Bolehkah anak muda mendominasi politik Malaysia pada 2021?

0
Photograph: Eric Thoo

Pergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita, tulis Khoo Ying Hooi.

Kita akan memasuki tahun 2021 kurang dari sebulan lagi. Tahun ini merupakan tempoh yang bergelora bagi Malaysia di dalam beberapa hal.

Kita menyaksikan perubahan kerajaan yang tidak dijangka serta kontroversi dari Pakatan Harapan ke Perikatan Nasional pada Februari 2020. Ramai warga Malaysia merasa tertipu kerana mereka mengundi PH pada pilihanraya umum yang lalu serta tidak memilih PN sebagai kerajaan pemerintah.

Pandemik koronavirus yang meletus tanpa disangka turut mengganggu hampir segenap kehidupan kita – secara politik, ekonomi serta sosialnya.

Tingkah kerajaan PN di dalam menguruskan sidang parlimen jauh dari memuaskan. Sebagai sebuah badan legislatif di dalam demokrasi yang berfungsi, Parlimen merupakan platform bagi wakil yang dilantik rakyat untuk berbicara dan bersuara bagi kawasan mereka.

Walau bagaimanapun, kita melihat bagaimana keputusan diambil bagi mengehadkan peranan serta keberkesanan Parlimen seperti sepatutnya. Sidang parlimen selama sehari pada 18 Mei, konon kerana risiko Covid-19, merupakan salah satu contohnya.

Bagi sidang yang sedang berlangsung sekarang, hanya 80 wakil rakyat yang dibenarkan untuk hadir ke Parlimen secara fizikal pada satu-satu waktu, dan sesi perlu berakhir pada 2 petang. Ianya cukup memalukan, kerana banyak negara di seluruh dunia cuba untuk memastikan sidang parlimen untuk berlaku tanpa gangguan, sambil mengambil langkah untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

Walaupun senario politik yang kelam serta gangguan politik yang dihadapi negara, namun, muncul juga tanda-tanda positif. Seperti yang diterangkan lewat kenyataan media Aliran selepas mesyuarat agung tahunan, negara ini boleh menyaksikan bagaimana anak muda akan memainkan peranan yang lebih luas serta bermakna di dalam masyarakat.

READ MORE:  Mencari letak duduk Muda

Di rantau ini sendiri, kita menyaksikan bagaimana anak muda bangkit di dalam peristiwa serta melibatkan kemampuan yang pelbagai. Parti Solidariti Indonesia digerakkan anak muda Indonesia serta Parti Future Forward yang diharamkan di Thailand merupakan dua contoh. Penubuhan Malaysian United Democratic Alliance (Muda) oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga mengembalikan harapan bagi anak muda di dalam negara kita – walaupun ianya masih awal untuk mengetahui apakah ianya berkesan. Namun, pergerakan anak muda barangkali boleh menjadi atma jiwa dalam mengubati kelelahan politik yang menyelubungi negara kita.

Pembentukan parti politik anak muda sudah lama dinantikan. Satu sebab mengapa anak muda dipinggirkan sekian lama adalah kerana struktur politik dominan yang dimiliki kita: di mana personaliti ‘tua’ seringkali diberikan lebih perhatian serta dianggap lebih ‘dipercayai’. Politik personaliti, bagaimanapun, bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia mahupun di Asia Tenggara.

Selain Muda, kita juga tidak boleh mengenepikan potensi positif kelompok anak muda, seperti Undi18, yang cuba untuk menghubungkan jurang di antara ahli politik, pembuat dasar serta anak muda.

Pada 4-5 Julai, beberapa kelompok anak muda Malaysia berjaya mengadakan parlimen olok-olok secara maya, dikenali sebagai Parlimen Digital. Acara ini menyaksikan 222 anak muda Malaysia, mewakili kawasan sebenar, berdebat isu dari cabaran ekonomi sehinggalah keadaan sistem pendidikan nasional. Usaha ini mendapat pujian pelbagai pihak: ramai yang kagum dengan kematangan serta kualiti perdebatannya.

Data pertengahan 2018 dari Jabatan Statistik menunjukkan bahawa 14 juta dari 32.4 juta penduduk di Malaysia berusia di antara 15 dan 40 tahun. Dengan Dewan Rakyat meluluskan pindaan pada Julai 2019 untuk menurunkan had umur anak muda dari umur 40 tahun ke 30 tahun, populasi anak muda di Malaysia akan mengecut sehingga sembilan juta, apabila pindaan kepada Akta Pembangunan Belia dan Pertubuhan Belia berkuat-kuasa.

READ MORE:  Mencari letak duduk Muda

Namun, adakah penglibatan anak muda di dalam politik lewat Muda, Parlimen Digital serta usaha-usaha lain mewakili anak muda di beberapa lokasi lain di dalam negara?

Di sebalik perkembangan positif, kesan dari kelelahan politik oleh anak muda adalah sebuah kenyataan. Soalan yang sering ditimbulkan: mengapa tidak ramai anak muda yang terlibat politik? Ramai yang mempersoalkan kerelevanan sesebuah isu politik bagi mereka – terutamanya jika ahli politik berterusan bermain dengan percaturan politik, misalnya bertukar parti politik sesedap hati mereka serta melepaskan ikatan kepada ideologi atau prinsip yang sepatutnya dipegang selaku wakil rakyat yang dipilih rakyat untuk mentadbir.

Kepercayaan umum kepada sistem politik kita turut menyusut. Kita seringkali mendengar tanggapan sebegini: ahli politik semuanya sama. Ramai termasuklah anak muda sudah hilang percaya kepada kemampuan kerajaan untuk menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Di Malaysia, purata umur menteri di dalam kabinet sekarang adalah di atas umur 50 tahun.

Perubahan kerajaan dari Barisan Nasional ke PH menyaksikan kemunculan beberapa wajah segar, namun ‘politik orang tua’ tetap berterusan.

Bolehkan anak muda mendominasi politik Malaysia pada tahun 2021? Saya percaya mereka boleh, namun perubahan struktural serta persepsi mesti berlaku. Bagi sesebuah sistem politik untuk terwakili, ianya mestilah melibatkan semua bahagian masyarakat. Kita sudah sengsara akibat dari sebuah sistem politik yang tidak inklusif: anak muda kurang terlibat di dalam proses politik, dan sekaligus mengurangkan pengaruh mereka di dalam membuat keputusan melibatkan kehidupan mereka.

Berdekad lamanya, apa yang berlaku adalah anak muda percaya bahawa suara mereka tidak akan didengari ataupun mereka tidak akan diambil serius walaupun suara mereka didengari. Ini memberikan kesan jangka masa panjang, kerana anak muda adalah aset, dan jika kita tidak memberdayakan mereka, kita berisiko untuk mempunyai pimpinan yang lemah mentadbir negara ini.

READ MORE:  Mencari letak duduk Muda

Untuk bergerak ke hadapan, saya percaya kepada strategi bermata dua amat diperlukan. Apa yang diperlukan bukan sekadar peluang dan kepercayaan kepada anak muda dari masyarakat serta pentadbiran, namun anak muda sendiri perlu memberdaya mereka sendiri dengan meluaskan jaringan melibatkan kelompok anak muda yang rencam.

Khoo Ying Hooi
Editor bersama, Surat berita Aliran
1 Disember 2020

Terjemahan oleh Zikri Rahman

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.