Trump 2.0 yang memporak-perandakan tatanan global

Bagaimana dasar di tempoh kedua Trump berkuasa boleh membentuk semula perdagangan global dan hubungan antarabangsa

Former US President Donald Trump

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Harus kita sedari yang kita tidak boleh mengelak dari memperkatakan tentang Trump sepanjang tempoh keduanya sebagai Presiden AS.

Setiap hari, para sarjana, wartawan, pakar, aktivis dan rakyat biasa merespon akan hingar-bingar yang dibikin oleh Trump. Lambakan pelbagai isu yang dibawanya menyentuh soal geopolitik dan ekonomi, sama ada di peringkat global, serantau, nasional atau tempatan.

Tidak dinafikan, Trump telah menjadi salah satu perkembangan yang paling memberi kesan pada kita semua sekarang.

Apakah kesan global kepada pelbagai dasar dan tindakan yang telah direncanakan oleh Trump? Ia masih awal, tetapi kesannya sudah kelihatan serius.

Mari kita lihat beberapa akibat langsung dan berspekulasi tentang beberapa akibat jangka sederhana dan jangka panjang yang memberi kesan kepada tatanan global, terutamanya di Asia Tenggara.

Kemerosotan Amerika

Awal musabab kemunculan fenomena Trump dan pemilihannya sebagai Presiden AS buat kali kedua perlulah kita fahami.

Ia adalah berdasarkan pada naratif bahawa wujudnya kemerosotan kuasa Amerika secara global. Ia adalah sesuatu yang telah menggusarkan kalangan intelektual Amerika dan kelas politiknya sejak sekian lama.

Prinsip asas kepada naratif ini ialah China akan mengatasi AS sebagai negara terkaya dalam masa terdekat di Abad Ke-21. Akibat daripada kemerosotan ekonomi Amerika, ketuanan politiknya (atau ‘hegemoni’) dalam urusan globalnya akan hilang.

Kegelisahan yang wujud di AS sendiri akibat naratif ini, bersama dengan banyak dasar dalaman dan luarnya yang gagal, telah membawa kepada fenomena Trump.

Trump telah dipilih untuk kali kedua berikutan kempen Maga (Make America Great Again) dan retorik “America First”nya yang saling melengkapi. Kedua-dua slogan itu secara ironisnya adalah pengakuan bahawa Amerika sememangnya telah kalah atau kehilangan tempat nombor satunya di seluruh dunia.

READ MORE:  Homeless population grows in California's most populous city

Wujud unsur berlebihan di dalam naratif Maga itu. Hegemoni politik, ekonomi, ketenteraan Amerika akan kekal berleluasa untuk masa yang lama, walaupun China akan mengatasi AS dari segi ekonomi sebagai ekonomi global terbesar. Sebagai contoh, dolar AS kekal sebagai mata wang rizab utama dan usaha nyah-dolarisasi oleh Brics juga dihentikan.

Penguasaan Amerika – dalam pendidikan, sains, seni, malah banyak bidang teknologi lainnya – juga pasti akan diguna pakai untuk beberapa waktu kerana kelebihannya sebagai pencipta awalnya.

Walau bagaimanapun, kuasa lembut Amerika – daya tarikan institusi sosio-politiknya, termasuk demokrasinya – menghadapi kemerosotan yang teruk.

Kesan Trump 2.0 yang mengganggu

Dalam tempoh sebulan selepas pelantikan Trump, beliau telah menimbulkan kekacauan global dan domestik dengan dasar dan tindakannya.

Sebagai dasar susulan ketika Trump 1.0, cengkaman dasar baharunya ini bertujuan untuk mengekalkan penguasaan ekonomi dan hegemoni politik AS.

Tindakan Trump ini sekali gus menggugat kestabilan ekonomi dan politik global, yang disokong oleh Amerika sendiri dalam era pasca Perang Dunia Kedua.

Mari kita telisik kesan Trump 2.0 yang paling mengejutkan dan memberi kesan langsung:

