Lima punca utama kekalahan Pakatan Harapan

1
675
Harga makanan telah melambung tinggi

Anil Netto memikirkan tentang kekalahan PH yang mengejutkan dalam pilihan raya kecil semalam.

Kekalahan Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil di Tanjung Piai pada 16 November adalah yang paling teruk dalam semua pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2018.

Selisih kekalahan 15,086-undi pasti telah mengejutkan ramai pakar. Akan tetapi terdapat tanda-tanda bahawa kekalahan yang mengejutkan akan berlaku.

Apakah faktor utama di sebalik kemuncak kekalahan PH pada pemilihan Tanjung Piai ini? Bagaimanakah PH kehilangan kerusi Tanjung Piai – dengan faktor 1: 2.5 – kepada gabungan parti-parti (BN) yang mengamalkan sistem kleptokrasi secara global sehingga tahun 2018?

1. PH tidak boleh mengalahkan Umno dan Pas dalam permainan isu ras dan agama

Umno dan Pas adalah pakar dalam permainan isu kaum dan agama.

PH, sebaliknya, telah diundi dalam satu gelombang harapan untuk sebuah negara Malaysia baru yang melampaui politik lama yang berdasarkan bangsa dan agama. Dan pada suatu seketika selepas pilihan raya umum, PH mempunyai kelebihan untuk membawa arus politik baru ini.

Tidak lama selepas itu, Umno dan Pas kembali mendesak denagn memainkan isu-isu perkauman dan agama. Kemuncaknya adalah bila puluhan ribu orang berhimpun untuk menentang pengesahan Konvensyen Antarabangsa mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum dan Bangsa. Umno dan Pas berjaya mempopularkan persepsi tentang orang Melayu-Muslim dipinggirkan di bawah pentadbiran PH.

2. Janji-janji yang tidak ditunai

Kegagalan untuk memansuhkan undang-undang yang menindas dan lambatnya pembaharuan kepada institusi pemerintahan telah memicu kekecewaan.

Benar, ada langkah-langkah pentadbiran baru yang dapat dipuji seperti reformasi Suruhanjaya Pilihan Raya dan meletakkan mekanisme pembaharuan institusi.

Tetapi apabila ia melibatkan wang yang besar, kerajaan PH tidak mereformasi syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC). Bahkan firma-firma ini telah dipindahkan ke kementerian yang dikawal oleh Bersatu, termasuklah Jabatan Perdana Menteri, di mana beberapa lantikan politik telah dibuat untuk mengetuai firma-firma ini.

Perkara yang sama berlaku di kerajaan negeri seperti Selangor dan Pulau Pinang, di mana pelantikan politik kepada syarikat berkaitan kerajaan (GLC dan GLIC) telah menimbulkan kegelisahan, sementara operasi Ketua Menteri Incorporated masih tidak begitu telus.

Mengenai janji pilihan raya PH untuk memansuhkan undang-undang yang menindas, ramai dalam kalangan orang ramai tidak terkesan dengan penggunaan Sosma untuk menahan mereka yang dituduh menyokong Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) – dan ini bertentangan dengan agenda pembaharuan.

Sosma adalah salah satu undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Salah satu sebab pengundi menentang Barisan Nasional adalah kerana mereka tidak suka dengan undang-undang zalim seperti Sosma, Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi dan Akta Pencetakan dan Penerbitan.

READ MORE:  Time for Anwar to take over?

Pada tahun 2009, Gerakan Mansuhkan ISA telah menganjurkan perhimpunan besar menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri, satu undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa perbicaraan. Demonstrasi ini memberi tekanan kepada bekas Perdana Menteri Najib Razak untuk memansuhkan akta itu – walau bagaimanapun dia segera membawa masuk Sosma dan undang-undang lain yang membolehkan penahanan tanpa perbicaraan.

Dan sekarang di Malaysia Baru undang-undang penindasan era Najib ini masih digunakan. Apa kata masyarakat tentang hal ini?

Sudah tentulah ianya merupakan undang-undang zalim yang masih ditiru dan tidak menampakkan sebarang pembaharuan walapun telah memerintah selama setahun setengah.

3. Tidak cukup usaha untuk membantu golongan bawah B40

Salah satu isu utama dalam pilihan raya umum 2018 ialah “Barang Naik” atau kenaikan kos sara hidup.

Ya, pemerintah PH baru menghapuskan Cukai Barangan dan Perkhidmatan yang dibenci ramai dan memperkenalkan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang sebelumnya. Tetapi penggantian cukai penggunaan ini tidak memberi banyak perbezaan kepada kebanyakan poket orang ramai terutamanya golongan 40% terendah (B40).

Sistem cukai progresif termasuk cukai kekayaan akan membolehkan kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk perkhidmatan penting yang akan memberi manfaat kepada lebih ramai orang.

Sebaliknya, kerajaan sekarang mengalami kekangan kewangan untuk membuat penambahbaikan yang substansial terhadap perkhidmatan awam yang penting.

Sekiranya kerajaan PH benar-benar mahu meringankan beban rakyat, ia harus memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama di mana orang akan melihat perbezaan serta-merta.

  • Ia harus campur tangan untuk menaikkan bekalan dan kualiti rumah yang mampu dimiliki di bawah RM200,000. Ia sepatutnya berhenti bergantung kepada pemaju mewah yang hanya membina rumah-rumah mahal yang tidak mampu dibeli rakyat.
  • Ia harus memperbaiki sistem penjagaan kesihatan awam, memendekkan senarai menunggu, mengurangkan kesesakan hospital , meningkatkan ruang untuk katil dan menahan penghijrahan pakar perubatan dan doktor yang berpengalaman ke sektor swasta dengan memperbaiki keadaan kerja untuk doktor. Skim MySalam tidak berbuat demikian. Manakala, usaha menggalakkan pelancongan perubatan turut memburukkan lagi penghijrahan pakar perubatan dari hospital kerajaan ke sektor swasta.
  • Ia perlu memperbaiki sekolah kebangsaan, walaupun ini mungkin mengambil masa yang lebih lama. Setakat ini, perubahan hanya bersifat permukaan.
  • Ia harus memberi tumpuan kepada bentuk pengangkutan awam yang cekap dan berkesan (bas dan trem di peringkat jalan) dan bukannya lebuh raya multibillion ringgit dan projek keretapi yang berkos tinggi. Ini akan mengurangkan keperluan orang awam untuk membeli kereta sendiri dan sekaligus beralih kepada pengangkutan awam yang lebih berpatutan. Tol lebuh raya perlu dikekalkan tetapi hasil kutipan tol perlu digunakan untuk meningkatkan kualiti pengangkutan awam. Projek kereta nasional ketiga harus diubah menjadi sebuah projek bas kebangsaan.
  • Ia harus memberi tumpuan untuk meningkatkan pengeluaran makanan domestik dan melindungi harga barang makanan tempatan. Harga barangan makanan asas telah meningkat. Oleh itu, kita perlu melindungi dan menyokong petani dan nelayan kita supaya mereka boleh menuai dan menangkap ikan terutamanya dalam era perubahan iklim ini. Kita tidak sepatutnya mengubah tanah ladang kepada pembangunan hartanah atau memusnahkan ekologi pesisir untuk penambakan tanah secara besar-besaran.
READ MORE:  Wrong advice, Mahathir; tell your ministers to be more socialist

Lihat artikel Jeyakumar Devaraj “Apa yang perlu diambil untuk menangani kemiskinan di Malaysia?” untuk mengetahui apa lagi yang boleh dilakukan.

Memberi tumpuan kepada kepentingan Perniagaan Besar hanya akan menumpukan kekayaan di tangan beberapa orang kaya manakala yang lain masih sengsara

4. Silap langkah PH

PH menjejaskan sokongan dari orang ramai dengan beberapa langkah kontroversi.

Kehadiran ahli politik Bersatu dan pemimpin gabungan Pakatan Rakyat – Dr Mahathir Mohamad, Mohamad Sabu, Azmin Ali dan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman – bersama-sama dengan pemimpin Pas dan Umno di Kongres Maruah Melayu baru-baru ini tidak disambut baik oleh sebahagian rakyat.

Pemimpin PH, khususnya Bersatu, mungkin menganggap kehadiran mereka di perhimpunan itu akan meningkatkan profil mereka sebagai pejuang masyarakat Melayu. Tidak semestinya. Bukan sahaja kehadiran mereka gagal meraih sokongan orang Melayu terhadap PH tetapi retorik perkauman yang melampau di perhimpunan juga menjejaskan sokongan PH di kalangan kumpulan etnik minoriti.

Kenyataan menteri kewangan bahawa kerajaan akan menyalurkan RM60 juta kepada Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman untuk tahun ini dan tahun depan – tetapi dengan syarat MCA menyerahkan kawalan kolej itu – dilihat oleh sesetengah pihak sebagai tidak wajar. Kolej universiti tersebut telah menyediakan alternatif kepada pelajar yang mahukan pendidikan tinggi berkualiti dengan kos yang berpatutan. Siapa yang akan mengambil alih kolej universiti jika MCA melepaskan kawalannya?

Kontroversi lain yang menjejaskan PH ternyata termasuk kehadiran Zakir Nair dan isu khat.

Ramai pengundi menunjukkan ketidakpuasan mereka dengan mengundi MCA-BN atau Gerakan pada pilihan raya kecil ini – bukan kerana mereka menyukai parti-parti ini tetapi kerana mereka mahu memberi pengajaran kepada Bersatu agar tidak menurut cara Umno lama. Mereka tidak mahu merasa dipinggirkan oleh kerajaan PH. Ini semua boleh diramal.

READ MORE:  NGO menggesa pakej peralihan yang jelas untuk kestabilan, reformasi

5. Perbezaan aliran dalam PH tentang kemasukan pembelot Umno

Percubaan Bersatu untuk menarik unsur-unsur tertentu Umno tidak disukai oleh ramai pengundi. Orang dapat melihat apa yang sedang berlaku – jangan memandang rendah kepada mereka.

Bersatu memenangi kerusi paling sedikit daripada semua parti PH pada pilihan raya umum 2018. Pemimpinnya, Mahathir, diberi jawatan perdana menteri, ihsan rakan-rakan gabungannya.

Tetapi kemudian Mahathir mula menerima pembelot Umno untuk meningkatkan kerusi partinya dan menguatkan kuasa tawar-menawar di dalam PH.

Promosi beliau terhadap Azmin Ali dan puaknya dalam PKR dan keengganan PM untuk mengesahkan tempoh selama dua tahun untuk meletak jawatan telah menyebabkan orang ramai merasa sangsi. Mereka mengundi dalam pilihan raya umum 2018 bukan untuk mengekalkan Mahathir untuk tempoh yang lama.

Semua ini menyumbang kepada kekalahan PH di Tanjung Piai. Walaupun beliau merupakan pakar politik yang licik, Mahathir, seperti penguasa-penguasa yang lain, gagal membaca denyut nadi masyarakat di mana dia perlu mengetahui bila masa yang optimum untuk berhenti dan menyerahkan kuasa.

Sepatutnya beliau boleh menyatakan tarikh pelepasan jawatan PMnya lebih awal – tidak mengapa jika dia menjadi perdana menteri yang lemah selama beberapa bulan.

Ada seorang di grup WhatsApp mencadangkan bahawa pilihanraya Tanjung PIAI sepatutnya dikenali sebagai “Please Install Anwar Ibrahim” (PIAI).

Oleh kerana tarikh penyerahan kuasa tidak diumumkan, banyak penyokong PH tidak puas hati.

Kumpulan berpendapatan rendah, kebanyakan daripada mereka orang Melayu, nampaknya telah kembali ke Umno-BN. Di kalangan kelas pertengahan dan minoriti, sebaliknya, mereka menyokong MCA-BN dan Gerakan hanya untuk memberikan sedikit “pengajaran kepada PH” supaya tidak mempedulikan mereka begitu sahaja.

Kemenangan “Barisan Nasional” (dalam realiti MCA-Umno-Pas) dalam pilihan raya kecil ini juga menunjukkan bahawa Umno dan Pas masih bergantung kepada MCA untuk memenangi undi etnik Cina walaupun mereka telah bergabung dalam satu muafakat Melayu-Islam.

Ini menunjukkan bahawa Umno-Pas dalam jangka panjang juga perlu membuat kompromi dan konsesi kepada kumpulan etnik dan agama minoriti jika mereka mahu menawan semula kerajaan persekutuan.

Di tengah-tengah semua ini, Yayasan Tindakan Keadilan dan Perpaduan Malaysia (Maju) yang ditubuhkan oleh Siti Kasim telah menyalur kekecewaan, terutamanya di kalangan kelas pertengahan bandar. Forum pertama kumpulan di Kuala Lumpur menarik kira-kira 2,000 orang yang tidak senang dengan perkembangan politik dan situasi sekarang.

Maju mungkin akan memainkan peranan yang serupa dengan apa yang dilakukan oleh Bersih pada tahun-tahun Najib berkuasa – tetapi kali ini dalam mempromosikan visi yang lebih inklusif, sedangkan Bersih lebih tertumpu pada pembaharuan pilihan raya.

Sementara itu, projek Malaysia Baru akan terus dilaksanakan oleh mereka yang komited untuk menegakkankeadilan sosial dan kepelbagaian etnik yang inklusif di Malaysia.

Mereka yang berharap untuk Malaysia yang lebih inklusif tidak akan gembira dengan kemenangan BN ini. Tetapi ada pengajaran dari kekalahan ini.

Mudah-mudahan pemimpin PH akan mengambil kira mesej utama yang dihantar oleh pengundi. Mereka tidak boleh memainkan kad ras dan agama yang sama seperti Umno Pas dan berharap akan menang.

Mereka perlu membuat naratif mereka sendiri untuk Malaysia yang lebih inklusif, dan mereka harus mempunyai keberanian, visi dan kesungguhan untuk bergerak ke arah ini.

Perjuangan untuk jiwa Malaysia terus dilanjutkan.

(Visited 670 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

1
Join the conversation

avatar
750
1 Comment threads
0 Thread replies
0 Followers
 
Most reacted comment
Hottest comment thread
1 Comment authors
Nair Recent comment authors
  Subscribe  
newest oldest most voted
Notify of
Nair
Nair

One more that most critical;
Failed in the last few Bi Elections due to Racialism, Fanaticism, Greed, Power Hunger, Arrogance, Stupidity, Stubbornness & Lack of General Knowledge & Malaysian History.