Runtuhnya Pakatan dan harapan rakyat? – Bahagian II

0
125

Pilihan raya mengejut di Selangor bukan sahaja akan merugikan Khalid Ibrahim tetapi Pakatan Rakyat dan Pas, hujah Faisal S Hazis.

Pakatan-Rakyat

Untuk terus memegang tampuk kuasa dan menggagalkan pelan peralihan kuasa PKR di Selangor, Khalid tidak akan menasihatkan Sultan supaya membubarkan Dewan. Ini kerana beliau sendiri mungkin menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusinya.

Tambahan pula, adakah Khalid dan sekutunya mampu memenangi jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan di Selangor?

Adakah Pas akan turut serta dalam kerajaan sekutu Khalid?

Dan adakah sekutu Khalid (Umno dan Pas) akan terus menamakan beliau sebagai calon Menteri Besar?

Persoalan-persoalan yang tidak pasti ini menyebabkan Khalid nekad untuk tidak membubarkan Dewan.

Jumlah kerusi Dun Selangor yang dimenangi Pakatan Rakyat dan BN dalam PRU13

Kerusi majoriti Melayu (Jumlah calon)

Kerusi majoriti Cina

(Jumlah calon)

Kerusi campuran

(Jumlah calon)

Jumlah

(Jumlah calon)

Pakatan Rakyat

1

Pas

13 (19)

0 (0)

2 (2)

15 (19)

2

PKR

8 (15)

2 (2)

4 (4)

14 (21)

3

DAP

0 (0)

11 (11)

4 (4)

15 (15)

Barisan Nasional

1

Umno

12 (33)

0 (1)

0 (3)

12 (37)

2

MCA

0 (0)

0 (8)

0 (5)

0 (13)

3

Gerakan

0 (0)

0 (3)

0 (0)

0 (3)

4

PPP

0 (0)

0 (1)

0 (0)

0 (1)

5

MIC

0 (0)

0 (0)

0 (2)

0 (2)

Jumlah

33 (67)

13 (26)

10 (20)

56 (111)

Apa yang pasti ialah pilihan raya mengejut di Selangor sudah pasti akan menyaksikan pesaingan sengit antara BN dan Pakatan.

Saingan sengit dijangka berlaku di sekurang-kurangnya 34 kerusi yang mencatatkan majoriti kemenangan kurang daripada 10 peratus (29 kerusi majoriti Melayu, 1 kerusi majoriti Cina dan 4 kerusi campuran). Kerusi-kerusi marginal ini disandang oleh Umno (12 kerusi), Pas (10 kerusi), PKR (9 kerusi) dan DAP (3 kerusi).
Jika BN (Umno) berjaya mengekalkan 12 kerusi yang dimenanginya pada PRU13 dan merampas 22 kerusi marginal lain, ia sudah dapat membentuk kerajaan negeri yang baharu.

READ MORE:  Thomas Fann takes over as Bersih chairperson

Untuk mengupas peluang Pakatan pula, mari kita lihat kedudukan kerusi parti komponennya dan beberapa senario yang boleh berlaku kepada gabungan parti ini.

Bagi Pas, 10 daripada 13 kerusi majoriti Melayu yang dimenanginya pada PRU13 adalah bersifat marginal. Manakala 2 lagi kerusi yang dimenanginya adalah kerusi campuran. Jika Pas kekal bersama Pakatan, ia tetap menghadapi saingan sengit daripada BN kerana segelintir penyokong Pakatan sudah pasti menyalahkan Pas berhubung dengan kemelut di Selangor. Isu hudud yang dibangkitkan semula oleh Pas selepas PRU13 turut akan menjejaskan popularitinya dalam kalangan pengundi bukan Melayu.

Sekiranya Pas keluar atau disingkirkan dari Pakatan, nasib parti Islam ini akan menjadi lebih teruk berbanding ketika ia bersama Pakatan. Penyokong pembangkang yang pro-Pakatan sudah pasti akan menyisihkan parti ini. Perlu diingat bahawa sebahagian besar kerusi yang dimenangi Pas adalah bersifat marginal. Justeru, penurunan undi atau kadar peratusan keluar mengundi sebanyak 10 peratus dalam kalangan penyokong pembangkang akan menyebabkan Pas hilang sebahagian besar kerusi yang disandangnya.

Jika Pas berdiri sendiri sebagai sebuah parti pembangkang, ia akan terpanggil untuk meletakkan calon di kesemua kerusi majoriti Melayu. Ini menyebabkan parti Islam ini terpaksa mengagihkan sumbernya yang terhad ke 33 kerusi Melayu yang merupakan medan utamanya dalam pilihan raya. Pertandingan tiga penjuru antara Pas-Umno-PKR ini sudah pasti akan memberi kelebihan kepada Umno disebabkan pecahan undi pembangkang. Ini adalah senario terburuk bagi Pakatan.

Satu lagi opsyen Pas ialah untuk membentuk kerjasama dengan Umno. Kerjasama ini pula adalah senario terburuk kepada Pas kerana ia perlu mengorbankan sebahagian besar kerusinya dengan Umno yang sudah pasti mahu bertanding di kesemua kerusi majoriti Melayu.

READ MORE:  MCA and MIC, leave BN if you have any dignity

Dalam PRU13, Umno meletakkan calon di kesemua 33 kerusi Melayu manakala Pas meletakkan 19 calon. Sudah pasti Pas terpaksa memberi laluan kepada Umno untuk bertanding di sebahagian besar kerusi Melayu ini kerana Umno mahu mengekalkan dominasinya dalam kalangan pengundi Melayu. Pas bernasib baik jika diberi peluang mempertahankan 12 kerusi yang dimenanginya pada PRU13. Dalam keadaan ini, Pas akan menjadi parti kecil yang memainkan watak sokongan di samping Umno.

PKR pula mempunyai sembilan kerusi marginal (termasuk kerusi Pelabuhan Klang yang dimenangi Khalid) yang kebanyakannya adalah kerusi majoriti Melayu. Parti dominasi Melayu ini sudah pasti akan menghadapi saingan sengit untuk mempertahankan kerusinya disebabkan kempen BN yang akan menjadikan PKR sebagai dalang utama kepada kemelut di Selangor.

Senario yang berbeza pula dihadapi DAP. Parti multi-etnik yang didominasi Cina ini memperoleh kemenangan meyakinkan di 12 kerusi pada PRU13 (peratusan kemenangan melebihi 60 peratus undi) yang rata-ratanya adalah kerusi majoriti Cina. Walaupun kedudukan parti ini agak selamat, DAP tidak akan terlepas daripada tempias negatif yang melanda Pakatan. Sekurang-kurangnya tiga kerusi DAP yang bersifat marginal berada dalam keadaan terancam.

Berdasarkan senario di atas, pilihan raya mengejut di Selangor bukan sahaja opsyen yang buruk kepada Khalid tetapi juga kepada Pakatan. Jika pilihan raya mengejut dijalankan juga, Pas wajar kekal dalam Pakatan bagi kepentingannya sendiri dan juga gabungan pembangkang.

Dalam kempennya nanti, Pakatan perlu mengakui kesilapan dalam menangani kemelut Selangor dan menyakinkan pengundi bahawa Menteri Besar yang baharu dan saf kepimpinan Pakatan lain dapat melonjakkan negeri ini ke tahap yang lebih baik dan memenuhi kepentingan umum dengan lebih efisien.

READ MORE:  Don’t treat Orang Asli as mere vote bank

Mereka perlu meyakinkan pengundi bahawa ‘langkah Kajang’ perlu diambil bagi membolehkan PKR mengetepikan pemimpin yang pincang dan juga mengatasi masalah dalaman parti agar ia dapat memfokus kepada isu yang lebih penting, iaitu mentadbir Selangor dan menangani isu rakyat berdasarkan manifesto Pakatan yang terdahulu.

BN pula mempunyai peluang yang agak seimbang untuk merampas Selangor sekiranya ia dapat mengeksploitasi perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Tetapi ia tidak wajar menumpukan usaha dan tenaga untuk memenangi hati pengundi Melayu sahaja.

Apa yang penting ialah BN perlu menarik sokongan pengundi yang mahukan perubahan daripada politik perkauman kepada politik multi-etnik, daripada sistem yang dicemari rasuah kepada sistem yang mementingkan ketelusan, daripada dasar yang menguntungkan kroni kepada dasar pro-rakyat dan daripada sistem autoritarian kepada sistem demokrasi. Pengundi yang mahukan perubahan ini datang daripada pelbagai lapisan etnik, kelas dan lokaliti.

Jika BN berjaya meyakinkan pengundi bahawa mereka mampu melaksanakan tuntutan perubahan ini, tidak mustahil ia dapat merampas kembali Selangor.

BN juga wajar mengetengahkan calon Menteri Besar yang berwibawa sebagai alternatif kepada calon Menteri Besar Pakatan. Jika seorang pemimpin BN yang telus, berdedikasi, bersih, inklusif, berjiwa rakyat, berpandangan jauh dan professional dapat diketengahkan, tidak mustahil pengundi yang bersifat non-partisan dan penyokong Pakatan yang kecewa dengan gabungan pembangkang akan tertarik untuk beralih sokongan.

Thanks for dropping by! Apart from the views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed, the opinions in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation of whatever amount you can afford to sustain Aliran. Please make payments to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

And why not become an Aliran member or subscribe to our FREE newsletters.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of