Bossku? Najib ialah bos yang tak ada habuk pun

0
966

Najib telah meninggalkan kesan mendalam iaitu kelemahannya; dia ialah suatu kegagalan dan telah secara sedar menjatuhkan keutuhan Malaysia, CW menulis.

Pada 30 Julai, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah mendapati mantan Perdana Menteri yang sedang menanggung malu, Najib Razak bersalah di luar keraguan munasabah terhadap kesemua tujuh pertuduhan jenayah pengubahan wang, jenayah pecah amanah, dan salah guna kuasa – dan menjatuhkannya hukuman sehingga 72 tahun penjara yang berjalan serentak (secara pelaksanaannya 12 tahun) dan denda RM210 juta.

Merujuk kepada tinjauan pendapat Merdeka Center baru-baru ini, sebahagian besar majoriti rakyat Malaysia, termasuk ramai dari kalangan penyokongnya, merasakan Najib adalah bersalah: 61% daripada 3,514 responden daripada semua 14 negeri – satu sampel wakil berstatistik tinggi – setuju dengan Mahkamah Tinggi yang dia bersalah untuk jenayahnya. Hanya 18% merasakan sebaliknya.

Walaupun Najib dengan hiba mendakwa di dalam mahkamah dia “tidak sedar” sumber dana tersebut telah masuk ke akaun bank peribadinya, Hakim Mohd Nazlan Ghazali melakukan perkara yang betul dan mensabitkan dia bersalah. Dalam alasan penghakiman 801 muka surat, hakim tersebut telah memberitahu Najib bahawa kesnya ialah salah guna kuasa yang paling “teruk” pernah disaksikan di Malaysia dan mantan Perdana Menteri  itu telah mengkhianati kepercayaan umum.

Alangkan sumpah laknat di mahkamah yang memalukan, tunggangan motorsikal yang nampak kekok, dan ucapan kelakar “masyarakat yang lebih adil dan penyayang” pun tidak dapat memujuk majoriti Melayu bahawa dia tidak bersalah: lebih kurang enam dalam 10 orang Melayu ditinjau pandangan setuju Najib bersalah terhadap jenayahnya. Sedangkan gabungan kerajaan disokong Umno juga mengeluarkan kenyataan rasmi menyokong hukuman Mahkamah Tinggi.

Akhirnya, Najib ialah bos yang tiada apa sehabuk pun. Bertentangan dengan citra jenama lembik “bossku” cuba dibikinnya, kini dia bukan sahaja seorang badut tapi juga seorang penjenayah yang bersalah.

READ MORE:  The People v Najib Razak Ep 71: Got my way
Spot the odd one out

Najib patut dilayan sebagai seorang yang terbuang bukan kerana dia adalah Perdana Menteri Malaysia paling teruk yang tak perlu diragui lagi atau sebab pemimpin dunia nampaknya menyisihkan dia berkali-kali di pentas dunia, tapi kerana dia sebabkan kesengsaraan berjuta rakyat Malaysia yang tak bersalah dan menjatuhkan Malaysia di mata dunia. Tapi, seperti diperhatikan Hakim Nazlan, Najib tidak menunjukkan rasa kesal ke atas apa yang telah dia lakukan. Walau bebanan pemberat pembuktian fiskal, namun dia masih menafikan yang dia telah mencuri berbilion daripada rakyat Malaysia.

Najib masih tidak dapat menerima hakikat. Sebagai salah seorang ketua kerajaan (kini bekas) di yang paling tidak popular di dunia, Najib mempunyai kemerosotan keperibadian yang amat terang dan nyata. Namun tragiknya, tiada seorang pun dalam hidupnya yang mahu bersikap prihatin untuk cuba bantu dia menerima kesalahannya. 

Kelemahan Najib menjadi pusaka kekal peninggalannya; dia telah jadi suatu kegagalan dan telah secara sedar menjatuhkan integriti Malaysia. Dia adalah modal peranan yang teruk untuk sesiapa sahaja dan contoh terbaik untuk seorang politikus luput yang tak tahu apa pun.

Najib ialah seorang dungu, tapi pada tahap tertentu, dia juga sedar diri, mengaduk perancangan untuk menggilap imej lemahnya di mata orang lain, Ramai kroni Najib yang membolehkan pelbagai skandalnya berlaku masih belum disabitkan untuk jenayah berkaitan mereka, dan kita masih belum melihat mereka merangkak keluar dari persembunyian untuk membela Najib. 

Untuk meringkaskan penulis Aleksandr Solzhenitsyn, Najib ialah bos yang lemah dan bodoh, dan gabungan kedua-dua itu biasanya memang elok untuk meraih populariti yang hebat di Malaysia. Setakat ini, dia masih bergerak dan berucap dengan bebas. 

READ MORE:  The People v Najib Razak Ep 63: I’m not responsible for the sins of others

Namun, hari keputusan yang memalukan dengan hampir seribu “penyokong” Najib – yang nampaknya kenyang dijamu dan dibawa khas ke mahkamah – juga memakan diri.

Rakyat Malaysia dari semua latar politik, termasuklah menteri kesihatan dan polis, bersama mengecam himpunan yang tak bertanggung jawab kerana kegagalan untuk patuh aturan penjarakan lingkung dan berisiko gugusan Covid-19. Kerumunan itu juga meninggalkan kawasan kompleks Mahkamah Tinggi bersepah dengan sampah.

Walaubagaimanapun, anak perempuan Najib yang masih mentah Nooryana Najib berterima kasih kepada gerombolan yang tak senonoh itu di media sosial, berulang kali mengirim gambar-gambar mereka.”Keluarga kami tak akan melupakan ini,” tulisnya.

Dengan ini serta contoh tak elok lain, mendedahkan bahawa Najib dan keluarganya yang pentingkan diri mereka akan kekal sebagai ancaman kepada kesejahteraan nusa Malaysia.

Keputusan tinjau pandangan Merdeka Center yang kritis itu adalah bersamaan dengan suatu “bom jangka kebenaran”, menghapus imej rapuh “bossku” Najib. Dia masih berhadapan lebih banyak siri pertuduhan jenayah.

Tapi kerosakan yang sebenar adalah kepada keyakinan orang ramai terhadap reputasi Malaysia.

CW adalah nama samaran salah seorang pembaca Aliran

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments