Realiti pemilikan rumah di Malaysia: Spekulasi harus dibendung

0
98

Ramai spekulator yang membeli rumah bagi tujuan pelaburan dan justeru itu, kerajaan harus menetapkan syarat ketat kepada mereka yang ingin membeli rumah kedua dan seterusnya, ujar Mohd Hafizan Mazuki.

Keperluan asas

Menurut definisi Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) 1976, keperluan asas manusia terbahagi kepada tiga. Iaitu makanan, tempat tinggal dan pakaian. Namun definisi hari ini adalah lebih luas termasuk kesihatan, pendidikan dan beberapa perkara lain.

Bagi negara membangun seperti Malaysia, keperluan yang paling mendasar ini pada tahap yang agak baik. Namun ia tidak sempurna dan harus ada ruang untuk diperbaiki.

Menurut kenyataan presiden Cuepacs Azih Muda, sempena sambutan Hari Pekerja tahun ini, 60 peratus kakitangan awam tidak mampu memiliki rumah, dan 75 peratus daripadanya berusia kurang dari 40 tahun.

Data ini hanya melibatkan kakitangan awam; cuba bayangkan kakitangan swasta, kontrak dan mereka yang tidak punya pendapatan tetap. Situasi di luar sana adalah lebih meruncing.

Situasi harga rumah di Malaysia

Menurut Laporan Indeks Harga Rumah Knight Frank pada 2014, peningkatan harga rumah di Malaysia pada suku pertama 2014 adalah sebanyak 8 peratus berbanding suku yang sama 2013. Dan kedudukan Malaysia adalah di tangga ke 15 dari 54 negara.

Baru ini, menteri berkaitan telah menyatakan komitmen tentang kesediaan kerajaan mengkaji kembali dasar perumahan negara. Dasar yang sedia ada sudah tidak releven kerana keadaan ekonomi negara yang kurang stabil, dan kerajaan harus mempunyai mekanisme baharu untuk mengawal harga rumah.

Penambahbaikan dasar perumahan negara

Cadangan yang akan dilontarkan mungkin tidak populis; namun ia harus difikirkan pihak kerajaan supaya generasi mendatang mempunyai peluang yang sama adil untuk memiliki rumah.

READ MORE:  Bengkel: Memahami dan menangani isu-isu perumahan di Pulau Pinang

Sistem yang ada kini sebenarnya melahirkan ramai spekulator yang membeli rumah bagi tujuan pelaburan. Mereka ini memiliki lebih dari satu rumah.

Secara tidak langsung jurang kemampuan memiliki rumah akan semakin jauh di antara mereka yang mampu dengan yang tidak mampu. Rumah berkenaan kemudian disimpan atau disewa untuk beberapa tahun dan dijual kembali pada harga yang lebih tinggi (mengikut harga pasaran tahun berkenaan).

Justeru itu, kerajaan harus menetapkan syarat ketat kepada mereka yang ingin membeli rumah kedua dan seterusnya di bawah kumpulan rumah kos rendah, mampu milik atau kos sederhana. Hal ini bagi membolehkan golongan yang belum memiliki rumah turut mendapat peluang memilikinya.

Sekiranya tidak dibendung, rumah yang dibina hanya akan menjadi ‘rumah mampu tengok’.

Mohd Hafizan Mazuki adalah graduan perancangan bandar dan wilayah dan mempunyai sarjana di dalam bidang perumahan. Kini beliau bertugas sebagai pegawai projek kanan gender responsive dan participatory budgeting di Penang Women’s Development Corporation.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of