Ketika Malaysia tenggelam, saatnya Parlimen semakin diperlukan

24 views

Hari Ibu baru sahaja disambut beberapa hari yang lalu, dengan itu, Aliran ingin mengucapkan selamat Hari Ibu kepada semua. Kami sesungguhnya sangat menghormati kepada para ibu tunggal yang berkorban semuanya untuk anak mereka walaupun berdepan tekanan. Kasih ibu yang sebegitu perlu kita hargai.

Seterusnya: sambutan Hari Raya. Muslim di seluruh dunia meraikannya selepas berakhirnya Ramadan selepas sebulan berpuasa. Aliran ingin mengucapkan selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin buat semua ahli, teman serta pembaca kami.

Dalam keadaan biasa, perayaan sebeginilah waktunya untuk bersuka-ria. Namun dek kerana pandemik Covid yang berlanjutan, yang mengepung dunia sejak awal tahun lalu, cukup menggemparkan, di mana nyawa diancam serta menghancurkan kehidupan ramai orang.

Keadaan yang luar biasa sekaligus memerlukan tindakan yang luar biasa. Kes Covid yang mencanak naik sekaligus mengakibatkan sekatan pergerakan sepenuhnya di Malaysia bermula 12 Mei. Ketua pengarah kesihatan juga merayu kepada seluruh warga Malaysia, terutamanya yang meraikan hari Raya, untuk mengelak dari berhimpun secara beramai-ramai, yang boleh mengakibatkan ‘penularan besar-besaran’. Nasihat yang baik – namun adakah ianya akan dituruti?

Pengenalan program imunisasi Covid peringkat kebangsaan bermula dengan baik, namun sumber tetap menjadi isu. Khairy Jamaluddin, menteri yang bertanggungjawab, kesal bagaimana syarikat farmaseutikal mengutamakan negara yang lebih kaya bagi pengagihan vaksin.

Menteri Kesihatan Dr Adham Baba menyatakan bahawa sehingga kini 7.6 juta warga Malaysia sudah pun berdaftar bagi mendapatkan vaksinasi, namun hanya 670,000 orang yang divaksinasi sepenuhnya sehingga akhir April.

Risiko dijangkita masih tinggi, jadi ayuh bersama-sama mengingatkan antara satu sama lain untuk berjaga-jaga dengan mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka serta membasuh tangan dengan kerap.

Segelintir netizen mula mengkritik cara pihak berkuasa menguruskan pandemik sejak kebelakangan ini. Kes pilih kasih sungguh tidak membantu, saatnya para pegawai nampaknya bebas melanggar peraturan manakala rakyat biasa dikenakan denda yang tinggi.

READ MORE:  Bendera putih di seluruh Malaysia saat dihurung pandemik menandakan sesuatu yang lebih mendalam

Kehidupan perlu diteruskan, sekaligus kita memahami mengapa keputusan dicapai bagi membenarkan bazar Ramadan untuk dibuka. Namun, pihak berkuasa sepatutnya memikirkan lebih lanjut kaedah bagi mengawal orang ramai dalam memastikan penjarakan sosial. Sebaliknya, kerajaan tampaknya lebih fokus berpolitik berbanding mengurangkan ancaman Covid kepada kehidupan komuniti yang bersusah payah.

Ramai percaya yang pengisytiharan darurat hanyalah bertujuan untuk mengelakkan Parlimen dari bersidang kerana kerajaan Perikatan Nasional sekarang hanya mempunyai majoriti yang goyah. Secara rasminya, darurat dikenakan untuk melawan pandemik, namun kes Covid yang mencanak naik mengakibatkan tujuan itu dapat dipersoalkan secara serius.

Untuk ‘menakut-nakutkan’ mereka yang mengkritik darurat ini, presiden Pas Hadi Awang, yang merupakan pendukung regim sekarang, menggunakan logik yang pelik serta memeningkan bagi merujuk kepada mereka yang menolak darurat sebagai lebih teruk dari pengebom berani mati.

Berbanding memberikan alasan yang buruk bagi menjustifikasi darurat, lebih baik kerajaan membantu mereka yang dari kelompok pendapatan rendah ini yang berhadapan dengan masalah kewangan akibat pandemik ini.

Seperti yang dinyatakan oleh pengerusi Parti Sosialis Malaysia (PSM) baru-baru ini, semua orang cuba untuk hidup melangkaui gelora Covid, namun kita perlu ingat bahawa kita semua ‘belayar’ di dalam kapal yang berlainan. Mereka yang di dalam kapal yang lebih kukuh seperti kapal layar besar atau kapal pesiaran barangkali tidak terkesan dengan gelora ini. Namun ianya kisah yang berlainan bagi mereka yang berada di dalam sampan yang goyah bergantung pada pendayung mereka untuk mara ke hadapan.

Langkah kerajaan bagi membantu pelbagai kelompok warga nampaknya hanya bertujuan bagi memastikan sokongan pada masa hadapan berbanding kepada keperluan penerima bantuan. Misalnnya, pegawai kerajaan, di mana gaji mereka tidak terkesan dengan pandemic, juga mendapat bantuan kerajaan.

READ MORE:  Stop targeted raids on migrants

Namun bagaimana pula dengan mereka yang pendapatan mereka terkesan akibat pandemik, mereka yang kehilangan kerja, mereka yang mendapat gaji harian, peneroka bandar, Orang Asli serta penghuni estet? Mereka mungkin tidak mendapat (atau mendapat secukupnya) bagi memastikan mereka untuk terus hidup.

Walaubagaimanapun, untuk menjangkakan kerajaan ini untuk kisah kepada komuniti rentan ini seakan-akan sebuah khalayan. Kita melihat bagaimana mereka yang di puncak kuasa hanya memikirkan bagaimana caranya untuk memastikan ‘bank undi’ dapat dilindungi, dengan harapan agar mereka dapat terus berkuasa selepas pilihan raya seterusnya.

Pemerintahan ini tampaknya benar-benar kurang cekap dalam soal pentadbiran yang baik. Kementerian dalam negeri di dalam sebuah perbualan telefon pula sedang mengulas pilihan ketua polis negara yang baru serta ketua polis di beberapa negeri yang lain. Menteri itu kemudiannya memperakui bahawa perbualan itu asli dan mengatakan bahawa ianya sesuatu yang sah untuk diperkatakan serta di dalam bidang kuasanya. Beliau mempercayai bahawa, sebagai pengerusi Suruhanjaya Pasukan Polis, pilihan itu perlu sepenuhnya mengikut kehendaknya.

Di Aliran, kami mempunyai pandangan yang berbeza: patut tidak wujud campur tangan politik di dalam hal ehwal anggota polis.

Mereka yang berada di tampuk kuasa sepatutnya patuh kepada prinsip pengasingan kuasa. Mereka perlu memperakui peranan mandiri ketiga-tiga cabang kerajaan: eksekutif, legislatif serta badan kehakiman.

Namun, dengan pengisytiharan darurat, cabang legislatif terus disenyapkan. Wakil yang dilantik tidak berupaya untuk bercakap bagi kawasan mereka secara efektif. Walaupun semua wakil ini terus menerima gaji, namun mereka tidak dapat menjalankan tugas legislatif secara efektif. Akibat penggantungan Parlimen serta dewan undang negeri, anggotanya hanya dapat melakukan hanya sedikit reformasi politik serta undang-undang.

Keadaan ini mengakibatkan tumpuan kuasa yang terlalu banyak oleh cabang eksekutif kerajaan, sekaligus berisiko tinggi bagi salah guna kuasa.

READ MORE:  Jangan halang penelitian terhadap perbelanjaan kerajaan; Parlimen, dewan undangan negeri perlu bersidang semula sekarang!

Dalam perkara lain, warga yang sensitif terhadap isu gender meraikan keberanian pelajar, Ain Husniza, yang tegas menegur seorang guru pendidikan jasmani yang membuat gurauan di dalam kelas berkenaan isu rogol.

Malangnya, mereka yang berada di puncak kuasa tidak melakukan apa pun terhadap apa yang dibimbangkan Ain. Sebaliknya, ada laporan berita yang menyatakan bahawa wujud rancangan dari sekolah untuk mengambil tindakan disiplin terhadap Ain kerana tidak hadir ke sekolah beberapa hari. Ain tidak ke sekolah kerana beliau risau akan keselamatannya di sana.

Gerakan Akademik Malaysia (Gerak) pula mendesak agar pihak penguasa untuk tidak memangsakan Ain kerana berani menyuarakan fikirannya. Sebenarnya, Ain sudah pun mempunyai jasa yang besar atas keberaniannya mendedahkan budaya rogol yang menyelubungi masyarakat kita. Sokong Ain, dan jangan jadikan beliau mangsa.

Bekas menteri pendidikan Maszlee Malek sudah mencabar Menteri Pendidikan Radzi Jidin agar bersuara di dalam hal ini atau letak jawatan. Maszlee bahkan mengutarakan memorandum yang ditulisnya ketika menjadi menteri di mana beliau “memperincikan niatnya untuk memperkukuhkan undang-undang bagi melindungi kanak-kanak”.

Ada beberapa pihak pula bimbang jika pemerintahan sekarang cuba untuk melanjutkan keadaan darurat hingga selepas Ogos, dengan menggunakan pandemik yang memburuk sebagai alasan. Terdapat banyak usul serta contoh yang sudah pun dinyatakan dari pelbagai negara yang menunjukkan bahawa persidangan Parlimen dapat diteruskan di dalam keadaan pandemik sekarang.

Oleh itu, pihak kerajaan perlu secepat mungkin memanggil sidang Parlimen. Ia patut menggunakan kuasanya bagi menjunjung nilai tadbir yang baik bertunjangkan integriti, ketelusan serta kebertanggungjawapan.

Henry Loh
Editor bersama, Surat berita Aliran
10 Mei 2021

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments