Banjir melanda Malaysia lebih kerap daripada pengusiran ahli politik ‘buruk’

Ingat-ingat pelajaran dari Jerman, di mana seorang calon diperkirakan memenangi pilihan raya turun mendadak setelah bersifat aib semasa bencana banjir

Kesatuan Demokratik Kristian (CDU), parti konservatif Jerman yang telah lama memerintah, kalah dalam pilihan raya persekutuan pada bulan September. Apa yang berlaku?

Satu insiden pada bulan Julai boleh membuat perbezaan. Banjir telah melanda negeri-negeri Jerman barat Rhine-Westphalia Utara dan Rhineland-Palatinate, yang meragut 180 nyawa.

Ketika Presiden Frank-Walter Steinmeier bercakap semasa lawatan ke bandar Erfstadt yang dilanda serius, Armin Laschet, calon CDU untuk menggantikan Angela Merkel sebagai canselor, tertangkap kamera sedang bergurau dan ketawa di latar belakang. Laschet juga adalah pemimpin wilayah itu.

Kejadian itu mencetuskan banyak kritikan dan bantahan awam. Penarafan kelulusan bagi CDU dalam tinjauan pendapat umum menjunam dari hampir 30% pada 23 Julai hingga 20% pada 2 September. Setelah pengundian pada 26 September, CDU hanya menerima 24.1% undi – hasil keputusan terburuk dalam sejarah pilihan raya Jerman.

Bagaimanakah Malaysia jika dibandingkan dengan Jerman? Baru-baru ini, banyak catatan dan laporan mengenai banjir teruk yang melanda begitu banyak tempat di Malaysia, selepas hujan lebat pada 17-18 Disember, memenuhi media sosial dan media berita.

Kami telah mengalami banjir tahunan berkali-kali sebelumnya. Rakyat di Pantai Timur semenanjung dan di pelbagai bahagian di Sabah dan Sarawak cukup biasa dengan babak bencana mereka.

Adakah kerajaan persekutuan dan negeri cukup bersedia untuk masuk serta-merta dengan kakitangan terlatih dan kenderaan khusus bagi keadaan kecemasan dan memulakan tugas mencari dan menyelamat saat bencana banjir bermula?

Adakah mereka bertindak dengan pantas untuk memberikan sokongan dan mengedarkan bantuan yang diperlukan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan dan bahan-bahan lain untuk mangsa banjir?

Melihat kepada banjir masa lalu dan sekarang di Malaysia, kita dapat menyimpulkan bahawa keutamaan kerajaan ‘penyayang’ tidak lebih daripada slogan kosong politik untuk mengukuhkan kerusi kuasa mereka. Bila kuasa, wang dan pangkat terkibas-kibas di mata, mereka menjadi bongkak dan tinggi ego – dan bukannya benar-benar bekerja untuk rakyat.

READ MORE:  Pandora Papers: PM Ismail Sabri must act to stop the rot

Sama ada mereka ‘di pihak kerajaan’ atau ‘pembangkang’, pilihan raya adalah jalan bagi parti yang bertanding dan bagi ramai calon untuk menduduki kedudukan berkuasa dan berpengaruh dalam kerajaan dengan merebut kuasa.

Sebaik sahaja mereka diberi mandat oleh rakyat, ramai di kalangan mereka mencari kesempatan turut menyambar jawatan menteri untuk mengukuhkan lebih banyak kuasa bagi kepentingan diri diiringi dengan lebih banyak kekayaan, pengaruh dan keistimewaan.

Dengan manipulasi persempadanan kawasan pilihan raya (gerrymandering) dan polarisasi yang semakin teruk (bangsa, agama, geografi, gender dan bentuk lain), ramai ahli politik yang tamak berkuasa bergerak tanpa malu-malu untuk membentuk semula perikatan serta komposisi sesebuah gabungan politik dan bertahan untuk berkuasa mahupun merampas kuasa.

Apa yang menakutkan ialah penderitaan ramai orang biasa berterusan. Cukup ramai yang putus asa dan kecewa dengan politikus dan politik yang sedia ada.

Melihat kepada tingkah laku perdana menteri, menteri-menterinya dan pihak berkuasa lain di kawasan yang dilanda banjir, saya diingatkan tentang ‘Laschet ketawa’, calon caunselor Jerman itu.

Kekalahannya dalam pilihan raya persekutuan Jerman membawa mesej yang jelas: bahawa adalah mungkin untuk pemilih membuang calon yang ‘tidak layak’.Bolehkah kita optimis bahawa menteri dan ahli politik Malaysia yang gagal akan menerima hukuman mereka saatnya pilihan raya akan datang, dengan cara yang sama Laschet menerima padah di tangan pengundi Jerman?

Seperti kata seorang pembaca (versi Inggeris): “Di Malaysia, ahli politik tidak mempunyai rasa malu dan akan tetap berkuasa.”

Lagipun, berikutan kemusnahan banjir atau bencana lain, adakah mana-mana pemimpin Malaysia atau wakil rakyat yang memalukan pernah mengambil tanggungjawab dan meletak jawatan? Sindiran seorang pembaca (versi Inggeris) memang tepat dan tajam: “Meletak jawatan? Apa tu? Tidak pernah mendengar kata itu sebelumnya!”

READ MORE:  The 'help' that flood victims could do without

Carol Yong ialah seorang pembaca Aliran yang kadang-kadang menulis apabila diilhamkan

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments