Jangan kita terleka dari segalanya

Rejim ini perlu dipantau dengan serius serta tidak diberikan ruang untuk membuat sesuatu sewenang-wenangnya

81 views
Is this what the ‘New Deal’ is all about, we wonder?

Ramai pengamat media beranggapan bahawa Memorandum Persefahaman di antara kerajaan Malaysia dan Pakatan Harapan sebagai sesuatu yang bersejarah.  

Ada yang lain pula merasakan memorandum ini tiba tepat pada waktunya bagi menghentikan permainan politik dan menyelamatkan negara – selepas melihat kepada percubaan Perikatan Nasional yang tidak efektif bagi menyelamatkan negara dari kegawatan ekonomi serta kesihatan awam.

Mereka yang mendukung serta tok dalang di sebalik perjanjian ini merasakan ianya sesuatu yang menguntungkan semua orang, sekaligus menampakkan kematangan serta profesionalisme ahli politik Malaysia dari semua pihak.

Dan begitulah memorandum yang ditanggapi sebagai ‘bersejarah’ ini ditandatangan pada 13 September oleh kedua-dua pakatan politik yang berseberangan ini.

Tok dalang yang mengumumkan diri mereka sebagai ‘oportunis yang berprinsip’ merasakan ia satu kemenangan serta tindakan yang masuk akal dan kena pada waktunya.

Ia seakan menggambarkan kepada mereka bagaimana raksasa berbentuk Perikatan Nasional/Barisan Nasional yang liar itu dapat dijinakkan, di mana, pada anggapan mereka, sudah dapat dilemahkan akibat perseteruan dalaman serta wujudnya kelompok di antara mereka yang mempunyai tujuan masing-masing.

Kini, selain dari memorandum atau ‘perjanjian-keyakinan-dan-pembekalan’ yang menyaksikan bagaimana kedua-dua belah pihak berlembut antara satu sama lain, kita juga mendengar bagaimana Ismail Sabri turut mengisytiharkan bahawa beliau mahu melayan kita semua sebagai sebuah ‘Keluarga Malaysia’.

Di atas kertas di mana semuanya berlaku cukup samar, semuanya tampak baik dengan wujudnya usaha bersama yang bakal menyaksikan permasalahan ekonomi dan kesihatan awam di Malaysia dapat diuruskan, dan dengan izin Tuhan, diselesaikan.

Itu sebulan yang lalu.

Kita menghargai roda reformasi – yang mula berputar – walau agak perlahan dalam melihat kepada berdekad kepincangan institusi dan prosedur serta keengganan banyak pihak yang enggan menuntut perubahan.

READ MORE:  Kehadiran di Parlimen adalah amanah dan tanggungjawab rakyat (Malay/English)

Apatah lagi, memorandum ini dirangka dalam keadaan terdesak, yang cukup dirasakan rejim PN, yang digegarkan dengan skandal serta ketidakmampuan untuk berpaut pada kuasa dengan majoriti parlimen yang tipis.

Perkembangan yang lebih menggusarkan turut berlaku, di mana terlalu sedikit komen yang membina serta tekanan yang dijangkakan tidak dilakukan oleh perwakilan kita di Parlimen. Pembungkaman suara yang sebeginilah patut diambil kisah oleh kita rakyat Malaysia.

Misalannya, baru-baru ini Ahli Parlimen Umno Ahmad Maslan yang dilepaskan dari mahkamah. Maslan dibebaskan dari dakwaan penyelewangan duit yang sudah pun dijadualkan perbicaraannya, kerana pihak pendakwaan menarik balik kes selepas beliau bersetuju untuk membayar ‘kompaun’ dengan nilai yang lebih rendah dari jumlah yang beliau didakwa menyelewengkan.

Kes Maslan bukanlah sesuatu yang luar biasa, pastinya. Rakyat Malaysia sudah pun menyaksikan satu-persatu ahli politik serta keluarga mereka yang didakwa dilepaskan dari mahkamah, bebas dari denda, dan sepertinya, menerima imbuhan pula dari tingkahlaku mereka yang patut dikecam ini.

Apa yang lebih hina adalah apabila mereka didenda (sekaligus menunjukkan bahawa mereka bersalah, kan?) dengan bayaran yang lebih rendah dari jumlah yang mereka didakwa seleweng atau curi.

Ia menjadi sebuah perkara biasa di bawah regim ini sehinggakan tiada orang yang mahu mengutuk atau mencabar keputusan ini, yang seringkali dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara.

Kes-kes ini seringkali dipandang ringan, khususnya melibatkan ‘kluster mahkamah’ yang seakan-akan tiada berlaku apa-apa balasan kepada mereka sekaligus membuatkan rakyat Malaysia menyoal adakah keadilan benar ditegakkan di dalam sistem perundangan Malaysia – adakah keadilan itu benar buta sifatnya.

Saatnya rakyat marhaen di Malaysia menggeleng kepala dalam kekecewaan mereka, perwakilan mereka seakan perlahan untuk merespon atau lebih buruk, terus senyap.

READ MORE:  Parliamentarians playing hooky?

Dan apabila mereka merespon, seperti majlis presiden PH lakukan pada 2 Oktober lalu, responnya terlalu lembut, dengan meminta penjelasan dari Peguam Negara dengan nada penuh sopan berbanding menuntut penjelasan yang terang.

Sekaligus membuatkan kita terfikir, adakah ini isi memorandum ‘perjanjian baru’? Di mana undang-undang yang dilanggar secara semberono hanya diberi pertanyaan cukup sopan?

Menjadi profesional atau matang – barangkali perwakilan kita perlu diingatkan – bukannya bermaksud suara mereka dibungkam, atau lagi teruk, dimandulkan.

Jika wujudnya tindakan, yang keputusannya cukup semberono dilakukan, ia perlulah dikutuk dan sebuah penjelasan – bahkan barangkali ia perlu difikirkan semula – wajib dituntut.

Kesopanan dan kesusilaan ada ruangnya sendiri – serta keterhadannya.

Berlembut dengan sebuah rejim yang – dari mula Langkah Sheraton sehinggalah pada penggantungan Parlimen serta pengisytiharan darurat – tidak dapat menyelesaikan nasib serta kesengsaraan rakyat Malaysia, barangkali bukanlah sebuah keputusan bijak.

Namun begitu, kita – dan khususnya, pembangkang – janganlah terus berburuk sangka dan lepas tangan.

Kita perlu terus cakna dan menentang secara terbuka dan jelas, saatnya pembangkangan diperlukan. Rejim yang ada hari ini tidak akan menukar dirinya dalam sekelip mata.

Pencabulan semangat perundangan, mengambil ringan akan tatasusila hukum – semua ini wajib dipersoalkan, dikritik dan, jika perlu, dikutuk tanpa ampun.

Ini perlu dilakukan saatnya ketika rejim bercakap soal ‘Keluarga Malaysia’, namun, pada waktu sama, turut mengancam kehidupan para penghantar barang dengan tuntutan agar dijalankan dasar pemilikan bumiputera sebanyak 51% terhadap beberapa syarikat pada hujung tahun nanti.

Jelas yang regim ini masih tidak mempunyai hati nurani – regim ini perlu dipantau dengan serius serta tidak diberikan ruang untuk membuat sewenang-wenangnya, walaupun mereka turut melibatkan ahli Parlimen pembangkang dalam penerimaan ‘peruntukan istimewa’ bagi kawasan Parlimen untuk empat bulan yang terakhir tahun ini.

READ MORE:  It's down to the 220 MPs

Apatah lagi, kita tidak mahu dari menjadi seorang yang ‘oportunis secara berprinsip’ dan kemudiannya, hanya menjadi oportunis semata-mata.

Rom Nain
Editor bersama, Surat berita Aliran
3 Oktober 2021

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments