Aliran mengutuk pertempuran di Gaza

0
no views
Henry Loh berucap di perhimpunan solidariti dengan Gaza - Foto: Buletin Mutiara

Keadaan di Gaza tidak dapat diterima dan komuniti sedunia harus mara ke depan dan menuntut keamanan untuk semua, ujar Henry Loh.

Henry Loh berucap di perhimpunan solidariti dengan Gaza - Foto: Buletin Mutiara
Henry Loh berucap di perhimpunan solidariti dengan Gaza – Foto: Buletin Mutiara

Salam sejahtera dan selamat petang. Kepada kaum beragama Islam kami berucap Selamat Beribadah Puasa. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian!

Kita berkumpul pada petang ini oleh kerana kita mahu mengutuk dengan sekeras sekali pertempuran yang sedang berlaku di negeri Palestine.

Aliran sungguh kecewa bahawa mangs-mangsa pertempuran ini termasuk kanak-kanak dan wanita dan warga emas yang tidak bersalah dan tidak terlibat dalam konflik secara langsung. Mereka merupakan “the innocent victims of war”.

Suratkhabar telah menyiarkan bahawa seramai 100,000 pelarian Palestin telah kehilangan tempat tinggal dan terpaksa mencari perlindungan di pusat penempatan sementara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ini adalah satu keadaan yang sunguh menyedihkan apalagi kita sedang dalam bulan Ramadan.

Sungguh ketara juga adalah jumlah mangsa penduduk Palestin yang jauh lebih banyak berbanding dengan mangsa dari Israel.

Bekalan perubatan makin berkurang dan hospital yang sedia ada mengalami tekanan yang besar untuk memberi rawatan yang cukupi kepada mereka yang cedera.

Aliran menyeru bahawa Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengambil tindakan dengan serta merta untuk memberi tekanan atas pihak Israel dan Palestine untuk berhenti dengan serta merta penyerangan yang telah mengakibatkan kematian mangsa-mangsa yang tidak bersalah.

Keadaan ini tidak dapat diterima dan komuniti sedunia harus mara ke depan dan menuntut keamanan untuk semua.

Penolong setiausha Aliran Henry Loh menyampaikan ucapan ini di perhimpunan solidariti dengan Gaza di Dataran Pidato di Pulau Pinang pada 23 Julai 2014.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments