Runtuhnya Pakatan dan harapan rakyat? – Bahagian III

0
297

Sekiranya Pakatan Rakyat runtuh, BN akan kembali mendominasi pilihan raya dan harapan majoriti rakyat yang mahukan perubahan akan terkubur, ujar Faisal S Hazis.

Pakatan-Rakyat

Jika Pakatan gagal memastikan kesinambungan gabungan pembangkang ini, BN sudah pasti akan dapat mengembalikan dominasi politik yang mulai longgar sejak PRU ke-12. Kebangkitan BN ini bukan sahaja akan berlaku di Selangor tetapi juga di seluruh negara.

Samada Pas mengambil keputusan berdiri sendiri sebagai sebuah parti pembangkang atau menyertai BN, ia akan kembali ke era pra-1999 iaitu sebuah parti regional yang hanya diterima oleh segelintir pengundi Melayu.

Ini berbeza dengan prestasi Pas bersama dengan Pakatan di mana ia mampu mencatat kemenangan di negeri-negeri tradisi Umno seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Melaka, Johor, Perlis dan Pulau Pinang. Dengan kata lain, Pas telah melalui proses evolusi daripada parti regional kepada parti nasional sepanjang bersama dengan Pakatan.

Tindakan meninggalkan Pakatan adalah langkah ke belakang bagi Pas.

Jika Pas keluar atau disingkirkan daripada Pakatan, kesemua 114 kerusi parlimen majoriti Melayu akan menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru yang sudah pasti akan menguntungkan BN terutamanya Umno.

Contoh terbaik impak negatif pertandingan pelbagai penjuru terhadap pembangkang dapat dilihat di Selangor sendiri. Pada PRU13, kerusi Dun Kota Damansara yang sepatutnya dapat dipertahankan Pakatan jatuh di tangan BN apabila PKR dan Pas meletakkan calon masing-masing bagi melawan calon Umno. Jumlah peratusan undi kedua-dua parti komponen Pakatan ini hampir mencecah 60 peratus tetapi pecahan undi pembangkang menyebabkan Umno berjaya merampas kerusi ini dengan hanya 42 peratus undi.

Merumitkan lagi usaha pembangkang mempertahankan kerusi majoriti Melayu yang dimenangi pada PRU13 ialah hakikat bahawa hanya tiga kerusi Pakatan sahaja yang mencatatkan peratusan undi pembangkang melebihi 60 peratus. Ketiga-tiga kerusi ini adalah di Kelantan yang sememangnya menjadi kubu kuat Pas.

READ MORE:  Breaking through the false ceiling

Selebihnya atau 54 kerusi parlimen Melayu yang dimenangi Pakatan pada PRU13 mencatatkan majoriti kemenangan kurang daripada 10 peratus (18 daripada kerusi ini mempunyai majoriti kemenangan kurang daripada 5 peratus). Ini menjadikan hampir kesemua kerusi parlimen Melayu yang disandang Pakatan berpotensi tumpas ke tangan BN sekiranya berlaku pertandingan pelbagai penjuru.

 

Jumlah kerusi parlimen yang dimenangi BN dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum 2013

Kerusi majoriti Melayu

(Jumlah calon)

Kerusi majoriti Cina

(Jumlah calon)

Kerusi majoriti Bumiputera Sabah

(Jumlah calon)

Kerusi majoriti Bumiputera Sarawak

(Jumlah calon)

Kerusi campuran

(Jumlah calon)

Jumlah kerusi dimenangi (Jumlah calon)

Barisan Nasional

Umno

71 (103)

0 (1)

13 (13)

0 (0)

4 (5)

88 (122)

MCA

4 (8)

0 (14)

0 (0)

0 (0)

3 (15)

7 (37)

Gerakan

1 (1)

0 (6)

0 (0)

0 (0)

0 (4)

1 (11)

MIC

1 (2)

0 (0)

0 (0)

0 (0)

3 (7)

4 (9)

PPP

0 (0)

0 (1)

0 (0)

0 (0)

0 (0)

0 (1)

PBB

0 (0)

0 (0)

0 (0)

12 (12)

2 (2)

14 (14)

SUPP

0 (0)

0 (6)

0 (0)

1 (1)

0 (0)

1 (7)

SPDP

0 (0)

0 (0)

0 (0)

2 (2)

2 (2)

4 (4)

PRS

0 (0)

0 (0)

0 (0)

6 (6)

0 (0)

6 (6)

PBS

0 (0)

0 (1)

4 (4)

0 (0)

0 (0)

4 (5)

LDP

0 (0)

0 (1)

0 (0)

0 (0)

0 (0)

0 (1)

Upko

0 (0)

0 (0)

2 (3)

0 (0)

1 (1)

3 (4)

PBRS

0 (0)

0 (0)

1 (1)

0 (0)

0 (0)

1 (1)

Pakatan Rakyat

1

PKR

17 (50)

1 (1)

1 (17)

0 (12)

11 (20)

30 (100)

2

Pas

20 (62)

0 (0)

0 (2)

0 (4)

1 (4)

21 (72)

3

DAP

0 (0)

29 (29)

0 (2)

0 (5)

9 (12)

38 (48)

Jumlah

114 (226)

30 (60)

21 (42)

21 (42)

36 (72)

222 (442)

 

Nasib DAP dijangka lebih baik berbanding parti pembangkang lain kerana lebih separuh (17 daripada 30 kerusi) daripada kerusi parlimen yang dimenanginya mencatatkan peratusan undi melebihi 70 peratus.
Walau bagaimanapun, imej Pakatan yang tercalar sudah pasti akan memberi kesan terhadap parti dominasi Cina ini. Undi protes atau keengganan penyokong pembangkang untuk keluar mengundi bakal meletakkan sekurang-kurangnya 9 kerusi DAP yang mempunyai majoriti kemenangan kurang daripada 10 peratus dalam keadaan bahaya.

READ MORE:  Adakah para pemimpin Umno ikhlas inginkan perubahan dalaman?

Dominasi BN di Sabah dan Sarawak pula dijangka berterusan sekiranya Pakatan berpecah. Senario ini dapat disaksikan di Sabah pada PRU13 di mana pertandingan pelbagai penjuru antara BN-Pakatan Rakyat-United Borneo Front-Bebas memberi kelebihan kepada parti pemerintah. Walaupun laungan ‘Ini kalilah’ kuat kedengaran di merata pelusuk negeri di bawah bayu ini, pertandingan pelbagai penjuru di kesemua kerusi menyebabkan pembangkang gagal mengeksploitasi sentimen mahukan perubahan dalam kalangan pengundi.

Justeru, tidak mustahil BN dapat menyapu bersih kesemua 42 kerusi parlimen di Sabah dan Sarawak pada PRU14 nanti. Ini bermakna, 114 kerusi majoriti Melayu dan 42 kerusi Sabah dan Sarawak sudah cukup mengembalikan dua pertiga majoriti kerusi parlimen untuk BN.

Tanpa Pas, parti PKR dan DAP mempunyai cabaran besar untuk meneruskan sisa perjuangan Pakatan Rakyat yang telah tercalar disebabkan oleh kemelut Selangor dan krisis pembangkang. Tambahan pula, kedua-dua parti ini terpaksa bertanding di lebih banyak kerusi yang akan menyaksikan pertandingan pelbagai penjuru khususnya di kawasan majoriti Melayu.

Dan jika pemimpin pro-Pakatan dalam Pas menubuhkan parti baharu untuk menggantikan peranan PasS dalam Pakatan, ia tetap menghadapi kesukaran menandingi Pas dan Umno. Kedua-dua parti ini mempunyai penyokong tegar dan sudah lama bertapak di setiap pelusuk penempatan Melayu. Justeru, adalah sukar bagi parti baharu untuk menandingi kekuatannya di peringkat akar umbi pada jangka masa yang terdekat.

Sekiranya Pas menyertai BN, parti Islam ini sudah pasti terpaksa mengorbankan hampir separuh kerusi majoriti Melayu yang ditandinginya pada PRU13. Ini kerana Umno telah meletakkan 103 calon parlimen dan 339 calon Dun sementara Pas meletakkan 62 calon parlimen dan 236 calon Dun.

READ MORE:  Dangers of Umno-Pas version of ‘Malay unity’

Adakah Umno sanggup melepaskan hampir separuh atau satu pertiga kerusi yang ditandinginya kepada Pas? Adakah Pas sanggup melepaskan kerusi yang secara tradisinya ditandingi oleh parti Islam ini kepada Umno?

Apa yang pasti, Umno akan cuba mengekalkan kedudukannya sebagai parti utama orang Melayu dengan meletakkan seramai mungkin calon di kawasan Melayu, baik di peringkat parlimen atau negeri. Dengan krisis yang berlaku dalam Pakatan, Umno sudah pasti yakin mampu memenangi lebih banyak kerusi bagi membolehkannya menjadi parti politik Melayu yang unggul.

Yang jelas, Pas akan menjadi parti Melayu kecil dalam BN walhal ia berpeluang mencabar dominasi Umno apabila ia bersama Pakatan.

Masa depan sistem dua parti

Kesimpulannya, sekiranya perpecahan dalam Pakatan berlaku, ia akan memadamkan terus potensi sistem dua parti yang banyak membawa manfaat kepada golongan massa dan kesihatan demokrasi di negara ini. Saingan sengit yang diberikan Pakatan dalam dua pilihan raya umum yang lepas menyebabkan kerajaan BN lebih bersifat responsif terhadap kehendak rakyat.

Pelbagai projek tranformasi kerajaan dan ekonomi yang diperkenalkan BN adalah atas desakan ‘kuasa rakyat’ yang mulai menunjukkan kemampuan untuk membangun atau menjatuhkan sesebuah kerajaan baik di peringkat pusat mahupun negeri. Pada era pilihan raya yang tidak bersifat komptetif, kerajaan yang memerintah tidak mempunyai tekanan untuk menuruti kehendak rakyat kerana mereka tahu bahawa kemenangan adalah sesuatu yang pasti.

Sekiranya runtuhnya Pakatan Rakyat, bagaimanakah PKR dan DAP dapat menghidupkan semula harapan majoriti rakyat yang mahukan perubahan?

Adakah Pas fikir ia dapat menjadi lebih kukuh dan popular apabila berdiri sendiri sebagai sebuah parti pembangkang atau sebagai parti komponen BN?

Persoalan-persoalan ini wajar difikirkan dan dikupas pemimpin Pakatan. Runtuhnya Pakatan akan meranapkan harapan 53 peratus pengundi Malaysia.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.
Avatar
Dr Faisal S Hazis, an Aliran executive committee member and co-editor of our newsletters, is the author of Domination and Contestation: Muslim Bumiputera Politics in Sarawak (2012). He is presently a senior fellow at the Institute of Malaysian and International Studies (Ikmas), UKM. His research interests include electoral politics, democratisation and rural informatics.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of