  • Peralihan dan tindakan dasar luar Trump, yang menyasarkan China, sekali gus menafikan perdagangan bebas. “Indo-Pasifik yang bebas dan terbuka”, yang diperkenalkan oleh Trump sendiri pada 2017, kini hanya menjadi sejarah
  • Negara-negara Asia Tenggara, yang merupakan rakan perdagangan terbesar dengan China, akan mengalami kemusnahan teruk akibat perang perdagangan, dengan China yang kini dikenakan tarif setinggi 60%
  • Tarif disasarkan kepada semua negara yang mempunyai lebihan imbangan perdagangan dengan AS. Seorang ahli ekonomi menyatakan bahawa kesan berganda daripada polisi tarif Trump boleh mencapai setinggi 180% bagi sesetengah negara
  • Dasar anti-imigresen yang ditujukan kepada warga tanpa izin ke AS bagi memastikan Amerika kekal ‘asli’ juga akan menjejaskan ramai orang Asia Tenggara, terutamanya kira-kira 350,000 warga Filipina yang tinggal di AS
  • Trump menyasarkan negara Brics dengan tarif 100% yang boleh memberi impak besar kepada Indonesia, yang merupakan ahli penuh Brics. Malaysia, yang merupakan rakan kongsi Brics, juga akan berdepan akibatnya
READ MORE:  The people of Gaza have already answered Trump: 'We are not leaving'

Ideologi Trump sebagai seorang korporat

Tindakan Trump melancarkan pelbagai dasar sejak pelantikannya pada 20 Januari adalah tidak kurang daripada satu percubaan untuk memusnahkan tatanan neoliberal global, yang mana hegemoni AS sendirilah yang mempelopori penubuhan pada mulanya.

Apa yang paling licik ialah ideologi korporat Trump, yang dapat diimbas kembali kepada orang-orang seperti Mussolini dari Itali dan Adolf Hitler dari Jerman. Ia merupakan ideologi yang membungkam hak individu dengan mengutamakan matlamat bagi sebuah negara ultra-nasionalis dan autoritarian.

Dasar ‘protectionism’ radikalnya, pendirian anti-imigrasi dan pengurangan komitmen kepada Nato sejajar dengan ideologi ini. Begitu juga dengan cita-cita imperialisnya untuk mendapatkan wilayah baru seperti Greenland, Panama, Kanada dan Gaza.

Dua ahli akademik Amerika yang, seperti saya, berpendapat bahawa ideologi Trump adalah korporatis ialah pemenang Hadiah Memorial Nobel Edmund S Phelps (Universiti Columbia) dan mendiang ahli antropologi David Graeber (London School of Economics). Untuk analisis, lihat video ini.

Apakah yang akan diporak-perandakan oleh Trump dalam jangka  masa sederhana dan panjang?

Dalam senario terburuk, ia boleh mengakibatkan kemurungan global, seperti yang berlaku pada tahun 1930-an.

Pakar ekonomi Jayant Menon menyatakannya seperti ini:

Polis tarif yang diperkenalkan Trump boleh membawa kepada perang perdagangan habis-habisan, seperti yang berlaku pada tahun 1930 apabila AS secara unilateral menaikkan sekitar 900 polisi tarif setinggi kira-kira 40 hingga 60 peratus. Ia memanjangkan Zaman Kemelesetan sehinggakan perdagangan dunia menguncup dua pertiga yang cukup mengejutkan. Tiada sebab untuk mengharapkan hasil yang berbeza kali ini.

Dasar Trump adalah bertujuan bagi proses penyahglobalisasian dan pembongkaran tatanan antarabangsa neoliberal itu.

Penarikan AS daripada Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (United Nations Framework Convention on Climate Change atau UNFCCC), selain daripada memberi kesan serta-merta kepada agenda perubahan iklim, juga bertujuan untuk membongkar institusi pelbagai hala yang tidak disukainya, termasuk banyak agenda agensi PBB.

READ MORE:  US pulls out of Paris Agreement: What happens next?

Kesan berbahaya daripada dasar Trump kepada dunia ini boleh memaksa negara-negara terkemuka dan kumpulan serantau (EU, Brics, Asean) untuk mewujudkan pakatan sementara bagi memantau kesan gangguan global yang disebabkan oleh Trump ini.

Umat ​​manusia hanya dapat menunggu sambil menahan nafas dalam melihat apakah ini yang akan terjadi nanti.

Johan Saravanamuttu
Editor bersama, surat berita Aliran
20 Februari 2025

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Johan Saravanamuttu
Dr Johan Saravanamuttu, a long-time Aliran member, is emeritus professor at Universiti Sains Malaysia, adjunct professor at the Asia Europe Institute, University of Malaya and adjunct senior fellow at the S Rajaratnam School of International Studies, Nanyang Technological University. He believes in politics as a vocation but is frustrated that it is often the refuge of opportunists and the morally depraved
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
Wong Soak Koon
2 Mar 2025 3.16pm

Aduh, aunty tak faham secara mendalam isu isu ekonomik tapi terdengar perbualan melalui video di atas saya teringat frasa Thomas Carlyle , pemikir zaman Ratu Victoria yang berbunyi ” economics is a dismal science”. Aduh..Amerika boleh cetak wang ringgit sesuka hati bila bila pun untuk menyelwmatkan ekonominya? Aduh!!!!