Berkongsi gula-gula: Dah memang masanya untuk ubah sistem pilihan raya

0
64 views
Two ballots in a single German ballot paper

Di bawah sistem proporsional keanggotaan campuran, semua orang dapat berkongsi gula-gulanya – berbanding dengan hanya seorang saja sorok habis semuanya dan tak tinggal apa untuk orang belakang langsung. Dikarang Azmil Tayeb.

Bayangkan bermain suatu permainan di mana kita mencari gula-gula tersembunyi dan sesiapa yang menjumpai yang paling banyak akan menang. Saya rasa seperti juga memburu telur Easter bagi mereka yang biasa dengan tradisi Kristian di Barat itu.

Satu-satunya perbezaan ketara adalah dalam permainan yang dibayangkan ini, pemenang bukan saja dapat menyimpan gula-gula yang dikumpul tapi juga memperoleh gula-gula dari pemain lain sama ada mereka suka atau tidak. Ia format pemenang bolot semua. Sama ada anda menang kesemuanya atau anda kalah terus. Tiada hadiah saguhati. 

Sistem pilihan raya kita di Malaysia memang sama seperti permainan yang dibayangkan ini. Malaysia mengamalkan sistem pemenang undi terbanyak, yang mana seseorang calon yang mendapat undian terbanyak memenanginya walaupun calon itu tidak mendapat majoriti daripada undian keseluruhan, yakni menang dengan hanya dengan jumlah undi terbesar.

Katakan ketika pilihan raya umum ada tiga calon-calon bertanding dalam kawasan parlimen bayangan Sungai Pocong Bertanduk: Calon A, calon B, dan calon C. Setelah semua undian dikira, calon A menang 30%, calon B 40% dan calon C 30%. Dalam sistem pemenang undi terbanyak, ini bermakna 100% daripada undian pergi kepada calon B atas sebab dia dapat banyak undian berbanding ketiga-tiga calon lain. 

Namun calon B sebenarnya menerima hanya 40% undian sementara majoriti pengundi (60%) tidak menyokong dia dan jadinya dinafikan untuk mempunyai perwakilan. Adakah ini adil? Melainkan anda adalah calon B atau dari kalangan penyokong calon B, anda tidak akan fikir ia adalah adil untuk mereka yang membuang undi untuk lawan kepada calon B.

READ MORE:  New-age democracy in Malaysia

Fenomena ini ialah apa yang ditakrifkan oleh pakar pilihan raya Malaysia yang tersohor Prof Wong Chin Huat, sebagai “undian yang disia-siakan”. Dalam keadaan di atas, 60% undian telah ‘disia-siakan’ dek kerana format pemenang bolot semua dalam sistem pilihan raya pemenang undi terbanyak. Sistem yang kini masih diguna pakai itu, menurutnya adalah tidak sesuai untuk masyarakat yang berbilang kaum seperti di Malaysia: ia menyumbang kepada menjurangkan polarisasi etnik, bukan sekadar antara kumpulan etnik tapi juga dalam kalangan satu-satu kumpulan etnik, yang mana undian kumpulan etnik tertentu dalam sesuatu kawasan dipecahkan antara dua atau lebih parti politik berdasarkan etnik. Undian yang dipersiakan akan menimbulkan rasa tak puas hati.  

Kita boleh lihat ada undian dipersiakan terang-terangan di kala kempen pilihan raya negeri Sabah membuka tirainya. Suruhanjaya Pilihan Raya menerima 447 kertas pencalonan daripada calon-calon bertanding untuk 73 kerusi dewan undangan negeri. Itu adalah purata yang luar biasa iaitu enam calon bertanding dalam satu-satu kawasan! Beberapa contoh melampau di sini: daerah Bengkoka menyaksikan pertandingan 11 penjuru sementara daerah Inanam terbabit dalam perlawanan 10 penjuru. Di kala ramai antara calon ini tak dapat beri banyak kesan dan bakal hilang deposit mereka, banyak undian akan sia-sia dalam pengundian itu.

Jadi bagaimana kita boleh kurangkan pembaziran undi? Suruhanjaya Pembaharuan Pilihan Raya, yang ditubuhkan oleh kerajaan lama Pakatan Harapan dan yang mana Prof Wong terlibat sama, mengesyorkan antara lainnya iaitu sistem pemenang undi terbanyak (first past the post) yang diguna pakai kini ditukar kepada bentuk seperti sistem perwakilan berkadar (proportional representation atau PR). Sistem PR bermakna suatu parti akan menerima bahagian kerusi lebih kurang sama kadar seperti mana bahagian undian yang dikongsi dalam pengundian. Ringkasnya, jika parti A menang 30% undian, ia akan dapat lebih kurang 30% kerusi dalam dewan perundangan. 

READ MORE:  Rakyat Sabah perlu kerajaan dan pembangkang yang berfungsi (Malay/English)

Memang ada berbagai jenis sistem pengundian PR, antaranya sistem anggota campuran berkadar (MMP) seperti mana yang diamalkan di Jerman hingga ke sistem satu undi boleh pindah (single transferable voting system) yang melecehkan di Australia. Bagi memudahkan bicara, mari kita lihat sistem MMP.

Sistem MMP membenarkan pengundi di kawasan undian tertentu untuk memilih calon perseorangan dan parti politik dalam kertas undian sama. Pengundi dapat memilih calon dan parti politik yang disukai mereka, walau calon yang dipilih bukan daripada parti politik yang dipilih pengundi.

Secara asasnya, tiap pengundi akan mendapat dua undian. Undi untuk calon perseorangan akan dikira menggunakan format pemenang bolot semua sistem pemenang undian terbanyak (first-past-the-post winner-takes-all system), sementara undian untuk parti politik akan dikira menggunakan format PR. Pilihan pertama kerusi dewan perundangan akan diperoleh pemenang undian pertama (calon perseorangan) dan kerusi perundangan selebihnya akan dibahagikan antara parti-parti politik berdasarkan peratusan undian mereka terima (undian kedua). Lihat pada contoh kertas undian MMP (di atas) di Jerman yang mana kita dapat lihat dua undian berbeza. 

Sistem MMP akan menjadi penambah baikan yang luas terhadap sistem pemenang undian terbanyak kini yang kita ada di Malaysia sekarang. Ia tidak perlu kerusi perundangan tambahan kerana itu memerlukan pindaan perlembagaan, yang jadi satu pelaksanaan sia-sia dalam iklim politik dipolarisasikan sekarang ini.

Perubahan kepada sistem MMP hanya perlu menatarajah semula jumlah kini kerusi perundangan kepada calon perseorangan dan parti politik. Ini bukanlah tugas mudah untuk dicapai, namun ia berbaloi diusahakan bagi dapatkan faedah kepada semua parti tanpa kira sama ada mereka ada kuasa atau tidak. 

Sistem MMP bukan sahaja mencantas pembaziran undian tapi juga mengurangkan persaingan antara dan dalaman etnik antara parti politik. Yang kalah dalam pilihan raya masih akan menerima hadiah saguhati dan berpeluang menggunakan pengaruh dalam dewan perundangan, sama ada dewan undangan negeri mahu pun Parlimen. Kurang asbab untuk berasa kurang senang dengan satu sama lain.

READ MORE:  Sharing the candies: High time to change the electoral system

Pengalaman saya dalam mengendalikan kajian di Kelantan menunjukkan bahawa ramai pengundi telah memecah undian mereka antara Pas dan Umno. Ini yang dipanggil oleh orang tempatan sebagai “undi kangkang”. Mereka akan mengundi calon Pas untuk kerusi parlimen dan calon Umno untuk kerusi negeri.

Jika sistem MMP digunakan, pengundi-pengundi ini boleh mengundi calon Pas dan Umno untuk satu kerusi. Ia akan jadi kemenangan untuk kedua-dua parti di peringkat negeri dan persekutuan. Ia juga akan mengendurkan ketegangan antara parti dalam rundingan kerusi dalam gabungan. Ia juga bermakna demografi kurang perwakilan politik seperti wanita dan Orang Asli boleh dipilih sebagai wakil oleh parti politik melalui undian kedua. 

Akhirnya, di bawah sistem MMP, semua orang dapat berkongsi gula-gula, sungguhpun dalam kadar yang berbeza-beza, berbanding dengan hanya seorang membolot semua sekali dan tak tinggal satu pun untuk orang belakang. Apa lagi yang dimahukan?

Azmil Tayeb
Penyunting bersama, Surat berita Aliran
14 September 2020

Diterjemahkan oleh Shazni Bhai

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments