

   penjajah

     merajalela

       kembali

Pecah dan

   perintah amalan

     abadi

Rakyat menjadi

    hamba abdi

Pemerintahan mu

   ini ibarat

Lari dari mulut

  buaya masuk

   mulut harimau

Lari dari mulut

  penjajah masuk

   mulut

     pengkhianat

Justeru,

Negara ini belum kenal erti merdeka lagi

Wahai pemimpin

   bernafsu duniawi

Jangan lah kau

  menjadi sesumpah

    mempamerkan

      warna bangsat melaung slogan

    merdeka

      disebalik protokol peribadi

Menjadi lintah

   masyarakat

    menghisap darah

     warga sendiri

Pengikut mu pula

  bangga dengan

   anugerah darjat

    pengemis

     kehormat

Wahai rakyat yang

   budiman

Kau pula berpaling

   tadah

Kerana

   membiarkan

    kepincangan

      melarat padah

Kerana

   ikut rentak

     memutar

      belitkan agama

        dan kaum

Kerana

   kau merestui

    gerombolan

      pengkhianat

       mentadbir

         negara

          tercinta 

Kerana

  kau mudah

   melatah

    termakan budi

      dan berpatah

        arah

Wahai rakyat yang

   ku hormati

Tiada mu tiada lah

   negara ini

Bangkit lah dari

  kealpaan mu itu

Pulihkan lah

  keadaan yang

   bercelaru tanpa

    arah tuju

Kau lah tongkat

   negara

Daulatkan lah, perjuang lah dan merdekakan lah mereka yang

 ditindas selalu

Surah al-Qasas (q 28:5)

“Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi  (mengagihkan harta dunia)”

READ MORE:  Aku Malaysia (I am Malaysia) - Jo Kukathas

nasir

Ogos 2021

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments