Menangani keganasan rumah tangga dalam waktu Covid-19

1
1,174 views
Photograph: Juan Pablo Serrano Arenas/Pexels

Dengan perlaksanaan perintah kawalan pergerakkan, pendera dan mangsa telah dipaksa untuk tinggal sebumbung untuk suatu jangka masa yang panjang. Terpanggil dengan isu ini, Prema Devaraj menulis pendapat beliau.

Walaupun bukan semasa Covid-19, mengendalikan keganasan rumah tangga bukan perkara mudah!

Bagi mereka yang mempunyai pengalaman kerja dalam menyokong mangsa keganasan rumah tangga, mereka semestinya tahu betapa payahnya untuk mangsa menceritakan pengalamannya didera atau mendapatkan bantuan. Lebih-lebih lagi membuat laporan mengenai penderaan dialami.

Di waktu Covid-19 ini, negara kita telah melaksanakan perintah kawalan pergerakkan dan kedua-dua pendera dan mangsa dipaksa untuk tinggal sebumbung untuk suatu jangka masa yang panjang.

Keadaan ini bukan sahaja menaikkan kebimbangan tentang kekerapan keganasan yang berlaku tetapi juga peluang untuk mangsa mendapatkan bantuan.

Ianya bagaikan neraka bagi mereka yang menerima penderaan yang berulang kali dan mangsa terkurung dengan pendera. Oleh itu, usaha yang serius mestilah dilakukan untuk membantu mangsa-mangsa keganasan rumah tangga ini.

Memahami situasi yang berlaku, beberapa persatuan wanita telah memastikan talian hotline mereka terbuka semasa tempoh perintah kawalan pergerakkan.

Pusat Kesedaran Wanita (WCC Penang) sebagai contoh, telah menawarkan bantuan dan sokongan kepada mangsa keganasan rumah tangga di Pulau Pinang melalui talian 011-3108 4001 atau 016-428 7265 bagi daerah di pulau dan 016-439 0698 / 016-418 0342 bagi daerah-daerah di seberang.

Sister in Islam (SIS) boleh dihubungi di talian 011-2370 1006.

Women’s Aid Organisation (WAO) pula menghebahkan talian 24-jam mereka 03-7956 3488 atau WhatsApp TINA di 018-9888 058 untuk sokongan dan bantuan.

Sesetengah persatuan wanita ini juga boleh dihubungi melalui emel, Facebook dan Twitter.

WAO juga mencadangkan enam langkah segera yang diambil dari Jawatankuasa Keganasan Rumah Tangga Nasional:

  • Keluarkan satu standard operating procedure yang jelas dalam menangani keganasan rumah tangga semasa perintah kawalan pergerakkan
  • Pastikan mangsa mendapat perintah perlindungan sementara dan perintah perlindungan kecemasan
  • Hebahkan cara untuk mangsa mendapatkan bantuan
  • Perbaiki akses kepada rumah perlindungan sementara dan jadikannya perkhidmatan yang perlu
  • Pastikan mangsa mendapat bantuan kewangan
  • Pastikan sumber peruntukkan yang mencukupi bagi menangani situasi kecemasan dengan lebih berkesan
READ MORE:  Handcuffs for Dr Ong, microphone for Zuraida, jail for 18-year-old youth

Mengetahui kesukaran mangsa untuk membuat laporan polis, ianya menjadi kritikal mangsa membuat panggilan. Tindakan segera harus diambil sejurus menerima panggilan mangsa dan tindakan susulan bagi memastikan keselamatan mangsa dijamin.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat juga bergiat aktif bekerjasama dengan pihak polis melalui talian khas (Talian Kasih di 15999 atau WhatsApp 019-261 5999) yang membolehkan mangsa keganasan rumah tangga dan penderaan kanak-kanak hubungi.

Seperti yang dilaporkan, polis akan mengambil tindakan segera berdasarkan laporan yang dibuat. Ini merupakan tindakan yang bagus dari kementerian yang pada mulanya mahu menutup talian bantuan semasa musim perintah kawalan pergerakkan ini. Sudah tentu semua ini akan didokumenkan, diperhatikan dan dinilai keberkesanannya.

Apabila mangsa keganasan rumah tangga mencari bantuan, ianya merupakan langkah pertama mereka dalam mengakses kepada bantuan, sokongan dan perlindungan.

Masih banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memastikan keselamatan mereka, termasuk perintah perlindungan, memastikan akses kepada rumah perlindunagn dan bantuan kewangan jika diperlukan. Ianya bukan proses yang mudah buat mangsa.

Justeru itu, perkhidmatan kepada mangsa keganasan rumah tangga perlu diutamakan apabila diperlukan semasa musim perintah kawalan pergerakkan ini.

Ianya juga menjadi kekangan kepada mangsa diluar sana yang tidak boleh menelefon untuk mendapatkan bantuan kerana keberadaan pendera yang dekat dengan mereka atau memiliki telefon mereka.

Jadi, hebahan tentang langkah-langkah selamat apabila tinggal bersama pendera amat membantu. Diadaptasi daripada National Domestic Violence Hotline USA, antara langkah-langkah selamat yang boleh diambil mangsa adalah:

  • Kenalpasti tempat selamat dimana tiada senjata dan mempunyai jalan keluar. Jika berlaku pertengkaran, cuba cari tempat tersebut
  • Jangan lari ke arah anak anda, kerana pasangan anda boleh mencederakan mereka juga
  • Ajar anak anda untuk selamatkan diri dan dapatkan bantuan. Cipta satu kod rahsia supaya anak anda, rakan dan ahli keluarga tahu anda dalam masalah dan memerlukan pertolongan
  • Jangan pakai barang kemas yang panjang atau sebarang perhiasan diri yang boleh digunakan untuk mencekik anda
  • Maklumkan kepada jiran tertangga yang anda percayai untuk hubungi pihak polis sekiranya mereka terdengar atau melihat kekecohan berlaku
  • Jika anda tidak dapat elakkan keganasan, cari satu sudut penjuru, bentukan badan seperti bola kecil, lindungi muka anda dan letakkan kedua-dua belah tangan menutup kepala dan gengamkan jari anda
READ MORE:  Justice: If you are nobody, you're punished; if you are somebody, you're tolerated!

Tips seperti ini mestilah dihebahkan di sosial media di mana-mana medium dalam pelbagai bahasa. Ahli keluarga atau jiran perlu digalakkan untuk melaporkan insiden keganasan yang berlaku menerusi talian bantuan atau pihak berkuasa.

Selalunya masyarakat tidak faham tentang dinamik yang wujud antara pendera dan mangsa dalam kes keganasan rumah tangga. Mereka tidak faham bagaimana pendera mengawal mangsa. Ianya bukanlah kemarahan atau stress atau baiki cara berkomunikasi atau mengelakkan konflik di rumah.

Kebanyakkan orang tidak faham perasaan mangsa yang ketakutan dan mengalami ketegangan. Mereka tidak faham perasaan terperangkap, tidak berdaya dan keinginan untuk penderaan tersebut berhenti.

Mereka juga tidak faham bahawa perbuatan pendera ini bersifat berulang. Mereka tidak faham impak kepada anggota-anggota lain yang berada di dalam rumah tersebut, terutama sekali kanak-kanak.

Justeru itu, tips daripada timbalan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat baru-baru ini supaya menghindari konflik di dalam rumah tangga semasa musim perintah kawalan pergerakkan tidak membantu bagi mereka yang mengalami keganasan rumah tangga. Tenangkan pasangan anda, ingatkan tentang kebaikkan mereka, berdoa, ucapkan terima kasih dan maaf tidak dapat membantu mangsa keganasan rumah tangga. Antara reaksi terhadap tips tersebut dipaparkan di bawah:

Mesej daripada timbalan menteri ini sepatutnya tertumpu kepada melaporkan keganasan rumah tangga yang berlaku kepada talian yang disediakan.

Keseriusan keganasan rumah tangga (dan penderaan kanak-kanak) semasa krisis perlu diakui. Mesej yang disampaikan perlu merangkumi seluruh rakyat Malaysia berbilang bangsa dan agama.

Pengalaman di musim perintah kawalan pergerakkan berbeza bagi setiap orang. Bagi sesetengah orang ianya membosankan dan suatu kekangan.

Tetapi bagi yang lain pula, ianya adalah demi kelangsungan hidup – mereka terpaksa melawan masalah kesihatan, bertahan dalam kemiskinan dan, di dalam kes keganasan rumah tangga, bertahan dari penderaan.

READ MORE:  A quintuple whammy for private universities

Diterjemahkan oleh Noorhidayah Nadila Maulad Daud

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Hari
Hari
19 Apr 2020 6.08am

Looks like there are many domestic violent cases. This shows the failure of family as an institution which supposed to support the well being of human beings.Once upon a time families consists of big numbers and they could survive happily.In so called modern world people can’t stay together during times of need which is needed to support each other.That goes to show there are some serious decay in society. Current family setting is very artificial lack of genuine love,care and other human values.The government and the people of Malaysia have to study what what went wrong and how the decay in the society can be corrected.