Kepala tak tenteram di Putrajaya

0
561

Muhyiddin Yassin mesti tengah perah otak cuba memikirkan bagaimana nak tangkis ancaman terhadap Bersatu. Phlip Rodrigues membayangkan apa yang pastinya dilalui oleh presiden parti itu.

Mudah untuk seseorang membayangkan Muhyiddin Yassin tak lena tidur sebelum mengambil langkah bersejarah menyertakan parti Bersatunya ke dalam Muafakat Nasional.

Dia pastinya tengah memerah otak memikirkan cara dan kaedah untuk menghapus sebarang ancaman terhadap Bersatu sebelum dia mengisytiharkan pilihan raya umum.

Banyak pandangan yang menggelisahkan menerkam Muhyiddin tika dia sedang berkuntau dengan langkah yang seterusnya. Dia peka benar gabungan yang dipimpinnya itu – Perikatan Nasional – bukanlah pakatan teman seranjang yang seiring sejalan tapi suatu yang tangkap muat saja. 

Dalam kemasyghulan, fikirnya dia tak dapat memperbaik majoriti PN yang goyang. Mengapa tidak banyak ‘katak’ melompat sertai puaknya? Tidakkah mereka tahu masa depan mereka bukanlah dengan Umno mahu pun Pas? Bukankah Bersatu yang memerintah negara?

Kesuraman itu memekat ketika Muhyiddin mungkin bergelut dengan ‘setan-setan’ yang bertubi-tubi mempersenda mati pucuk politiknya.

Musuh dan kawan-kawan palsu – dalam dan luar PN – tak membantu perjuangannya. Boleh dibayangkan Muhyiddin berteka-teki bagaimana melemahkan atau membuang bisa mereka. Desakan untuk lakukan sesuatu yang mendadak semakin memuncak tika masa berlalu.

Lihat pada Umno, rahim lahirnya kerjaya politiknya. Muhyiddin memang telah merasa tak senang duduk dengan tempat berteduh lama sejak dia ditendang keluar dari parti itu. Ada sesuatu yang kemuruk tentang Umno: bahagian dalam parti masih hanyir dengan rasuah, dan berdamping dengannya hanya akan membawa nama buruk buat Bersatu.

Lagi pun, Muhyiddin mungkin mengesyaki Umno sedang berbuat yang tak elok apabila ia kata ia tak mahu jadi sebahagian dengan PN; dia juga syak Zahid Hamidi sedang bermain politik.

READ MORE:  No shortage of crises ahead of Muhyiddin's maiden Budget

Zahid, selaku presiden Umno, fikir yang Bersatu terlalu lemah dan memilih untuk bersama dengan Pas di bawah Muafakat. Kenapa asmara dengan Muafakat? Presiden Umno itu berasa terkilan yang Muhyiddin tidak berbuat apa-apa untuk selamatkan mantan bos yang tersungkur. Najib Razak dan Zahid sendiri sedang bertarung demi hayat politiknya yang di hujung-hujung.

Mengapa Muhyiddin perlu risau fasal Zahid? Presiden Bersatu tersebut berkemungkinan fikir, biarkan keadilan menentukannya, dan presiden Umno tak akan jadi suatu ancaman buat masa sekarang.

Tapi ada yang lain pula mungkin mengganggu Muhyiddin: dia sedar yang dia tak dapat tinggalkan Umno. Parti itu mungkin sudah hilang taringnya, namun ia bukan lembik. Zahid mungkin bukan lagi pemegang panji apabila tiba pilihan raya, tapi parti itu masih lagi punya pengaruh terhadap minda orang Melayu. 

Muhyiddin, bagaimanapun, mungkin merasa pasti Bersatu ada satu kelebihan berbanding Umno kerana yang kedua itu ada bertimbun kerja harus dijalankan untuk bina semula rumahnya yang dah ranap.  

Apakah percaturan boleh digunakan dengan Umno? Bila difikirkan semula, Muhyiddin punyai pilihan yang terbaik sekali: layan belai parti itu, biarkan ia puas hati dengan janji-janji manis politik.

Dengan Umno dalam pegangan, atau itu yang dirasakannya, Muhyiddin lebih mudah kedudukannya untuk mengalih perhatian kepada sekutu Umno dalam Barisan Nasional – MCA, MIC dan Gerakan. Ini bukan masalah. Semua ikan bilis ini tiada pilihan tapi perlu naik kapalnya.

Tapi awan gelap kegelisahan nanti akan berlabuh pada dia lagi. Bagaimana mahu menundukkan Pas? Ini adalah satu pesaing yang lebih kuat yang ada wasikah Islam yang buatkan ramai politikus Melayu berjaga-jaga. Bersatu tidak dapat menggenggam parti Islamis ini dalam jemarinya dan mengarahnya untuk tunduk patuh. 

READ MORE:  Why is Muhyiddin avoiding Parliament?

Pas ialah suatu institusi politik yang disegani yang telah menawan sebahagian besar bayangan orang Melayu 65 tahun lalu. Hari ini, ia terus menikmati sokongan yang ketara dengan agenda Islamisasinya yang tegas.

Barangkali Muhyiddin asyik dalam fikirannya tentang bagaimana mahu menarik presiden Pas Hadi Awang beralih memihak sebelahnya.

Tunggu sekejap! Mengapa Pas bertegas tentang pilihan raya mengejut? Jikalau parti Islam itu adalah sahabat sejati, ia patut membantu Bersatu menguatkan kedudukannya di kuasa persekutuan dahulu untuk tahan lama di Putrajaya.

Muhyiddin cenderung untuk menanam syak wasangka tentang cita-cita politik Hadi. Pilihan raya mengejut? Ramai percaya Pas akan menang lebih banyak kerusi berbanding Bersatu. Beberapa pemikir meramalkan Bersatu mungkin juga dilenyapkan dek kerana ia bertanggung jawab menjahanamkan suatu percubaan agung yang dipanggil Pakatan Harapan.

Dengan itu, Bersatu dan Pas juga berkongsi ideologi yang sama. Kedua-duanya punya pandangan yang konservatif, kedua-duanya menjunjung kekuasaan Melayu dalam politik negara, dan kedua-duanya tampak komited kepada konsep demokrasi Islam.

Jikalau begini, jadi nampaknya Hadi, Pas dan Bersatu berada pada gelombang yang sama. Muhyiddin barangkali sedar bahawa memilih Hadi sebagai timbalan perdana menterinya boleh jadi satu langkah cerdik dan sekaligus memeterai ‘persaudaraan’ itu.

Tapi sakit kepala presiden Bersatu itu belum berakhir. Apa yang perlu dilakukan dengan pengundi bukan Melayu? Bersatu perlukan sokongan mereka untuk terus ada di atas pelana. Pengundi-pengundi ini mewakili sebahagian besar dari populasi yang boleh mengayun keseimbangan kuasa. Parti itu mungkin rasa ia perlukan satu percaturan yang boleh menggundah-gulanakan sokongan etnik Cina dan India terhadap DAP dan PKR. 

Bagi menjejaskan populariti parti-parti ini, apa cara yang lebih baik dari menyulapkan sesuatu bagi menayangkan bahawa beberapa pemimpin pembangkang adalah penyangak-penyangak politik berpakaian seperti kesatria berbaju zirah berkilauan. Apabila jerayawara ke seluruh negara seraya menyalakkan mesej: “Lihatlah pemimpin kalian yang keji! Mereka ini munafik! Jangan pertaruhkan masa depan kalian pada mereka!”

READ MORE:  PBS, will you stand with the righteous or walk with 'traitors'?

Itulah muslihat kejut dan takjub. Mengejutkan rakyat dengan berita kegagalan pembangkang, dan takjubkan umum dengan kemurnian Bersatu.

Kemudian, dengan kesemuanya dalam kawalan – Umno dijinakkan, Pas dilunakkan atau dikompromi, DAP dan PKR dikepung – sampan tunda Bersatu akan bersedia untuk diluncurkan.

Tapi sebelum sesiapa pun boleh menghela nafas lega, ada satu lagi masalah yang timbul: mengapa semua pembelotan Bersatu ini?

Mahathir!

Orang tua hampir seabad usia itu berdiri seperti sosok penunggu yang mencelapak lanskap politik. Apa boleh buat dengan pahlawan tua perengus ini, yang enggan menunggang ke senja.

Sebaliknya, Dr Mahathir Mohamad telah menubuhkan satu parti Melayu baharu, Pejuang, yang mana telah menyalakan gelombang pembelotan kecil daripada Bersatu. Dia mahu menjadi perdana menteri lagi dan lagi dan lagi… 

Muhyiddin masih bermuhasabah tentang langkah yang seterusnya ketika ribut badai bakal melanda. Dan kemudian dia menggerakkan langkah agungnya: dia mengumumkan yang Bersatu menyertai Muafakat Nasional. Dia akhirnya akan tersedar bahawa pakatan ini adalah gabungan yang lebih besar dan kuat berbanding PN. Dengan permainan yang kemas ini, tidakkah akan selesai segala masalahnya? Tidakkah dia akan terus menjadi perdana menteri kepada sebuah perikatan yang agung?

Saat demikian presiden Bersatu itu merasa ada jemari yang dingin menepuk bahunya. Dia kalih ke belakang dan terlihat sosok penunggu itu lagi.

Mahathir dilihat berkumat kamit tanpa suara: Jangan gopoh sangat, kawan…

Phlip Rodrigues, seorang bekas wartawan, juga seorang pemerhati yang menaruh penuh minat terhadap peristiwa setempat. 

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments