MERDEKA! Bila boleh saya jadi orang Malaysia?

1
225

P Ramakrishnan menggambarkan tentang apa ertinya kita sebenar-benarnya merdeka di Malaysia dalam era moden.

Bagi saya 31 Ogos 1957 ialah detik dalam sejarah yang berikan kita kebebasan dan nusa.

Ia adalah sesuatu yang saya kenang dengan bangga dan ingati dengan rasa sayang, iaitu Perdana Menteri pertama kita yang dikasihi, Tunku Abdul Rahman, yang mentadbir negara dengan penuh muhibah, tolak ansur, hormat kepada warganya, dengan peluang untuk semua orang hidup dalam aman dan harmoni. 

Beliau berbangga menggelarkan dirinya “perdana menteri paling gembira di dunia”. Sungguh, beliau dengan falsafahnya yang menganjurkan soal tolak ansur dan menerima perbezaan pandangan.

Tapi ia berakhir dengan tiba-tiba apabila politikus-politikus yang berkomplot menggulingkan beliau dan mengambil alih tampuk kuasa. Dengan itu, Malaysia yang kita kenali telah mati.

Perpaduan yang kita ada, persahabatan yang kita nikmati yang telah menjangkaui etnik kita, mudah bergaul antara kaum, tolak ansur dalam beragama, sambutan bersama berbagai perayaan dan ziarah menziarahi kawan-kawan kita pada acara-acara itu – ini semua sayangnya juga telah mati. 

Walaupun 63 tahun Merdeka, mengapa saya masih bukan seorang orang Malaysia?

Pada tahun 2007 – 13 tahun lalu – ketika menyambut ulang tahun ke-30 Aliran, dalam ucapan jamuan malam, saya telah menyentuh berkenaan isu ini. Sebahagian dari apa yang saya telah ucapkan:

“Sahabat sekalian, sedang kita sambut 30 tahun Aliran hari ini, dua hari lalu negara kita telah menyambut usia 50 tahun. Panjang perjalanan yang telah kita lalui sejak 1957. Pencapaian lahiriah kita adalah luar biasa dan mengagumkan. Bangunan tertinggi, jambatan terpanjang, binaan terbesar – dan apa lagi – kalian ada semuanya! Tapi sebalik kejayaan dan kegembiraan, kita harus bertanya suatu persoalan yang mudah tapi mustahak: Adakah kamu orang Malaysia? Adakah saya orang Malaysia? Di luar negara, kita dikenali sebagai orang Malaysia. Tapi dalam negara ini, adakah kamu orang Malaysia?

READ MORE:  MERDEKA! When will I be a Malaysian?

“Sayangnya, tiada yang tahu siapakah itu orang Malaysia tanpa mengungkit perihal kaum. Jika saya kata bahawa saya orang Malaysia, birokrasi negara ini akan melihat saya dengan kesangsian! Tapi jika misalannya saya mengatakan bahawa saya ini orang India Malaysia, barulah saya dikenali! Mereka akan terus ketahui siapa saya. Begitulah jadinya untuk kita semua. Kamu ialah orang Melayu Malaysia, seorang Cina Malaysia, orang India Malaysia, seorang Kadazandusun Malaysia – tapi tidak pernah seorang berbangsa Malaysia. Orang Malaysia tidak diiktiraf di Malaysia.

“Jika selepas 50 tahun usia negara kita, kamu adalah bukan orang Malaysia, jadi apakah yang kita raikan? Kita boleh persembahkan tayangan hebat dan perolokkan dunia, tapi kita tak dapat menipu diri kita sendiri.

“Ini ialah salah satu tragedi untuk suatu mandat besar yang diberi kepada kerajaan. Selama 50 tahun mandat itu sepi tanpa menjawab persoalan status kita sebagai rakyat dan perpaduan kita sebagai sebuah nusa.

“Yang teramai itu telah menghakis hak kita dan melucutkan identiti sah kita sebagai seorang rakyat biasa di Malaysia.Yang teramai itu telah memecah belahkan kita.

“Terserah pada kita untuk lakukan sesuatu bagi menuntut hak kepada identiti kita sebagai rakyat. Jikalau kamu mahu dikenali sebagai seorang rakyat tanpa sebarang sebutan etnik kepada kerakyatan kamu, jadi kita harus dengan penuh sedar dan tumpuan lakukan sesuatu. 

“Ia perlukan usaha bersama kita semua untuk membawa suatu perubahan.

“Sahabat sekalian, saat itu akan tiba dalam sejarah negara kita apabila warganya dipinta naik saksi kepada kepercayaan mereka. Saat yang menentukan itu akan hadir dengan pilihan raya yang akan datang.

“Tanya diri sendiri sama ada satu lagi mandat besar akan bawa perubahan dasar yang akan mengembalikan identiti sebagai seorang rakyat Malaysia. Atau adakah ia akan menjadi yang sama sahaja untuk lagi 50 tahun mendatang?

READ MORE:  Merdeka under the shadow of 'new normal'

“Fikirkanlah tentangnya!”

P Ramakrishan, seorang mantan presiden Aliran yang telah lama berkhidmat selama tiga setengah dekad dalam jawatan kuasa pelaksana kami, telah bersama Aliran sejak penubuhannya pada tahun 1977. Kini sebagai anggota biasa Aliran, beliau terus mengutarakan isu-isu kepentingan awam kepada khalayak ramai.

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Gursharan Singh
Gursharan Singh
8 Sep 2020 5.01pm

Does rakyat need to dream only as long as certain policies and perception of suspected MFCCCEBKN cultures continue without deterrent penalties and delays in finalizing of investigations and closure of court cases and PERIHATIN for offenders and discounts culture continue?