Pembunuhan kadet Zulfarhan: Ada apa di sebalik semua ini?

Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan

177 views
UPBM FACEBOOK

Penantian empat tahun lamanya bagi keputusan mahkamah berkenaan pembunuhan kadet Universiti Pertahanan Malaysia, Zulfarhan Osman Zulkarnain akhirnya selesai.

Hukuman penjara 18 tahun dikenakan kepada enam tertuduh yang mengakibatkan kematian serta hukuman tiga tahun penjara kepada 12 tertuduh yang lain yang mengakibatkan kecederaan teruk diterima dengan reaksi bercampur-baur – yang bolehlah kita fahami dengan melihat kepada keadaan serta sifat kesnya ini.

Pejabat Peguam Negara mengumumkan bahawa ia akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi serta akan mengembalikan pendakwaan awal melibatkan tuduhan pembunuhan terhadap enam pelajar di bawah Seksyen 2 Kanun Keseksaan.

Oleh itu, proses perundangan masih berjalan dan ia sepatutnya tidak dispekulasikan secara lanjut.

Apa yang perlu kita ambil kisah sebenarnya adalah keadaan lain yang menyelubungi kes pembunuhan ini, khususnya berkaitan keselamatan serta kesucian kampus universiti di Malaysia serta kakitangan dan pelajarnya.

Benar, bagaimana dan mengapa jenayah sebegini terjadi di sebuah ruang yang sepatutnya dikelilingi orang yang berdisiplin tinggi serta keadaan yang terkawal sungguh mengelirukan dan menggusarkan.

Perkara ini perlu dijelaskan bagi memastikan kita dapat mengelak peristiwa tragik sebegini dari berulang. Apa yang dilalui oleh kadet muda ini jangan pernah diulang, tidak kiralah di UPNM atau di tempat lain.

Meneliti peristiwa yang berlaku serta persoalan yang timbul, beberapa perkara ini perlu kita perhalusi:

  • Peristiwa tragik yang mengakibatkan kematian Zulfarhan berlaku di dalam UPNM di bawah seliaan mereka. Ia sesuatu yang memelikkan saatnya keseluruhan peristiwa ini – yang berlaku beberapa hari – tidak mendapat perhatian warden bertugas serta pelajar lain yang berada di asrama
  • Dengan status UPNM sebagai universiti ketenteraan di bawah Kementerian Pertahanan, apakah ia tidak mempunyai laporan serta prosedur keluar-masuk kampus yang ketat? Jika begitu, mengapa kita dapat mendapat tahu bahawa kadet ini dapat keluar masuk kampus dan bahkan berada semalaman di luar kampus sekali gus membuatkan kita tertanya-tanya, adakah (a) peraturan ini wujud dan jika begitu, (b) adakah peraturan dan prosedur ini – dijalankan dan dikuatkuasakan oleh universiti?
  • Seperti universiti awam dan swasta lainnya, UPNM pastinya mempunyai polisi kedatangan yang ketat bagi kelas akademiknya, bukan. Bagaimana ketidakhadiran kadetnya yang begitu lama tidak disedari pensyarah sekali gus mengakibatkan persoalan berkaitan dengan penguatkuasaan serta pelaksanaan polisi ini
READ MORE:  Komitmen kerajaan untuk menjadikan menghendap satu jenayah dialu-alukan (Malay/English)

Berdasarkan ulasannya terhadap laporan ini yang ditulis oleh Ffree Malaysia Today pada 18 Jun 2017, Menteri Pertahanan ketika itu, Hishamuddin Hussein, menyatakan bahawa peristiwa ini sepatutnya menjadi pengajaran kepada UPNM serta tentera, dan sepatutnya tidak lagi diulangi.

Di dalam kenyataan sama, beliau mengumumkan bahawa Kementerian Pertahanan akan “melihat kepada keperluan untuk menilai semula sistem sedia ada di UPNM”.

Beliau juga dipetik dengan berkata, “Saya serius. Saya mahu melihat UPNM dan pusat latihan ketenteraan kita bertanggungjawab (atas kematian Zulfarhan)…. Mereka (UPNM) tidak boleh cuci tangan ke atas kes ini, dan kematian pelajar ini takkan sia-sia.”

Kini, saatnya semua sudah selesai dengan kes tragik ini, inilah masanya bagi menteri pertahanan untuk kembali menilai janjinya serta kembali melihat kepada akar isunya ini.

Tidak disangkal lagi bahawa kedua-dua tenaga pengajar serta wakil tentera di universiti ini wajib menjawab beberapa persoalan – jawapan yang patut mereka ada selepas renungan selama empat tahun lamanya ini.

Di dalam penghujahannya bagi menolak permintaan peguambela bagi memohon hukuman yang lebih ringan, timbalan pendakwaraya menyatakan bahawa kadet yang dituduh mempunyai peluang untuk menghentikan penyeksaan namun tidak melakukannya. Beliau mengatakan bahawa pengaruh budaya di universiti itulah sebagai punca.

Beliau dipetik berkata, “Saya ingin menyebut tentang budaya seperti yang dinyatakan oleh semua yang tertuduh. Adakah kita mahu mendukung budaya sebegini, adakah kita mendukung kadet yang sebegini yang kemudian akan menjadi askar, bagi melindungi negara kita?”

Aspek budaya, persekitaran yang menyelubungi tindakan sebegini perlu disiasat.

Jelas, sebuah inkuiri bebas, yang perlu ditubuhkan bersama oleh Kementerian Pertahanan serta Kementerian Pelajaran Tinggi, perlu dilakukan bagi menjalankan tugas tersebut.

READ MORE:  The killing of cadet Zulfarhan: A symptom of something more?

Dengan hanya memberi hukuman kepada 18 kadet yang tertuduh di atas kesalahan yang mereka lakukan ini hanyalah seakan menutup pengakhiran tragis kepada gejala yang lebih merbahaya. Akar puncanya, tidak kiralah di dalam budaya mahupun pentadbiran, perlu diteliti dan diubati pada tempatnya.

Bagi memetik hero Perang Dunia Kedua Field Marshall William Slim, di dalam perang “tidak ada tentera yang jahat, hanya pegawai yang jahat”.

Barangkali inilah waktunya untuk kita mengetahui siapa pegawai jahat yang bertanggungjawab mengacu kadet yang buruk ini dalam usaha menggantikan mereka dan budaya yang didukung dengan pemimpin yang lebih manusiawi.

Kita memerlukan pemimpin yang memahami bahawa persekitaran universiti adalah bagi menyemai semangat setiakawan, persahabatan serta mendambakan ilmu pengetahuan – bukannya keganasan, kebencian, atau perasan macho yang cukup toksik serta membodohkan.

Rom Nain
Editor bersama, surat berita Aliran
16 November 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments