Janganlah berputus asa
dan berpatah arah
kerana ditimpa limpahan
musibah
Batalkanlah tohmahan ngeri
mu itu, nescaya terdedah
lagi kepincangan di hati
Sedarlah, ilmu persis
mendampingi ikhtiar,
menjadi pendinding
menangkis keangkuhan
dan keterlaluan
Janganlah terpaku pada
takuk lama
Dirasuk budaya songsang
gagal membezakan
antara punca dengan
gejala
Janganlah kutuk membenci
mangsa yang dirundum
malang
Bendunglah kemarahan mu
itu dan kajilah cabaran
penuh keinsafan
Intip dan teladanilah sejarah, ketika rakyat menentang penjajah/kapitalis lama dan baharu; kegigihan kaum pekerja Bukit Asahan berarak ke KL; Reformasi; kegagahan GLU (General Labour Union) pada awal abad ke-20; Umno diusir dan sebagainya
Sedarlah
Kejayaan dan kegagalan
lumrah dalam perjuangan
memperkasakan
kebenaran dan
kesaksamaan
Pada yang sedar, semangat
fitrah insani ini, tidak
pernah pudar, tetap
keramat, kental dan tidak
terkubur
- Sign up for Aliran's free daily email updates or weekly newsletters or both
- Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB a/c 8004240948
- Make a regular pledge or periodic auto-donation to Aliran
- Become an Aliran member
Justeru
Perjuangan pertahankan
ideologi kemanusiaan
tidaklah mudah dan
bukanlah pesta hiburan
Maka rangsangkan ikhtiar
yang mustajab (thinking
out of the box) dan
hidupkan kuasa anjakan
paradigma (paradigm
shift) menuju ke alaf
Baharu.
– Nasir Hashim
- Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
- Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
- Raikan kerencaman dan keterangkuman
- Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
- Lawan rasuah dan kronisme