Mengapakah bilangan kes baru Covid-19 masih meningkat?

0
478 views
Sketch by Aliran member Wong Soak Koon

Jeyakumar Devaraj rasa bilangan kes baru tidak akan turun ke 50 sehari pada 31 Mac 2020, dan tempoh perintah kawalan pergerakan harus dilanjutkan.

Rakyat Malaysia dikejutkan pada Mac 23 dengan berita bahawa bilangan kes baru Covid 19 di Malaysia telah meningkat ke 212 pesakit. Ini telah membawa jumlah kes keseluruhannya pada hari itu ke 1,518 orang.

Ketua pengarah kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah telah memaklum bahawa 212 kes baru itu telah dikenalpasti dalam 20 jam yang tamat pada 12 tengah hari 23 Mac.

Table di bawah merumuskan bilangan kes baru yang didiagnos di Malaysia tiap hari sejak 14 Mac 2020.

Series 1: Bilangan kes baru Covid-19 di Malaysia

Adakah strategi perintah kawalan pergerakan kurang tepat?

Kes keseluruhan pesakit Covid-19 adalah 238 orang pada 14 Mac 2020. Ianya telah naik secara mendadak ke 1,518 dalam lapan hari. Ada orang awam yang menyoal mengapa begini ramai kes baru Covid 19 masih berlaku walhal kami telah mula mengamalkan perintah kawalan pergerakan sejak 18 Mac 2020.

Jawapannya adalah perintah kawalan pergerakan hanya akan mengurangkan jangkitan baru selepas tarikh dikuatkuasakan secara berkesan (iaitu 19 Mac 2020).

Tetapi oleh kerana tempoh inkubasi untuk Covid-19 adalah tiga hingga 12 hari, seorang yang dijangkiti hanya akan mula menikmati gejala-gejala seperti demam, batuk dan sakit badan antara tiga dan 12 hari selepas dia dijangkiti virus itu (tempoh masa purata inkubasi adalah enam hari).

Jadi walaupun perintah kawalan pergerakan telah dikuatkuasakan pada 19 Mac 2020, mereka yang telahpun dijangkiti sebelum tarikh itu akan terasai gejala penyakit Covid-19 selepas tarikh itu.

READ MORE:  Kemurahan hati rakyat Malaysia bantu capai sasaran kutipan RM460,000 untuk golongan yang memerlukan (Malay/English)

Kami hanya boleh lihat pengurangan dalam kadar kes baru enam hingga 10 hari selepas tarikh penguatkuasaan PKP ia itu antara 25 Mac dan 29 Mac 2020.

Adakah kadar kematian akan menurun selepas 30 Mac 2020?

Kadar kemasukan kes ke ICU dan kadar kematian tidak akan menurun serentak dengan penurunan kadar kes baru.

Sebelum kita ke situ, saya ingin menerangkan bahawa bukan semua kes Covid-19 perlu rawatan ICU.

Statistik daripada negera Cina menunjukkan bahawa:

  • 80% kes Covid-19 boleh dirawat di wad biasa dengan ubat batuk dan ubat tahan demam, dan mereka akan sembuh dalam jangka masa dua minggu
  • 15% daripada semua kes Covid 19 mengidap kesusahan dalam bernafas dan memerlukan rawatan oxygen yang boleh diberi melalui tube ke hidung di wad biasa
  • hanya 5% pesakit akan mengalami kesesakan nafas teruk dan memerlukan rawatan di ICU. Jika 5% ini menerima rawatan sesuai, empat daripada lima antara mereka akan pulih. Hanya seorang antara tiap lima yang memerlukan rawatan ICU akan meninggal dunia walaupun rawatan yang sesuai diberikan padanya

Gambar rajah: Time-line jangkitan Covid-19

Gambah rajah di atas mempamirkan bagaimana pengenalpasian kes Covid-19 biasanya berlaku tujuh hari selepas pesakit itu dijangiti virus.

Dan kemasukan ke ICU pula berlaku 10 hari selepas diagnosis untuk 5% antara keseluruhan yang didiagnos.

Dan pada 1% pesakit yang meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19, mereka meninggal dunia 14 hari selepas kemasukan ke ICU pada puratanya.

Jadi bilangan kemasukan kes ke ICU hanya akan berkurang mulai 10 hari selepas kemuncak bilangan kes baru Covid 19. Dan bilangan kematian setiap hari akan berkurang 24 hari selepas kemuncak kes baru Covid 19.

READ MORE:  Dangers and lessons of present multiple crises

Bolehkah perintah kawalan pergerakan dapat ditamatkan pada 31 Mac 2020?

Saya rasa tidak boleh. (Kerajaan baharu sahaja melanjutkan tempoh perintah ke 14 April.)

Perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan kerana sistem kesihatan negara tidak dapat mengawal dan mengurangkan penularan penyakit Covid-19 di kalangan rakyat pada takat itu.

Bila terlalu ramai dijangkiti pada tempoh masa yang sama, sistem kita tidak mampu mengenalpasti semua kontak dan kuarantin mereka dengan selamat.

Jika kita dapat mengasingkan semua kes penyakit Covid-19 di dalam hospital, dan mengasingkan semua kontaknya, ia tidak membawa ke situasi seperti kita memerhati di Itali.

Di Itali, bilangan kes baru adalah 3,000 kes sehari dan sistem kesihatan Itali tidak mampu memberi kesemua pesakit rawatan yang patut diberi. Itulah sebabnya kadar kematian di Itali sudah menyampai ke 9% daripada semua kes yang dikenalpasti. Kadar kematian di China (di luar Daerah Hubei) adalah hanya 1%.

Kerajaan kita telah mengambil keputusan yang bijak dalam mengumumkan perintah kawalan pergerakan supaya kami dapat memasang berek terhadap wabak Covid-19 ini.

Pada saya, kita perlu mengurangkan kes baru di Malaysia ke bawah 50 sehari sebelum kita lepaskan berek ini. Baru sistem kesihatan kita akan dapat mengasingkan kes-kes baru itu dan juga mencari dan kuarantin semua kontak-kontak mereka.

Matlamat kami adalah untuk membawa bilangan jangkitan dalam negara ke angka sifar seperti telah diperlakukan di daerah Hubei di negara China.

Tetapi jika berjaya mencapai itu pun, kita perlu terus berjaga-jaga kerana wujudnya risiko tinggi kes-kes Covid-19 akan di impot balik ke Malaysia oleh pelawat ataupun warga Malaysia yang melawat ke luar negera.

Saya juga rasa bilangan kes baru tidak akan turun ke 50 se hari pada 31 Mac 2020 dan tempoh perintah kawalan pergerakan harus dilanjutkan untuk seminggu. (Kerajaan baharu sahaja melanjutkan tempoh perintah ke 14 April.)

Saya sedar perintah ini menyusahkan rakyat kerana ramai sudah menghadapi masalah kewangan untuk membeli keperluan harian.

READ MORE:  'Pure baloney': Zoologist debunks Trump's Covid-19 origin theory, explains animal-human transmission

Tetapi jikalau kita hentikan perintah kawalan pergerakan terlalu cepat, wabak Covid-19 akan meletup semula dan ianya akan membawa masalah yang lebih besar pada kita semua.

Kerajaan harus menangani situasi kekangan wang dengan melaksanakan bayaran Bantuan Sara Hidup secepat mungkin supaya sebahagian besar keluarga golongan 40% yang terbawah dapat sedikit wang untuk menguruskan keluarga mereka buat masa ini.

Saya akan berhenti di sini pada takat ini. Tolong mematuhi perintah kawalan pergerakan. Ianya dilaksanakan untuk kebaikan umum.

Dan pada masa yang sama menghulurkanlah bantuan kepada jiran-jiran yang menghadapi masalah memerolehi makanan untuk keluarga. Cuba menganjurkan bantuan di perengkat komuniti saudara-saudari, tetapi jika tidak dapat memberi bantuan secukupnya menghubungilah pihak kerajaan.

Kita boleh mengatasi masalah wabak Covid-19 ini jika kita semua berkerjasama dan bertindak atas prinsip solidariti manusia.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Avatar
Dr Jeyakumar Devaraj, a long-time Aliran member and contributor, served as Member of Parliament for Sungai Siput from 2008 to 2018. A respiratory physician who was awarded a gold medal for community service, he is also a secretariat member of the Coalition Against Health Care Privatisation and chairperson of the Socialist Party of Malaysia.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments