Demokrasi terancam (#MansuhAktaHasutan)

1
167

Menghukum rakyat hanya kerana melahirkan pendapat secara ikhlas dan jujur yang tidak sealiran dengan elit pemerintah haruslah dihentikan, ujar Syerleena Abdul Rashid.

charged with sedition 2014

Siapa mereka untuk menentukan yang mana unsur hasutan dan yang mana bukan? Apakah justifikasi untuk membakar kitab-kitab suci sesuatu agama sebagai tindakan melindungi agama yang lain?

Janganlah menodai kesucian mesej yang disampaikan sesuatu agama itu!

Apakah justifikasi bertindak terhadap para intelek dan individu hanya kerana mereka menyuarakan pandangan yang jujur dan ikhlas? Pandangan mereka tidak bertentangan dengan lunas-lunas perlembangan dan hanya menyoal kenapa gejala-gejala negatif dalam masyarakat dibiarkan berleluasa.

Walaupun jika anda tidak bersetuju dengan pandangan yang berbeda, namum penahanan bukanlah jalan penyelesaian. Tindakan sedemikian mungkin melegakan sesetengah pihak tapi kesannya hanyalah sementara; ia bukanlah penyelesaian yang jitu.

Mengungkap kata-kata Voltaire (penulis Perancis kurun ke-18), “Those who can make you believe absurdities, can make you commit atrocities.” Persepsi beliau amat tepat dan memberi satu gambaran yang jelas terhadap rasional dan logik dibelakang fahaman anasir-anasir yang tidak bertamadun.

Kini kita hidup di zaman yang semakin mencabar, di mana berlakunya pertembungan antara kebenaran dan kepalsuan. Ketidakadilan mencengkam saudara dan saudari kita yang berani bersuara menentang golongan yang menyalah takfsir perlembangaan untuk menjustifikasi tindakan mereka. Golongan-golongan pemerintah bangsawan ini bertindak sedemikian kerana mereka berasa terancam dengan arah tuju negara ini yang tidak mengikut kehendak mereka. Kedudukan dan posisi mereka, yang pada hari ini terletak jauh di atas pedestal kuasa, juga akan tergugat.

Kita tidak perlu berasa takut kerana berani mengkritikkan polisi-polisi yang ternyata mendiskriminasikan rakyat dan menyuarakan ketidakadilan; tidak sama sekali bermakna kurangnya semangat patriotisma dan martabat kita sebagai rakyat setia Malaysia. Kita hanya menyoal golongan pemerintah bangsawan, di mana letaknya nilai-nilai demokrasi?

READ MORE:  ‘Wabak sekatan’ menular semula – ataupun ia cuma menyamar selama ini?

Sebaliknya kita menunjukkan kecintaan kita terhadap negara kita dengan tidak mengizinkan mana-mana pihak menodai kesejahteraan dan keharmonian negara tercinta ini. Dengan itu, kita perlu ambil langkah-langkah proaktif demi menjamin kesejahteraan generasi masa depan rakyat negara ini. Kita tidak boleh biarkan anasir-anasir yang tidak bertanggungjawab mengancam kestabilan dan keharmonian negara tercinta ini.

Memang benar, zaman ini zaman penuh dengan gelora cabaran. Kita, rakyat biasa, terpaksa memikul tanggungjawab mengharungi cabaran-cabaran semasa, biarpun golongan elit keberatan berbuat demikian:

Apakah kita tidak prihatin dengan hutang negara yang kini meningkat dari RM266bn ke paras RM542bn – hanya dalam masa tiga tahun?

Bagaimana pula dengan sistem pendidikan kita yang nampaknya malap dan gagal mencapai prestasi yang kita sasarkan?

Bagaimana pula dengan gejala-gejala jenayah yang kian berleluasa?

Bagaimana dengan keharmonian kaum?

Bagaimana dengan sistem perundangan kita?

Bagaimana dengan sistem pilihanraya?

Ini adalah antara isu-isu yang perlu ditangani dengan betul dan sebaik mungkin demi kesejahteraan negara.

Kita bukan menentang semata-mata. Kita hanya menuntut agar kita, rakyat Malaysia, tanpa mengira warna kulit, kaum, kedudukan dan fahaman agama, dilayan secara adil dan saksama tanpa sebarang bentuk ugutan dan caci hamun.

Menghukum rakyat hanya kerana melahirkan pendapat secara ikhlas dan jujur yang tidak sealiran dengan elit pemerintah haruslah dihentikan.

Kini tiba masanya kita, rakyat Malaysia, mengambil initiatif melakukan apa yang terdaya untuk meletakkan kembali negara tercinta ini ke atas landasan yang berpaksikan ikrar Rukunegara dan bukan Akta Hasutan 1948:

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-Undang dan
Kesopanan dan Kesusilaan.

Sign Aliran's 'Save our Democracy" petition
Sign Aliran's petition calling for a review of the decision to grant Riza Aziz a DNAA
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
kudinov rastav
kudinov rastav
25 Oct 2014 11.06pm

kalau pemimpin memberi pendapat yg tidak benar, memutar belitkan fakta & sejarah, semata2 utk kepentingan parti politiknya dan mempersendakan agama & bangsa; adakah pendapat semua ini ikhlas, jujur & demokratik? Mesej2 yang berbaur perkauman ini yg tersebar secara terbuka dalam media sosial sekarang ini berpunca dari pendapat pemimpin2 yg bersifat hasutan yg kononnya memperjuangkan liberialisasi. Akta Hasutan mesti dikekalkan utk mengekang bibir2 hasutan yg boleh merosakkan keharmonian kaum yg dikecapi oleh rakyat malaysia.