Akan adakah pilihan raya umum mengejut bila-bila masa sekarang?

0
135 views
Muhyiddin Yassin's coalition lacks the confidence - Photograph: Bernama/Malay Mail

Adakah gabungan PN akan cuba berpaut pada kuasa selama mana ia boleh atau mengisytiharkan pilihan raya mengejut dan membolehkan diri dihumban oleh pengundi, soal K Veeriah.

Dengan kurang bermoralnya cara kerajaan Perikatan Nasional naik ke takhta kuasa, kita tak sepatutnya dipersalahkan untuk fikirkan bahawa pilihan raya yang baharu patut diadakan supaya rakyat boleh melaksanakan hak demokratik untuk mengundi kerajaan pilihan mereka.

Dengan majoriti tipis mereka, kerajaan sekarang patutnya mendapatkan mandat yang baharu dari rakyat.

Pertamanya, kerajaan PN tidak boleh mengesahkan bahawa ia telah dipilih secara demokratik.

Kedua, ia tidak dapat tonjolkan dirinya sebagai yang memiliki kepercayaan rakyat sedangkan ia tidak memegang majoriti yang selesa dalam Parlimen.

Ketiga, dalam demokrasi yang bergerak, apabila suatu gabungan politik berpecah (sepertimana Pakatan Harapan), perkara yang afdhal untuk dilakukan ialah mendapatkan mandat baharu dari rakyat.

Tapi sayang, perkara-perkara ini bukannya alah bisa tegal biasa bagi kepimpinan kerajaan PN. Ia tidak memandang bahawa pemegang taruh PN berpegang kepada konsep demokrasi yang bergerak sepenuhnya, yang mana termasuklah mendapatkan mandat dari rakyat. Itu bukanlah satu yang mengejutkan, jika dilihat percaturan politik yang mendahului perebutan kuasa oleh sosok-sosok tubuh yang terlibat dalam komplot tersebut.

Gabungan PN akan cuba berpaut pada kuasa selama mana ia boleh atau mengisytiharkan pilihan raya mengejut dan membolehkan diri dihumban oleh pengundi

Sebagai yang ‘absah’, kerajaan PN mempunyai kelebihan untuk meregang kekuasaannya ke atas negara sehingga 2023, oleh sebab ia dalam tampuk, tanpa mengambil kira angkanya. Sehingga jika adanya lonjakan persamaan angka, yang dapat ketepikan majoriti nipis melayang mereka, maka tiada paksaan untuk ia mengadakan satu pilihan raya. Itulah yang berlaku di Sabah, apabila kerajaan yang dipimpin Warisan mengisytiharkan suatu pilihan raya mengejut, apabila ia berada di pinggir kehilangan majoriti dalam dewan undangan negeri.

READ MORE:  Politik yang tak pernah terjadi seperti sebelum ini!

Jadi teman sekatil PN akan bergayut kepada kuasa di peringkat persekutuan selama mana asalkan mereka ada majoriti, walau setipis mana pun ia – jikalau sekali pun itu tetap akan cabul prinsip untuk mengadakan suatu kerajaan yang dipilih oleh rakyat, untuk rakyat.

K Veeriah ialah seorang anggota penggerak kesatuan sekerja veteran yang menetap di Pulau Pinang

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments