Bina bahasa, bina bangsa

0
no views

Sistem pendidikan Malaysia perlu mewujudkan satu suasana yang membolehkan berkongsi budaya yang pelbagai di sekolah rendah, ujar Khirbashini Munugaran.

Ketika masa kecil, saya pergi ke sekolah rendah dengan harapan menimba ilmu pengetahuan untuk maju pada masa hadapan. Apabila pergi ke sekolah ibunda, saya berasa terrpisah dengan kawan-kawan saya yang berbangsa lain.

Sejak dari kecil, saya bermain dengan kawan saya yang berbangsa lain pada setiap petang tanpa mengira bahasa dan warna kulit. Tetapi, semenjak saya mula berpendidikan di sekolah rendah jenis kebangsaan, saya berasa jurang antara kawan saya yang berbangsa lain semakin meningkat dan jurang antara kawan yang berbangsa sama semakin berkurang.

Negara yang demokrasi berparlimen ini sangat mementingkan pendidikan yang telah membahagikan sekolah mengikut lima kategori iaitu pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menegah, pendidikan Pra-U dan pendidikan tinggi. Pendidikan rendah telah membahagikan sekolah mengikut dua jenis iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan.

Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang menjadi mata pelajaran wajib di sistem pendidikan Malaysia di mana membenarkan bahasa Cina dan bahasa Tamil telah menjadi bahasa pengantara di sekolah jenis kebangsaan. Sistem pendidikan ini telah mewujudkan satu perbezaan antara sekolah kebangsaan dengan sekolah jenis kebangsaan mengikut bahasa.

Hal ini juga memperkuatkan semangat bahasa yang membolehkan seseorang berasa bahasa ibundanya lebih baik daripada bahasa ibunda bangsa yang lain. Selain itu, pengagihan bahasa antara sekolah juga menggukuhkan sterotaip dan ideologi tentang sesuatu kaum dalam minda seseorang.

Kadang-kadang saya teringin mendapatkan satu sistem pendidikan yang menggabungkan bahasa Melayu, Cina dan Tamil di sekolah rendah yang membolehkan seseorang itu mengetahui lebih daripada satu bahasa. Rakyat Malaysia yang merayakan perayaan dan berkongsi pakaian bangsa lain seiring dengan tema Satu Malaysia, kenapa kita tidak membelajari bahasa bangsa lain?

READ MORE:  Mampukah pendidikan membuat perubahan?

Oleh itu, sistem pendidikan Malaysia perlu mewujudkan satu suasana yang membolehkan berkongsi budaya yang pelbagai di sekolah rendah yang merupakan tahap perkembangan minda seseorang. Diskiriminasi dan sterotaip antara kaum dapat ditangani dari akarnya, sekiranya seseorang bermain dan belajar bersama-sama di sekolah rendah.

Khirbashini Munugaran, berasal dari Johor, seorang mahasiswa dalam bidang komunikasi. Ini kali pertama beliau menyumbang artikel untuK Aliran.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments