Interlok: Medium perpaduan antara kaum

0
725

Interlok bukanlah sebuah teks yang mengandungi serangan perkauman malah Interlok sepatutnya dijadikan contoh klasik penggunaan buku sebagai alat pengerak ke arah perpaduan, ujar Pei Pan.

‘Paria’, satu perkataan yang di sifatkan sensitif oleh kaum India di Malaysia kerana di kaitkan dengan kedudukan kelas paling rendah dalam sistem sosial di India. Lantaran itu, sekumpulan pihak bertindak membakar novel ini beserta poster penulisnya, SN Abdullah Hussain.

Mengambil tema keintegrasian antara kaum yang terpisah kerana dasar pecah-dan-perintah, Abdullah Hussain merakamkan suasana Tanah Melayu sekitar tahun 1910 hingga 1940-an dalam Interlok [1971].

Ketiga-tiga kaum ini akhirnya di ‘ikat’ melalui Interlok yang di ambil dari perkataan Inggeris, interlock, yang membawa maksud jalinan ke arah keharmonian dalam masyarakat. Kaum India menyifatkan novel ini berunsur perkauman kerana frasa yang terdapat pada halaman 211 iaitu:

Satu perkara besar membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta paria. Mereka tidak perlu akan mengotori sesiapa kalau bersentuhan, mereka juga bebas bergaul. Tempat di dalam kapal itu tidak teratur. Mereka bersesak-sesak seperti kambing.

Mereka menuntut agar Interlok di haramkan. Ini bukanlah kali pertama sebuah novel mendapat kencaman yang hebat kerana di tuduh rasis. Novel agung di Amerika Utara, To Kill A Mockingbird karya Harper Lee, pernah di selar menghina kaum kulit hitam Amerika kerana menggunakan perkataan ‘nigger’. Pihak yang mengencam Abdullah Hussain hanya mengambil sebaris ayat dengan perasaan prejudis yang tinggi. Bagaimana pula halnya dengan novel yang di sanjung tinggi di India misalnya Nectar in a Seive oleh Kamala Markandaya, Who Rides a Tiger oleh Bhabani Bhattacharya atau karya Collies oleh Mulk Raj Anand yang terang-terang menyebut dan menerangkan peri kehidupan kasta paria. Tindakan menubuhkan sebuah badan khas untuk mengkaji Interlok bukanlah langkah yang baik kerana kerajaan seolah-olah tunduk kepada segelintir pihak yang tidak mahu mengkaji intipati novel tersebut terlebih dahulu malah mengambil tindakan melulu dengan membakarnya.

READ MORE:  Di manakah kegagalan pendidikan Malaysia dalam menyemai rasa kekitaan antara etnik?

Abdullah Hussain menulis Interlok dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab, sama seperti beliau menulis karya besarnya, Imam. Kasta paria bukanlah kasta yang di reka oleh Abdullah Hussain malah fakta mengenainya boleh dirujuk di buku-buku ilmiah, misalnya The Naked Social Order oleh Collin Abraham [2004], The Malaysian Indian oleh Muzafar Desmond Tate [2008] dan sebagainya. Pihak yang mengencam elok juga membaca beberapa kajian ilmiah tempatan mengenai Interlok. Antaranya ialah Gambaran Masyarakat Dalam Novel Interlok [1997] oleh Lamizah Ab. Hamid dan Imej Manusia Dalam Novel Interlok [2002] oleh Chun Chuan Loh. Pihak yang ingin perkataan paria di padamkan dari Interlok adalah pihak yang cuba menafikan kewujudan kasta di India walhal kita tahu sejarah tidak mungkin di padam atau di ubah.

Interlok telah memenangi Pertandingan Sempena 10 Tahun Kemerdekaan Negara pada 1967 dan telah berulang kali di ulang cetak malahan sudah berada di rak selama 40 tahun tanpa sebarang kencaman dari mana-mana pihak. Tiba-tiba sahaja novel ini mendapat kencaman kerana tuduh menghina kaum India. Terbuktilah bahawa kesusasteraan tidak mendapat tempat yang sewajarnya di hati rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, desakan pengharaman novel tersebut bukanlah suatu yang memeranjatkan lantaran pengguasaan bahasa Melayu yang lemah dalam kalangan rakyat Malaysia menjadikan segelintir kumpulan mengalami krisis keintelektualan. Inilah peri pentingnya kita menguasai bahasa agar terjemahannya tidak di salah ertikan. Janganlah kita memandang rendah terhadap sebuah buku kerana melaluinya banyak ilmu yang kita perolehi. Interlok bukanlah sebuah teks yang mengandungi serangan perkauman malah Interlok sepatutnya dijadikan contoh klasik penggunaan buku sebagai alat pengerak ke arah perpaduan.

Pei Pan, seorang penulis bebas yang bukan ahli Aliran, tinggal di Kuala Kangsar.

(Visited 978 times, 1 visits today)
Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.

Join the conversation

avatar
750
  Subscribe  
Notify of