Lompat parti tidak akan berakhir dengan pilihan raya mengejut di Sabah (Malay/English)

0
94
Graphic: Wikipedia

[ENGLISH VERSION BELOW] Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) maklum bahawa ketua menteri Sabah mempunyai hak untuk memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri Sabah bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri disebabkan oleh lompat parti oleh beberapa ahli dewan undangan negeri daripada gabungan pemerintah.

Namun kami ingin menegaskan semula bahawa masalah lompat parti oleh wakil rakyat sehingga menyebabkan tumbangnya kerajaan negeri dan persekutuan tidak akan berkesudahan selagi undang-undang kita membenarkannya.

Di dalam demokrasi berparlimen, adalah menjadi prerogatif ketua kerajaan (ketua menteri dalam kes ini) untuk memohon pembubaran awal dan prerogatif ketua negeri(Tuan Yang Terutama) untuk menentukan sama ada memberikan persetujuan atau tidak.

Sekiranya persetujuan diberikan, pilihan raya tidak dapat dibatalkan oleh mana-mana pengakuan majoriti dalam pembubaran badan perundangan.

Walaubagaimanapun, pilihan raya awal tidak menjamin penyelesaian kepada kebuntuan politik sekiranya keputusan akhir pilihan raya kekal terpecah-pecah dan ahli-ahli politik enggan menerima keputusan dan menghormati mandat lima tahun yang diberikan kepada gabungan yang menang.

Wakil rakyat tidak sepatutnya mengenepikan kehendak pengundi mereka dan bertukar kesetiaan atau lebih teruk, menjual kerusi mereka demi jawatan dan wang. Tindakan sebegitu adalah pengkhianatan kepada pengundi dan menghina demokrasi serta proses pilihan raya.

Bersih 2.0 menggesa semua pemegang taruh untuk meneliti semula akar permasalahan dan kelemahan di dalam undang-undang yang memberikan galakan kepada ahli-ahli politik untuk sesuka hati melompat parti, dan menyokong reformasi yang akan memberikan kestabilan kepada situasi politik kita.

Antara reformasi yang kami advokasikan adalah:

  • Pilihan raya pecat wakil rakyat sebagai mekanisme untuk mencegah lompat parti. Ini adalah mekanisme yang akan memperkasakan pengundi wakil rakyat yang melompat untuk berpeluang memulakan pilihan raya pecat wakil rakyat bagi menyingkirkan wakil rakyat itu sekiranya mereka tidak bersetuju dengan tindakan beliau
  • Reformasi pendanaan politik komprehensif untuk mencegah ahli-ahli politik daripada melompat dengan diberikan ganjaran yang besar seperti lantikan wakil rakyat menjadi ahli lembaga GLC, tidak memberikan dana pembangunan kawasan yang sama rata kepada wakil rakyat, dan dana awam kepada parti politik
  • Menghentikan pendakwaan atau imuniti terpilih dengan memisahkan fungsi peguam negara dan pendakwa raya. Semua institusi utama perlu dibebaskan daripada pengaruh perdana nenteri secara langsung atau tidak langsung
  • Mengubah sistem pilihan raya bagi memberikan mandat secara langsung kepada parti supaya ada kerusi yang kekal dengan parti yang memenangkannya dan bukan kepada calon
READ MORE:  Umumkan laporan interim ERC, mulakan libat urus awam (Malay/English)

Kami menggesa semua parti untuk mengambil bahagian dalam pilihan raya negeri untuk menyatakan pendirian yang jelas terhadap empat reformasi ini dan agar pengundi mempertimbangkannya di petak mengundi sekiranya mereka benar-benar menghargai demokrasi dan kestabilan politik.

Perhatian juga perlu diberikan bahawa pilihan raya mengejut ini akan berjalan semasa virus Covid-19 masih lagi menjadi ancaman kesihatan rakyat, dan hal ini memerlukan protokol keselamatan dan pegawai tambahan bagi memastikan aktiviti kempen dan pengundian tidak akan menyebabkan penularan wabak Covid-19.

Bersih 2.0 menggesa pengundi di Sabah untuk keluar beramai-ramai untuk mengundi dan memastikan pilihan raya adalah bebas dan adil, serta bersih daripada politik wang agar menghasilkan keputusan pilihan raya yang lebih dipercayai.

Kami juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya membenarkan orang Sabah yang bekerja di Semenanjung untuk berdaftar sebagai pengundi pos disebabkan kos penerbangan pulang yang sangat tinggi untuk balik mengundi dan juga berisiko penyebaran virus Covid-19.

Jawatankuasa pemandu Bersih 2.0

English version

Party defections won’t end with Sabah snap election

The Coalition for Clean and Fair Elections (Bersih 2.0) acknowledges that it is the right of Sabah Chief Minister Shafie Apdal to call for the dissolution of the Sabah State Assembly to pave the way for fresh state election due to defections by state assembly member from his ruling coalition.

But we wish to reiterate that the perennial problem of defections by elected representatives that resulted in the collapses of both state and federal governments will remain in Malaysian politics as long as our law permits it.

In a parliamentary democracy, it is the prerogative of the head of government (the chief minister in this case) to request for early dissolution and the prerogative of the head of state (the governor) to decide whether to withhold his or her consent. If the consent has been granted, elections cannot be cancelled by any claimant of a majority in the dissolved legislature.

READ MORE:  Warisan perlu pegang pada janji, tolak lantikan ahli politik dalam syarikat berkaitan kerajaan

However, an early election may not guarantee a resolution to the political impasse if the outcome remains fragmented and politicians refuse to accept the outcome as final and to respect the five-year mandate given to the winning coalition.

Elected representatives should not disregard their constituents’ wishes and switch allegiance or worse, trade their seats for positions and money. Such acts are a betrayal of their voters and make a mockery of democracy and the electoral process.

Bersih 2.0 calls on all stakeholders to re-examine the root causes and weaknesses in our laws that give incentives to our politicians to indulge in ‘party-hopping’ and support reforms that would bring stability to our political situation.

Among the reforms we have advocated for are:

  • Introducing recall election as a mechanism to deter party defections. This is a mechanism that would empower constituents of the defecting representatives to have the opportunity to initiate a recall or removal of the rep if they disagree with the defection
  • Implementing comprehensive political financing reform to deter politicians from defecting for major incentives such as allowing elected politicians to sit on the boards of government-linked companies or due to the threat of not being given equal constituency development funds as all other elected representatives and no public funding of political parties
  • Ending selective prosecution or immunity by separating the the function of the attorney general and that of the public prosecutor. All key institutions should also be free from the direct or indirect influence of the prime minister
  • Changing the electoral system to allow direct mandates for party so that at least some seats remains with the party which wins them instead of with the candidates
READ MORE:  Don’t rakyat count in political numbers game?

We call on all parties taking part in the state elections to make their stand clear on these four reforms and on voters to consider them at polling booths if they treasure democracy and political stability.

It should also be noted that the snap election will be held while the coronavirus is still a threat to public health and additional safety protocols and personnel would be required to ensure that the campaigning and polling would not lead to another outbreak.

Bersih 2.0 calls on voters in Sabah to come out in large number to vote and to ensure that the election is free and fair and clean from money politics so that the outcome will be credible.

We also call on the Election Commission to allow Sabahans working in the peninsula to register as postal voters in view of the high cost of flying home to vote and also the risk of spreading the Covid-19 virus.

Bersih 2.0 steering committee

30 July 2020

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments