Bagaimana Orang Asal dapat menyelamatkan hutan – dan manusia

Kita perlu membina gaya hidup yang regeneratif dan lestari yang boleh hasilkan daya tahan dalam komuniti tempatan

198 views
Villagers protest against logging on their land - SAVE RIVERS

Perjuangan Orang Asal sering menjadi berita, tapi selain merasa sedih atau marah, rakyat jarang tahu apakah cabaran yang mereka hadapi atau bagaimana pertubuhan-pertubuhan tempatan cuba untuk mengatasinya.

Untuk menjelaskan ini, yang berikut adalah sebuah wawancara dengan Borneo Project, sebuah pertubuhan yang berusaha untuk memelihara hutan dan komuniti-komuniti di Borneo.

Bagaimanakah kerja Borneo Project dan rakannya terjejas akibat perintah kawalan pergerakan dan darurat?

Perintah kawalan pergerakan telah melambatkan komunikasi dan menghentikan projek utama kita. Antara rancangan terbesar kami adalah sebuah kajian sosio-ekologi tentang daerah Baram, Sarawak.

Disebabkan ‘field manager’ kami tidak boleh bertolak dari Miri ke kawasan Orang Ulu, jadi kami tidak boleh mengumpul data atau jumpa dengan field technicians kami, maka pengumpulan data dihentikan untuk seketika.

Satu kesan yang lain: sekatan pergerakan telah menghalang kami dari bekerjasama dengan sekutu-sekutu kami seperti Save Rivers, sebab beberapa tugas penting dalam kerja kami, termasuk perhimpunan-perhimpunan dengan kaum-kaum tempatan dan perjumpaan untuk mengumpulkan informasi dan anjuran bengkel, tidak dapat dijalankan.

Sebelum ini, tugas-tugas ini membolehkan kami bekerjasama dengan komuniti tempatan dan bertukar maklumat, tapi ia tidak boleh dijalankan akibat perintah kawalan pergerakan.

Semasa pandemik ini, beberapa pemerintah di dunia telah memberi konsesi kepada syarikat-syarikat untuk pembalakan di tanah pusaka kaum pribumi. Ini juga berlaku di Baram, Sarawak. Bagaimanakah golongan-golongan tempatan yang memperjuangkan hak pribumi dan keadilan alam sekitar dapat mengatasi cabaran ini yang semakin teruk semasa lockdown?

Akibat lockdown, menjaga tanah pusaka itu lebih susah untuk komuniti tempatan, samalah juga halnya dengan merekodkan di mana dan bila pembalakan berlaku.

Walaupun begitu, syarikat-syarikat kayu balak dan kelapa sawit terus beroperasi.

READ MORE:  Jakoa top post for Orang Asli’s needs

Kami masih cuba menyokong komuniti-komuniti yang berusaha agar kerajaan dan syarikat-syarikat memperakui sepenuh hak adat Orang Asal (native customary rights).

Namun, semasa pandemik ini, kami hanya dapat meningkatkan kempen kami melalui kempen “Stop the Chop”.

Kempen tersebut dilancarkan selepas satu konsesi terbaru dapat sijil kelestarian oleh MTCS (Malaysian Timber Certification Scheme).

Biarpun piawai MTCS sangat tinggi, konsesi sering dianugerahkan walaupun proses konsultasi (dengan komuniti tempatan) tidak ikuti piawaian tersebut.

Contohnya, ramai ahli masyarakat Orang Asal tidak diberitahu bahawa daerah mereka termasuk dalam kawasan konsesi; yang lain telah menentangnya secara jelas tapi suaranya diabaikan.

Lagipun, orang awam dan komuniti tempatan tidak dapat akses kepada penilaian kesan sosial dan alam sekitar di persekitaran kawasan konsesi-konsesi tersebut.

Borneo Project sudah lama bekerja demi pembukaan taman damai Baram. Taman ini apa? Dan apakah status perbincangan antara kerajaan negeri dan penyokong taman damai Baram? Kenapa proses ini begitu panjang?

Dengan cadangan taman damai Baram, kami ingin mencapai dua matlamat: perlindungan hutan dan pembangunan lestari.

Cadangan ini disediakan oleh Jabatan Hutan Sarawak dengan sumbangan dan nasihat oleh komuniti-komuniti tempatan dan rakyat awam.

ITTO (International Tropical Timber Organization) sudah memberi sokongan kepada cadangan taman damai Baram. Sekarang ITTO sedang mencari negara penderma antarabangsa yang akan membiayai projek ini.

Cadangan seperti ini amat mengambil masa sebab ia perlukan konsultasi baik dengan komuniti tempatan. Ia juga perlu masa untuk mencari pembiayaan dan untuk mendesak kerajaan untuk mengambil langkah seterusnya.

Cara terbaik untuk melindungi hutan adalah melalui menyokong dan melabur dalam kaum-kaum Orang Asal yang duduk di sana. Bertitik tolak dari kata-kata ini, apa maksudnya “melabur dalam kaum-kaum Orang Asal”? Apa yang kerajaan boleh buat untuk membantu mereka jaga tanah diri?

READ MORE:  Indigenous rights: The principle of free, prior and informed consent

“Pelaburan” itu bermaksud Orang Asal perlu diberi peluang dan cara untuk mengambil semua keputusan mengenai tanah pusaka mereka.

Ia semakin ternyata bahawa perlindungan hutan berasaskan komuniti lebih berhasil dari perlindungan yang dijalankan secara atas-ke-bawah (top-down) oleh kerajaan.

Komuniti tempatan lebih berpengalaman tentang tanah sendiri, apa yang tanah itu perlukan untuk berkembang maju, dan cara-cara memelihara hutan mereka.

Masalahnya adalah beberapa industri, seperti syarikat-syarikat pembalakan dan kelapa sawit, menjejaskan hak-hak dan sumber-sumber Orang Asal.

Projek pembangunan mega seperti empangan besar juga membahayakan komuniti tempatan.

Semua perbuatan ini hanya memanfaatkan golongan minoriti orang kaya dengan mengorbankan bukan saja komuniti Orang Asal tetapi juga komuniti sedunia.

Pembalakan memberi kesan kepada kita semua: sebagai spesies manusia, kita perlu hutan untuk meneruskan kehidupan kita. Kalau baki hutan tidak dijaga dan tanah merosot tidak dipulihkan semula, kita tidak dapat melawan bencana perubahan iklim.

Soalan terakhir: model pembangunan apa yang Borneo Project menyokong?

Pada pendapat kami, hak adat Orang Asal (native customary rights) perlu diiktiraf agar komuniti-komuniti Orang Asal boleh mengurus tanah pusaka sendiri.

Sehingga kini, proses mendapat hak adat sangat panjang dan sukar, bahkan, beberapa dasar terbaru telah mengurangkan keluasan tanah mereka.

Selain itu, kita perlu tanya diri: apa maksudnya “pembangunan” yang sebenarnya?

Pembangunan patut memanfaatkan semua, bukan elit saja.

Kita perlu membina gaya hidup yang regeneratif dan lestari yang boleh menghasilkan daya tahan dalam komuniti tempatan – dan bukan industri ekstraktif besar-besaran yang hanya mengayakan beberapa orang kaya manakala mencuri sumber-sumber Orang Asal.

Daniele Speziale studied at Penanti Secondary School in Bukit Mertajam as a 17-year-old exchange student and later as a political science research intern at USM – and he has been passionate about Malaysia ever since. Now a political science graduate from Leiden University in the Netherlands, he lives in Italy

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments