Vaksin Covid: Biar cermat asal selamat!

GERD ALTMANN/PIXABAY

Jeyakumar Devaraj mendesak agar pendekatan lebih munasabah dan berhati-hati diambil terhadap pelbagai vaksin yang ada.

Ianya cukup jelas bahawa kita memerlukan vaksin Covin bagi melawan pandemik koronavirus.

Jika sejumlah besar populasi kita secara signifikan diimunkan – biarpun buat hanya sementara waktu atau untuk tempoh selama setahun atau dua – pastinya kadar jangkitan coronavirus akan menurun.

Sekaligus, bermakna yang kita dapat mengurangkan tahap penjarakan sosial, serta lebih ramai warga dapat kembali bekerja dan berbisnes, dan ekonomi kita akan mula pulih.

Hampir 60 jenis vaksin Covid dibangunkan, serta ada beberapa jenis yang sudah bersedia untuk digunakan secara meluas. Namun, ianya adalah penting untuk melakukannya dengan betul dan memastikan ‘penawarnya’ ini tidak memberi permasalahan kesihatan yang baru.

Vaksin berfungsi dengan memperkenalkan protein virus atau protein kepada subjek bagi ‘melatih’ sistem imun sesebuah subjek dalam membangunkan antibodi yang dapat meneutralkan virus asal jika dan bila virus menyerang subjek.

Kita dapat membahagikan vaksin Covid kepada dua kelompok utama:

  • Vaksin yang menggunapakai virus Covid tidak aktif atau protein Covid yang dibuat di makmal bagi merangsang respon imun
  • Vaksin yang menggunapakai teknologi baru yang membuatkan tubuh subjek sendiri untuk mengeluarkan protein Covid yang kemudiannya merangsang sistem imun bagi menghasilkan antibodi yang meneutralkannya

Vaksin ‘teknologi lama’

Vaksin Covid dari kelompok pertama bergantung kepada teknologi lama serta diuji. Ianya sudah digunapakai sejak 50 tahun dahulu lagi bagi menghasilkan vaksin bagi pelbagai jenis penyakit.

Komuniti perubatan biasa dengan potensi kekurangan dari vaksin kelompok pertama ini. Ia termasuklah pengaktifan yang tidak mencukupi dari virus, yang bermaksud bahawa virus masih mampu untuk direplikasi di dalam tubuh subjek.

Kesan sampingan mungkin berlaku oleh kerana bahan kimia yang digunakan untuk mengaktifkan virus dan juga adjuvant yang digunakan bagi menggalakkan reaksi tubuh kepada protein virus. (Aluminium merupakan salah satu adjuvant yang dipakai bagi ‘merengsa’ sistem keimunan.)

Vaksin yang lebih canggih

Kelompok kedua vaksin Covid pula mengandungi RNA atau DNA yang mengarahkan sel kita untuk menghasilkan protein pepaku Covid apabila bahan genetik ini disuntik. Ianya merupakan sebuah pendekatan baru dan tidak digunakan di dalam mana-mana pengeluaran bagi kempen vaksinasi secara besar-besaran lagi.

Pendekatan ‘canggih’ ini melibatkan suntikan kod genetik bagi protein pekaku Covid di dalam tubuh subjek. Kod genetik ini memasuki sel subjek dan ‘menipu’ ribosom (ribosome) subjek bagi menghasilkan ribuan salinan protein pepaku Covid.

Ribosom merupakan organel di dalam sel kita yang menghasilkan protein, seperti yang diarahkan oleh sel nukleus. Nukleus menghantar RNA pengutus (mRNA) kepada ribosom untuk menyatakan jenis protein apa yang perlu dihasilkan.

READ MORE:  Covid and the structural crises of our time

Vaksin Covid yang moden ini bergantung kepada mRNA yang mengekodkan protein Covid.

Di dalam vaksin Pfizer dan Moderna, mRNA yang mengekodkan protein pepaku Covid diletakkan kapsul minute fosfolipid, dan kebanyakan kapsul inilah yang akan disuntik kepada subjek.

Kapsul inilah yang akan beredar di dalam darah dan memasuki sesetengah sel di dalam badan di mana mRNA mengarahkan ribosom sel ini untuk menghasilkan protain pepaku Covid.

Sesetengah molekul protein pepaku ini dikeluarkan dari sel ke saluran darah serta menangkap perhatian sistem imun, yang kemudiannya menghasilkan antibodi terhadap protein pepaku. Protein pepaku uni yang keluar dari sel yang ‘dijangkiti’ sekaligus mencetuskan limfosit (lymphocytes) pembunuh untuk menyerang dan membunuh sel-sel ini.

Vaksin moden ini mungkin lebih efektif berbanding vaksin yang tradisional kerana ia mencetuskan lebih banyak respon sel-perantara (limfosit pemusnah itu).

Namun, bahagian inilah yang bermasalah dengan vaksin moden. Vaksin moden ini melibatkan pemusnahan sesetengah sel subjek. Adakah pemaju vaksin ini pasti bahawa kapsul fosfolipid tidak akan memasuki sel saraf atau sel buah pinggang? Bahagian ini merupakan tisu di dalam badan kita yang tidak mampu dipulihkan sendiri jika ianya dirosakkan.

Kita juga tidak tahu kesan jangka masa panjang akibat daripada penggalakkan sistem imun tubuh kita yang kemudiannya mendedahkan sistem tubuh kepada antigen selular yang dihasilkan akibat dari pemusnahan sel RNA yang ‘dijangkiti’. Apakah ianya akan mencetuskan penyakit auto-imun kepada sebahagian warga yang terdedah?

Penyakit auto-imun merupakan keadaan di badan sistem imun tubuh kita mula menyerang komponen tubuh. Artritis rheumatoid merupakan salah satu contoh penyakit auto-imun, dan kita masih tidak memahami mengapa ianya memberi kesan kepada sesetengah orang dan apa yang mencetuskannya.

Apakah vaksin Covid yang bergantung kepada penghasilan protein virus di dalam sel kita sendiri bakal mencetuskan penyakit auto-imun bagi mereka yang berisiko untuk dijangkitinya? Kita takkan tahu. Ianya mungkin tidak akan terjadi, namun kita sepatutnya haruslah benar-benar pasti yang ianya tidak akan memberi kesan sebelum kita menyuntik vaksin ini kepada jutaan warga, kan?

Vaksin dihasilkan Oxford-AstraZeneca dan Sputnik V menggunakan strategi yang berbeza untuk menghasilkan kod genetik Covid bagi protein pepaku kepada sel subjek.

Vaksin mengubah kod Covid kepada DNA, di mana ianya lebih stabil dan tidak memerlukan penyimpanan terlalu dingin. Kemudian DNA itu diletakkan ke adenovirus yang digubah, di mana ianya tidak mampu untuk direplikasi di dalam tubuh subjek. Adenovirus yang digubah itu menghantar kod DNA terus ke sel subjek.

Oleh kerana adenovirus menyebabkan jangkitan saluran pernafasan, vaksin ini akan menjangkiti tisu pernafasan serta kurang memberi kesan kepada sel buah pinggang serta saraf.

READ MORE:  Mengapa Parlimen perlu dibuka?

Oleh kerana vaksin ini menggunakan DNA untuk mengekodkan protein pepaku Covid, DNA yang dihasilkan vaksin harus memasuki nukleus sel subjek bagi menghasilkan pemesan (messenger) RNA yang dapat mengarahkan ribosom subjek untuk menghasilkan protein pepaku.

Memasukkan DNA asing sewenang-wenang ke dalam nukleus sel manusia adalah hal yang kita jangan ambil mudah. Kita tahu bahawa dalam jangkitan virus tertentu, DNA virus menjadi sebahagian dari kromosom manusia. Inilah yang berlaku bagi jangkitan hepatitis B serta HIV.

Adakah kita pasti bahawa ianya tidak akan berlaku, barangkali di dalam pecahan kes yang terpencil, melibatkan vaksin Covid yang menggunakan DNA? Apakah gen virus ini akan berinteraksi dengan gen lain di dalam genom dan sekaligus mengakibatkan masalah kesihatan? Mungkin tidak; namun adakah kita perlu mengambil risiko ini?

Melihat kepada alternatif

Kita perlu jelas di sini. Saya bukanlah seorang anti-vaksin. Vaksin memainkan peranan yang besar di dalam mengawal penyakit berjangkit sejak 50 tahun dulu, dan pasti ianya akan memainkan peranan yang besar pada masa hadapan.

Soalan yang penting adalah, adakah kita memerlukan langkah terdesak seperti menggunakan vaksin RNA dan DNA di tahap skala global sebelum meneliti dengan cermat bahawa ianya tidak memberikan kesan negatif yang tidak dijangkakan untuk jangka masa sederhana dan panjang?

Lebih-lebih lagi, kita ada alternatif yang lebih efektif. Beberapa vaksin Covid yang dihasilkan ada yang menggunakan teknologi vaksin tradisional. Vaksin ‘teknologi lama’ ini tidak bergantung kepada RNA atau DNA serta tidak melibatkan sel subjek di dalam generasi antigen viral.

Vaksin ‘teknologi lama’ merangkumi protein virus Covid yang boleh disuntik terus ke tubuh subjek. Ini termasuklah CoronaVac, vaksin Zhifei serta Novavax. Juga terdapat beberapa vaksin lain juga.

Mengapa tidak menggunakan vaksin teknologi lama bagi mengawal pandemik Covid? Mengapa terus ke teknologi moden yang masih belum ditaksir sebetulnya serta mempunyai kemungkinan kesan sampingan melibatkan tempoh jangka masa sederhana dan panjang?

Jangan jadi naif

Gesaan oleh banyak pengilang vaksin supaya dimasukkan klausa ganti rugi ke dalam perjanjian dengan pihak kerajaan adalah bukti jelas bahawa pengilang sendiri tidak dapat menolak kemungkinan wujudnya kesan sampingan jangka masa panjang dan sederhana penggunaan vaksin.

Kita sungguh naif jika tidak sedar akan motif keuntungan apabila menilai strategi vaksin negara kita. Pengilang vaksin berpeluang untuk memperoleh keuntungan berlipat kali ganda jika vaksin mereka digunakan di dalam skala global. Dengan klausa ganti rugi dimasukkan, mereka akan dipelihara dari sebarang tindakan undang-undang jika sesuatu yang buruk berlaku.

READ MORE:  Continue supplementary food aid to support students’ nutritional needs

Kita harus arif serta mengambil kira pengaruh besar syarikat gergasi farmaseutikal terhadap kerajaan serta badan kawal selia di Barat.

Kita juga perlu sedar mengambil kira faktor sikap berat sebelah yang wujud dalam media Barat yang sering membuat kenyataan berat sebelah terhadap laporan berita berkaitan vaksin Covid yang bukan datang dari Barat.

Sebuah langkah cermat

Malaysia bukanlah di dalam keadaan seburuk Amerika Syarikat atau negara Kesatuan Eropah di mana kegagalan untuk menjalankan langkah penjarakan fizikal sekaligus membawa kepada tahap kegawatan kepada kadar jangkitan serta bilangan yang dimasukkan ke hospital.

Pun, keadaan kita juga tidaklah begitu baik dengan kes baru setiap hari yang mencecah 2,000 kes setiap hari. Namun, bilangan kita masih rendah berbanding negara lain.

Covid bukanlah sebuah kegawatan kesihatan yang mengancam serta akan menenggelamkan servis kesihatan kita seperti yang berlaku di beberapa negara Barat. Oleh itu, kita tidak perlu mengambil langkah terdesak.

Berdasarkan keadaan di atas, saya bersama dengan beberapa teman ingin mencadangkan supaya kita:

  • Bergantung kepada vaksin ‘teknologi lama’ yang menyuntik protein viral kepada subjeknya. Jangan bereksperimentasi dengan warga kita dengan memperkenalkan vaksin ‘canggih’ yang menggunakan teknologi RNA atau DNA, di mana kesan buruk jangka masa sederhana dan panjangnya masih belum diketahui sekarang
  • Berikan vaksin ‘teknologi lama’ kepada kelompok berisiko tinggi terlebih dahulu – misalnya, pekerja perubatan, pegawai barisan hadapan, warga emas, warga dengan komorbiditi – dan kemudiannya kepada semua warga. Namun, jangan pula jadikan ianya mandatori bagi mana-mana kelompok. Biarkan warga membuat keputusan berdasarkan pengetahuan mereka sendiri.
  • Berikan maklumat jelas kepada awam. Setiap vaksin mempunyai kesan sampingan dan semua orang mempunyai hak untuk mengetahuinya. Melihat kepada kekhuatiran kepada badan berkuasa di Barat, pastinya keraguan ini akan sampai ke Malaysia jua. Langkah terbaik untuk menangani kekhuatiran ini adalah dengan menjadi jujur kepada rakyat sendiri. Pihak berkuasa perlu memberitahu apa yang mereka tahu, serta apa yang mereka tidak tahu tentang vaksin-vaksin itu
  • Sediakan vaksin ‘teknologi lama’ secara percuma kepada semua warga
  • Jalankan pemantauan vaksinasi pasca-Covid bagi mendapatkan anggaran tepat bagi simptom serta kesan sampingan hasil dari penggunaan vaksin. Kongsikan dapatan ini kepada rakyat supaya mereka boleh membuat pilihan tepat berkaitan vaksinasi

Kementerian Kesihatan sekarang tengah menjalankan sebuah tinjauan bagi mendapatkan pandangan serta sikap populasi rakyat Malaysia berkaitan vaksin Covid.

Inilah peluangnya bagi gerakan masyarakat sivil serta individu bertanggungjawab untuk menyuarakan serta mendesak langkah yang lebih munasabah serta cermat melibatkan proses vaksinasi yang meluas kepada seluruh warga Malaysia.

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments