LRT dan Pulau Pinang: Wujudkah alternatif yang lain?

1
190
Sebuah setesen LRT di KL

Wacana tentang penambahbaikkan sistem pengangkutan di Pulau Pinang harus bergerak ke arah yang lebih berfokuskan kelestarian penduduk dan bukannya keuntungan ekonomi sahaja, ujar Nagathisen Katahenggam.

Sejak sekian lama, masalah pengangkutan di Pulau Pinang tidak pernah selesai. Saban kali isu ini diutarakan, berbagai cadangan dilontarkan, dari pengenalan “auto-rickshaw” hinggalah kereta kabel merentasi laut.

Namun, fokus perbincangan masalah pengangkutan di Pulau Pinang sekarang beralih kepada pelan induk pengangkutan Pulau Pinang atau PTMP,, satu pelan dengan beberapa projek besar seperti terowong dasar laut, lebuhraya bertingkat dan juga transit rel ringan (LRT).

Jika dilihat dari infografik yang dipaparkan, memang nampak menarik dan mungkin akan mengurangkan tempoh perjalanan pengguna.

Tetapi, adakah Pulau Pinang perlukan jaringan sistem LRT dan lebuhraya bertingkat, lebih-lebih lagi jika dilihat kepada cara projek ini akan dibiayai.

Jalur LRT fasa pertama untuk Pulau Pinang dijangka akan bermula dari George Town hinggalah ke lapangan terbang, melewati kawasan-kawasan penting seperti Jelutung dan USM.

Apa yang kurang ditekankan adalah kesan visual di setiap kawasan tersebut yang akan dipenuhi dengan tiang-tiang LRT seperti yang dapat dilihat di Kuala Lumpur. Bayangkanlah, pemandangan tanpa batas yang dapat dilihat sekarang ini akan menjadi kenangan sahaja.

Tidak kurang dari itu, projek LRT dan lebuhraya ini dicadangkan untuk dibiayai dengan menebus laut di persekitaran Teluk Kumbar dan Permatang Damar Laut menjadi tiga pulau komersial dan kediaman.

Terdapat banyak persoalan tentang pembinaan pulau-pulau baru ini yang masih tidak dijawab – dari segi impak terhadap alam sekitar hinggalah akses kepada orang awam kepada projek perumahan di pulau tersebut.

Jadi, persoalan wujud tentang solusi terbaik yang dapat mengatasi masalah pengangkutan di Pulau Pinang. Antara cadangan awal adalah untuk memperkenalkan sistem bercampur transit aliran bas (BRT) dan trem di Pulau Pinang.

READ MORE:  Leading questions in Penang LRT questionnaire result in inflated 97% approval rate

Namun, fokus sekarang beralih kepada pembinaan sistem LRT dan monorel, dan alternatif yang lain pula ditepis.

Kewajaran pembinaan sistem LRT yang komprehensif bagi sebuah pulau dengan penduduk yang kurang dari satu juta patut dipersoalkan. Adakah sistem LRT ini dengan kos yang mencecah RM10bn dapat mengurangkan kesesakan di Pulau Pinang?

Sistem LRT di Kuala Lumpur sendiri mengambil masa yang agak lama untuk mencapai sasaran jumlah penumpang harian dan penumpang sistem MRT pula sangat jauh dari yang dijangka. Itu di kota metropolitan Kuala Lumpur dengan penduduk yang mencecah jutaan orang.

Sepatutnya, kerajaan harus melihat ke hadapan dan fokus kepada mod pengangkutan yang lebih spesifik dan bersasar.

Bandar Curitiba di Brasil contohnya adalah model bagi sistem pengangkutan berkos rendah yang komprehensif dan efisien. Dengan hanya berkonsepkan sistem BRT, kebanyakan jalan dan kawasan penduduk di bandar tersebut ada akses kepada bas dengan frekuensi yang tinggi. Dengan kos yang lebih rendah, lebih banyak bas dapat dikendalikan oleh bandar tersebut tanpa perlu melabur dalam sistem keretapi yang lebih statik.

Berdasarkan idea ini, badan bukan kerajaan di Pulau Pinang telah mencadangkan pengenalan sistem trem atau versi hibrid yang lebih moden berupa autonomous rail rapid transit (ART). Sistem trem bukan asing di Pulau Pinang dan pernah menyusuri bandaraya George Town pada awal abad ke 20.

Dengan hanya RM10bn, Lim Mah Hui dari Penang Forum dan pakar pengangkutan Ahmad Hilmy pernah mencadangkan sistem pengangkutan yang komprehensif di seluruh negeri yang merangkumi sistem ART, BRT, feri air dan bas berbanding dengan kos yang agak sama untuk sistem LRT sahaja, yang hanya melalui beberapa kawasan di sekitar pulau.

READ MORE:  Penang’s Bayan Lepas LRT: Glorious legacy - or white elephant project?

Dana yang lebih rendah ini dapat diperolehi melalui pinjaman dari kerajaan pusat atau usaha lain berbanding dengan cara tebus guna tanah.

Selain daripada itu, sistem bas dan trem ini adalah atas tanah dan tidak akan menggangu pemandangan dengan cerucuk konkrit. Ini belum lagi mengambil kira faktor pencemaran bunyi, bas dan trem dengan teknologi baru lebih senyap untuk dioperasi berbanding dengan LRT.

Maka, dengan pilihan lain yang lebih pragmatik dan murah, adakah wajar untuk LRT diperkenalkan di Pulau Pinang?

Wacana tentang penambahbaikkan sistem pengangkutan di Pulau Pinang harus bergerak ke arah yang lebih berfokuskan kelestarian penduduk dan bukannya keuntungan ekonomi sahaja.

Sejajar dengan moto awal Pulau Pinang, “Penang leads”, biarlah Pulau Pinang ke hadapan dengan sistem pengangkutan yang lebih inovatif.

Nagathisen Katahenggam is a postgraduate student from Penang at a local university. Intrigued by local politics, he has picked up a newfound interest in expressing his ideas through writing. He recently participated in an Aliran writers’ workshop with the theme “Writing for Change in New Malaysia”.

(Visited 183 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Simon Tan Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Simon Tan

Bus is Betterlah, a well planned bus network will give better coverage, the lowest hanging fruit is to improve on existing Rapid Pg buses. The roads are there, the riders are there and the buses are there. Currently Rapid Pg has close to 400 buses, adding another 400 buses cost rm0.2 billion. If Pg spend rm0.5 billion on 400 electric buses with own solar powered charging stations, there will be no more diesel cost for these 400 buses and hooray no smoke.