Ibu (Hari Ibu 2020)

0
57 views
Sketch by Wong Soak Koon

Sajak untuk Hari Ibu oleh Mohd Nasir.

Ketika bulan
berganti bulan
Ketika awan berganti
awan
Aku terlihat sinaran
biru dihalang
mencelah diri
Begitulah rasa hati
ku ibu
remuk kaku
jiwa terpegun sepi

Ibu ku
Kau pergi menemui
ayah
kami terkulai sayu
Kau sungguh tenang
senyuman mu
terakhir
mengukir tangisan
ku dibibir

Kau pergi menemui Asal

Ibu ku
Apabila ketemui
ayah
Jangan lepaskannya
dari pelukan
dendam
kerana itulah ganti
diri
kerana itulah
rindu kami

Ibu ku
Katakanlah kepada ayah
Anak-cucunya sihat
dan sudah dewasa
Beritakanlah kepada ayah
Peristiwa-peristiwa manis
semasa kita bersama
Ciumlah tangannya untuk kami ibu
kerana itulah penghargaan kami
anak yatim piatu
sentiasa dahagakan kasih
ayah dan ibu

Ayah dan ibu ku
jenguklah sekali sekala
kepada anak-cucu mu
Ekorilah telatah hidup kami
supaya dapat menegur kami
…. memujuk kami
mengekalkan kesopanan hidup
dan hargadiri

Ayah dan ibu ku
suatu masa nanti
bila kita ketemui muka
kan ku ceritakan liku-liku
perjuangan kami
Kan ku terangkan mengapa
air mata darah mengalir
di permukaan bumi
demi merebut secebis tanah,
sesuap nasi, sehelai kain
dan seteguk peribadi
Inilah rakyat kami
Inilah pengorbanan kami

Ayah dan ibu ku
Sesungguhnya kami bertuah
kerana hidup mu menjadi
wasiat penawar dunia
melindungi diri
Semoga kau bangga
anak mu tak pempersonakan
kehidupan

Daripada anak-cucu mu
(nasir jun 1979)

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments