Apa yang anak kecil belajar dari melihat kita?

Ini adalah soal kepimpinan dan nilai

Say no to racism! - PEXELS

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Selamat Hari Raya buat semua saudara dan saudari yang beragama Islam.

Saat kita merayakan Lebaran kali ini di Malaysia bersama keluarga dan rakan-rakan, jangan lupa ingatan kita buat para pelarian dan komuniti migran Muslim yang tinggal di kalangan kita.

Fikirkan juga umat Islam di seluruh dunia, termasuk mereka di Gaza, juga buat yang terpaksa melarikan diri dari perang saudara Myanmar ke keselamatan di Malaysia, serta mereka yang berada di zon perang dan situasi konflik yang lain. Ramai daripada mereka menanggung kesusahan yang tidak dapat dibayangkan dengan serba kekurangan, kecuali hanya iman dan harapan untuk mereka terus hidup.

Pada 28 Mac, gempa bumi berukuran 7.7 magnitud menggegarkan Myanmar. Angka kematian rasmi kini telah melepasi 2,000 orang (kiraan sebenar boleh mencecah setinggi 10,000), dengan beribu-ribu orang masih hilang. Jalan raya dan infrastruktur telah musnah.

Kerajaan junta membuat seruan untuk bantuan antarabangsa. Beberapa negara, termasuk Malaysia, telah bertindak balas. Mudah-mudahan, operasi bantuan akan dapat dilakukan di negara yang ditadbir oleh rejim tentera yang autoritarian yang sedang dilanda perang saudara itu.

Lencana pertingkahan

Di Malaysia, Kementerian Pendidikan telah mengumumkan bahawa pelajar di semua institusinya perlu memakai lencana bendera negara mulai 21 April dan seterusnya. Institusi ini termasuk sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, kolej matrikulasi dan institut latihan perguruan.

Langkah itu telah mencetuskan perbincangan tentang bagaimana ia hanya seakan ‘tin kosong’ yang mengutamakan soal luaran atau struktural berbanding hal asasi atau realiti asas.

Ramai yang tidak akan membantah matlamat inisiatif ini: bagi menyemai rasa cinta dan bangga terhadap negara dan untuk menggalakkan perpaduan, disiplin dan tanggungjawab di kalangan pelajar.

Tetapi beberapa persoalan timbul. Adakah ini yang anak-anak kita perlukan sekarang? Adakah pemakaian lencana benar-benar akan menimbulkan kebanggaan kepada negara dan menyemai perpaduan dan disiplin dalam kalangan pelajar? Jika ya, bagaimana sebenarnya ia akan berfungsi dan bagaimanakah hasil inisiatif ini akan diukur?

READ MORE:  Mahathir's mall controversy: Navigating Malaysia's cultural identity beyond divisive rhetoric

Sebuah artikel di Jakarta Post baru-baru ini “Mengapa rasuah berkembang dalam masyarakat beragama” menyentuh tentang cara kanak-kanak mempelajari nilai.

Kanak-kanak tidak belajar penaakulan moral dengan arahan sahaja. Mereka meniru. Mereka menyerap nilai secara tidak sedar melalui cara penjagaan, keadilan dan kejujuran yang dicontohi dalam kehidupan seharian. Jika mereka melihat orang dewasa bercakap dengan baik, menghormati peraturan, mengakui kesilapan dan mempersoalkan kuasa, mereka belajar bahawa kelakuan itu penting. Jika mereka melihat orang dewasa melakukan ritual sambil berbohong, menipu atau berdiam diri dalam menghadapi kesalahan, mereka belajar bahawa agama dan etika boleh hidup berasingan.

Jadi, adakah kita lihat apa yang anak-anak kita pelajari daripada kita serta daripada pemimpin politik dan korporat di Malaysia?

Adakah mereka belajar untuk punya belas kasihan untuk orang lain, terutamanya mereka yang mungkin kelihatan berbeza daripada kita? Adakah mereka belajar untuk melihat kemanusiaan dalam setiap orang di sekeliling mereka?

Adakah mereka belajar bahawa jika melakukan jenayah akan tiada hukumannya? Atau adakah mereka belajar tentang soal ‘dua darjat’ dan bagaimana sesetengah penjenayah nampaknya tidak perlu bertanggungjawab atas jenayah mereka?

Adakah mereka belajar tentang betapa pentingnya alam sekitar kepada kesejahteraan orang ramai dan peranan kita sebagai penjaga?

Adakah mereka belajar tentang kesaksamaan jantina dan berkongsi peranan serta tanggungjawab di rumah serta dalam komuniti?

Dalam semua perkara yang kita orang dewasa katakan dan lakukan, termasuk di media sosial, apakah yang kita pupuk dalam diri kanak-kanak di sekeliling kita?

Adakah kita benar-benar merasakan memakai lencana akan menyelesaikan semua ini?

Pilihan raya kecil Ayer Kuning

Sementara itu, pilihan raya kecil Ayer Kuning akan datang pada 26 April. Mari kita lihat jika ada mana-mana parti politik yang bertanding akan meletakkan calon wanita.

READ MORE:  Form over substance: Malaysia's struggle with leadership and values

Pada 8 Mac, semasa melancarkan dasar kebangsaan untuk wanita bersempena Hari Wanita Antarabangsa, PM berkata perlu ada desakan untuk perwakilan wanita yang lebih meluas dalam politik. “Kita memerlukan pemimpin wanita kuat yang boleh bercakap dengan berani tentang kebebasan dan demokrasi, menggunakan sepenuhnya peluang untuk menyatakan perspektif mereka untuk menyumbang kepada pembinaan negara.”

Seperti yang sedia ada, penyertaan wanita dalam membuat keputusan politik di Malaysia adalah suram. Wanita membentuk 16.1% daripada menteri kabinet, 13.5% daripada ahli parlimen, 16.1% daripada senator dan 10% daripada ahli dewan undangan negeri.

Walaupun membentuk hampir separuh daripada penduduk negara (47.4%), wanita tetap diketepikan dalam membuat keputusan politik.

Dalam Asean, Malaysia mendapat markah terendah untuk pemerkasaan politik dan perwakilan wanita, menurut Laporan Wawasan Global Gender Gap 2024 oleh Forum Ekonomi Dunia.

Kita boleh bercakap tanpa henti tentang pemerkasaan wanita dan peranan mereka dalam membuat keputusan dan bagaimana mereka boleh menyumbang kepada pembinaan negara.

Namun realitinya berbeza saatnya ia cukup sukar untuk kita ‘sandarkan’ saatnya seseorang tidak mendapat tempat duduk di meja!

Bahawa ketidaksamaan jantina telah berakar umbi dalam masyarakat kita di banyak peringkat bukanlah perkara baru. Oleh itu, adalah penting untuk mencabarnya pada setiap peluang yang mungkin.

Ketegangan yang mendidih

Sepanjang bulan lepas, kita menyaksikan beberapa peristiwa – DJ Era FM yang mempersendakan tarian kavadi, kes menampar bulan Ramadan dan pertikaian (yang sudah selesai, walaupun rasa tidak puas hati berterusan) berhubung pemindahan kuil Hindu dan pembinaan masjid di tapak kuil.

Reaksi terhadap insiden ini mengingatkan kita betapa cepatnya ketegangan etnik dan agama boleh memuncak. Mereka juga menunjukkan kepada kita betapa perlunya ada tindakan segera untuk membendung dan meredakan keadaan.

READ MORE:  Stop riling up religious sentiments for political mileage - Patriot

Setiap kali kejadian seperti itu berlaku, banyak masa dan tenaga digunakan untuk mengutarakan fakta daripada maklumat yang salah. Komen-komen yang tidak membantu atau menyakitkan hati daripada pelbagai pihak sering kali memburukkan lagi keadaan. Suasana tegang juga perlu ditenangkan. Melihat semua itu, kerajaan perlu memikirkan cara yang seimbang ke hadapan untuk menenangkan keadaan yang rumit sebegini.

Semua ini tidak memberi petanda baik kepada negara.

Hidup bersama-sama dengan orang dari berbeza latar belakang etnik dan agama serta bertolak ansur dengan pelbagai amalan mereka tidak semestinya menjadi jalan yang penuh dengan pancaroba – melainkan, sudah tentu, kita memilih untuk menjadikannya sebegitu.

Kita menggalakkannya menjadi sedemikian rupa apabila membenarkan pemimpin tertentu untuk mempolitikkan kaum dan agama.

Kita berbuat demikian setiap kali kita berkeras untuk menari ikut irama di mana ‘apa yang dimiliki saya lebih baik/lebih besar/lebih suci daripada anda’. (Pemikiran di sebalik irama sebegini cukup jelas.)

Kita berbuat demikian apabila pemimpin tidak berani melakukan perkara yang betul kerana takut mengecewakan pengundinya. (Ingat, kuasa tidak selalu benar.)

Kita berbuat demikian setiap kali kita malas untuk berfikir atau bercakap dan kemudian bertindak untuk tidak menghormati orang lain. Atau apabila kita berkongsi maklumat yang tidak dapat disahkan secara tidak sengaja.

Kita tahu bahawa ketegangan yang mendidih, jika ia tidak terkawal, akan membinasakan negara. Terdapat banyak contoh sebegitu di seluruh dunia. Adakah ini apa yang kita mahukan?

Kita semua – sama ada kita pemimpin atau rakyat biasa – mempunyai pilihan dalam apa yang kita katakan dan lakukan dan dalam keputusan yang kita buat.

Adakah kita akan bertindak dengan penuh integriti? Apa yang anak kecil akan belajar daripada kita?

Prema Devaraj
Editor bersama, surat berita Aliran
1 April 2025

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments