Ayo anak-anak muda, realisasi impian membangun demokrasi sejati kita

Kini tiba masanya untuk generasi akan datang untuk meneroka cara-cara baru penglibatan untuk perjuangan demokrasi sejati

122 views

Biar saya imbas kembali impian luar biasa tahun 2018. Ramai rakyat Malaysia mengundi untuk membentuk kerajaan baru – Pakatan Harapan – jelas disebabkan mereka sudah bosan dengan enam dekad gabungan pemerintah yang diterajui Umno (Alliance dan Barisan Nasional).

Namun, kita semua sudah tahu, kerajaan PH tidak bertahan lama. Sementara itu, kerajaan ‘pintu belakang’ Perikatan Nasional pula mengambil alih kuasa untuk jangka masa yang lebih pendek, walaupun mempunyai kabinet terbesar di dunia.

Nah, perebutan kerusi perdana menteri bermula sekali lagi dan akhirnya Ismail Sabri Yaakob dilantik sebagai Perdana Menteri yang baru. ‘Jaguh’ politik baru di dalam kabinetnya dipersembahkan hari.

Apakah sekarang kita kembali kepada ‘drama politik’ seperti sedia kala dengan pelakon utama lain?

Jadi, budaya dan gaya berpolitik tak banyak berubah. Masih kuat didominasi oleh segelintir lelaki sahaja, malahan ramai yang sudah menjangkau usia mereka tetapi masih menguasai pucuk pimpinan.

Bukankah kita begitu letih dan begitu muak dengan semuanya – drama politik dan bermain politik ketika wabak Covid yang meruncing dengan bilangan jangkitan harian dan kematian disebabkan Covid yang meningkat?

Jelas sekali, kekangan politik serta kekecewaan terhadap kemerosotan demokrasi kita telah mendorong sebahagian besar rakyat, terutamanya anak-anak muda, berperanan aktif.

Sebagai contoh, mengibar bendera hitam dan gerakan #Lawan dan protes telah dicetuskan oleh kemarahan rakyat yang diarahkan terhadap kegagalan Mahiaddin Yasin, Perdana Menteri ketika itu, untuk menyelesaikan masalah serius yang dihadapi negara dan rakyat.

Ramai yang mahukan langkah-langkah berkesan untuk menguruskan pandemik ini. Mereka mahukan reformasi sebenar yang mampu memperbaiki keadaan politik, ekonomi dan sosial, melindungi demokrasi dan menangani korupsi sistemik dan kronisme

READ MORE:  Black protest for a brighter Malaysia

Jadi, lebih dari seribu dari mereka keluar dan turut serta dalam perhimpunan #Lawan, dan banyak lagi menggunakan saluran media sosial untuk mengatur berbagai perhimpunan yang kreatif dan damai untuk mengekspresikan kemarahan mereka terhadap kerajaan gagal yang memerintah.

Gerakan perhimpunan dan protes aman ini muncul sejak beberapa bulan yang lalu untuk menuntut peletakan jawatan Mahiaddin dan kabinetnya, yang meletak jawatan pada 16 Ogos ini.

Mereka tidak ada pemimpin autokrat mahupun struktur organisasi yang tegar. Mereka hanyalah anak muda Malaysia yang prihatin terhadap kesejahteraan masyarakat, terutamanya golongan terpinggir.

Mereka mahu melindungi demokrasi dan membawa perubahan yang tulen, bukannya tunduk kepada ahli politik elit bertelagah tanpa henti dalam rebutan kuasa dan jawatan sambil omong kosong.

Perhimpunan aman terbaru mereka adalah sebuah ‘candlelight vigil’ atau himpunan kenang semua orang yang telah meninggal akibat Covid, diadakan di Dataran Merdeka pada 19 Ogos – satu tindakan solidariti perikemanusiaan. Namun, ramai orang terkejut membaca mengenai penangkapan para peserta dan tindakan pihak polis.

Sejauh manakah gerakan-gerakan muda ini akan berubah menjadi kuasa politik pada masa akan datang masih soal terbuka. Yang penting dalam krisis politik yang kita alami sekarang, kita patut memuji keberanian anak-anak muda perempuan dan lelaki kita mengekspresikan ketidakpuashati mereka dengan kerajaan dan sekaligus kegagalan menjalankan tanggungjawab mentadbir negara dengan baik.

Ternyata sekali, ramai anak muda biasa dapat mengatur diri mereka untuk membuat pandangan  politik dan keperluan mereka difahami, didengari dan diendahkan. Mereka pasti boleh membawa angin segar bagi perubahan demokrasi sejati dan penyertaan politik lebih menyeluruh. Ahli-ahli politik yang sudah usang harus memberi laluan kepada golongan muda kita.

READ MORE:  Give young talent their rightful place in nation-building

Kini tiba masanya untuk generasi akan datang – pelbagai latar belakang, gender, taraf pendidikan, etnik dan lokasi geografi – untuk meneroka cara-cara baru penglibatan untuk perjuangan demokrasi sejati dan mengambil kuasa sambil mengembalikan kekuatan rakyat

Carol Yong ialah seorang penyelidik dan penulis bebas

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments