ALIRAN Online
ALIRAN Online Pergerakan Reformasi yang menegakkan Keadilan, Kebebasan dan Perpaduan
Terkandung dalam senarai Majlis Ekonomi dan Sosial, Bangsa-Bangsa Bersatu
Muka Depan   |   Artikel Menarik  |   Kenyataan Media  |   Berita Terkini  |   NGO  |   Link  |   Menjadi Ahli  |   Mengenai Aliran

Keadilan! Kebebasan! Perpaduan!

Malaysia kini berada di persimpangan jalan. Ada sesuatu yang mencuit jiwa rakyat. Mereka perlahan-lahan telah mulai keluar untuk mendapatkan semula hak-hak asasi yang telah terlucut dari mereka selama ini. Mereka kini telah terjaga dari tidur dan meminta perubahan yang bermakna: lebih banyak ruang demokrasi, lebih besar pertanggungjawapan, menghormati hak-hak manusia.

Aliran mengaitkan diri dengan usaha semulajadi mendapatkan keadilan dalam semua aspek kehidupan awam. Malah, ini telah menjadi teras kepada perjuangan kami sejak tahun 1977.

Aliran Kesedaran Negara ialah pergerakan reformasi pelbagai golongan etnik yang pertama di Malaysia yang berdedikasi terhadap keadilan, kebebasan dan perpaduan. Kami juga merupakan kumpulan hak asasi manusia yang tertua di Malaysia, sentiasa memperjuangkan reformasi demokratik.

Berpandukan nilai-nilai rohaniah sejagat, perjuangan kami menumpukan perhatian terhadap pembinaan perpaduan dengan mendukung maruah manusia dan memajukan keadilan sosial bagi semua rakyat Malaysia.

Sejak tahun 1977, kami telah menyemai benih-benih kesedaran awam terhadap isu-isu politik, ekonomi dan sosial yang penting. Selama ini kami telah melobi sekuat-kuatnya reformasi yang luas dalam semua aspek kehidupan awam. Kini, jeritan "Reformasi!" boleh didengari semua orang.

Untuk menyedari orang ramai, kami menerbitkan Aliran Monthly, majalah alternatif berbahasa Inggeris yang terkemuka di Malaysia. Dengan sebanyak 40 halaman yang mengandungi rencana dan analisis mendalam lagi bebas, majalah ini adalah satu kemestian bagi mereka yang prihatin terhadap apa yang berlaku di Malaysia.

Sudikah anda menyertai kami dalam perjuangan untuk membina suatu Malaysia yang lebih adil?

Sudahkah anda berdaftar sebagai pengundi? Sila semak

English

Sumpah Taat Setia Yang Anti-Demokratik

oleh Rosli Omar

Kerajaan mahu kita akademik menandatangani peraturan "Aku Janji". Tujuannya, menurut Pekeliling 17 2001, untuk "melahirkan pegawai awam yang berdedikasi, komited, bertanggungjawab dan mempunyai semangat patriotisme yang tinggi untuk memajukan negara kita ini". Bagi orang ramai yang membaca tujuan ini mungkin menganggap bahawa ini adalah tujuan yang murni, yang tidak ada kontroversinya.

Aku Janji ini banyak kontroversinya; banyak implikasi buruk bagi para akademik, masyarakat dan negara. Text Penuh


Persepsi Umum Yang Hancur

oleh P Ramakrishnan

Aliran berasa terkejut mendapati Mahkamah Rayuan tidak menyatakan alasanmenolak rayuan Anwar Ibrahim untuk melawani hukuman bagi empat tuduhan rasuah dan hukuman penjaranya selama enam tahun pada 14 April 1999.

Apa yang amat menyedihkan ialah Mahkamah Rayuan, walaupun telah menyediakan keputusan bertulis setebal 59 halaman, enggan untuk mengumumkan alasannya setelah menolak rayuan Anwar pagi ini.

Apabila kebebasan seseorang itu terlibat dan apabila suatu keputusan itu menyekat kebebasan tersebut, Mahkamah Rayuan sebagai pemberi keadilan dijangka dapat meluangkan masa untuk menjelaskan keputusan yang dibuat.

Apabila norma ini tidak dihormati, ia hanya menimbulkan satu persepsi orangramai yang hancur bahawa terdapat kecacatan pada sistem kehakiman kita.

Muka Depan   |   Artikel Menarik  |   Kenyataan Media  |   Berita Terkini  |   NGO  |   Link  |   Menjadi Ahli  |   Mengenai Aliran
Alamat: 103 Medan Penaga, 11600 Jelutong,
Penang, Malaysia
Tel: +60-4-658 5251 Fax: +60-4-658 5197
Kami mengalu-alukan komen anda. Sila hubungi kami di:
alirankn@hotmail.com