Belanjawan negara, tanggungjawab kita

1
no views
A child casts his vote as an election observer monitors the process
Residents of a flat vote for various options on how to spend public money in a gender-responsive budgeting process in Penang.

Ayuh kita pantau dan menilai belanjawan ini sama ada ia berkesan dan menurut kehendak masyarakat, ujar Mohd Hafizan Mazuki.

Malaysia mempunyai tiga jenis kerajaan, pertama adalah kerajaan persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan. Setiap peringkat kerajaan ini bertanggungjawab penuh menguruskan dana awam.

Dana awam adalah dari kutipan cukai dan hasil pendapatan negara dari sumber yang lain. Akses kepada perbelanjaan dana awam bukanlah perkara yang bersifat sulit. Kerana itu ia dibentangkan setiap tahun sama ada di Parlimen, dewan undangan negeri dan mesyuarat penuh majlis tempatan.

Hak warganegara?

Sebagai warganegara yang prihatin, kita harus memantau bagaimana kerajaan membelanjakan dana awam ini. Dokumen yang boleh kita dapati di ruang maya adalah laporan audit negara sama ada di peringkat persekutuan atau kerajaan negeri. Dengan meneliti dokumen ini kita boleh menilai tahap kecekapan sesebuah kerajaan.

Sebagai warganegara juga, sudah tentu kita mahu kerajaan menjalankan konsultasi awam sebelum dana awam dibawa untuk kelulusan di peringkat Parlimen, dewan undangan negeri ataupun kerajaan tempatan. Perkara ini penting supaya perbelanjaan dana ini bersifat inklusif dan sampai kepada semua kumpulan sasar.

Belanjawan responsif gender dan partisipatori (GRPB)

GRPB merupakan sebuah proses perbelanjaan yang melibatkan campur tangan kerajaan dan partisipatori (keterlibatan) rakyat supaya dana awam lebih mesra gender dan inklusif. Belanjawan ini mempunyai metodologi dan boleh berkembang mengikut kesesuaian projek atau program.

Pulau Pinang mengambil langkah proaktif dan sekarang dalam proses menginstitusikannya di peringkat Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai. Sejak 2012, rakyat boleh mengakses pelbagai kejayaan dan perkara baharu yang telah dan akan diterapkan.

Rakyat Pulau Pinang juga boleh mencadang dan menilai keberkesanan belanjawan tahunan majlis tempatan melalui maklumbalas atau tinjauan belanjawan. Selain itu dialog belanjawan juga diadakan oleh kedua-dua majlis tempatan di Pulau Pinang sejak 2012.

READ MORE:  Political crisis not over, confidence-and-supply agreement still needed

Apa yang harus kita lakukan?

Kita akan memasuki suku keempat tahun 2016. Kebiasaannya pada waktu ini kerajaan-kerajaan akan mula membentangkan cadangan perbelanjaan bagi 2017 untuk kelulusan. Sebagai warganegara Malaysia, ayuh kita pantau dan menilai belanjawan ini sama ada ia berkesan dan menurut kehendak masyarakat.

Mohd Hafizan Mazuki adalah pegawai projek kanan gender responsive and participatory budgeting (GRPB) dengan Penang Women’s Development Corporation.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Inline Feedbacks
View all comments
Foodin Mohd Noor
12 Sep 2016 6.59am

Belajawan tanggungjawab kita, belanja duit rakyat tak bertanggungjawab,,,,,, fikir fikir la sendiri,, Org yang menurut perintah kena selalu di ugut oleh pemerintah yg……..(?)