Resah dan marah RUU355

0
44 views
Najib and Hadi at a rally for the Rohingya inside the Titiwangsa indoor stadium: Najib will unashamedly use Pas to corner the voters in the rural hinterlands - Photograph: themalaymailonline.com

Agama tidak sepatutnya dijadikan mainan politik untuk kepentingan ahli politik dan parti masing-masing, tulis Mustafa K Anuar.

Tak disangkal lagi, pembentangan rang undang-undang persendirian RUU355 di Parlimen oleh presiden Pas Abdul Hadi Awang pada 6 April 2017 telah menimbulkan tanda tanya terutamanya perihal bagaimana ia dibentangkan.

Bukan sahaja rang undang-undang ini diutamakan berbanding dengan rang undang-undang kerajaan yang lain di mana ia bukannya kebiasaan menurut pengalaman rakyat Malaysia, malahan pembentangan rang undang-undang ‘punitif’ ekstrem ini turut dihalang perdebatannya oleh speaker dan ditangguhkan pula ke sidang Parlimen seterusnya. Insiden ini telah menjengkelkan kebanyakan rakyat Malaysia, yang kemudiannya mempersoalkan kebebasan speaker.

Hakikat bahawa ini kali ketiga rang undang-undang ini ditangguhkan membuatkan ramai yang tertanya-tanya adakah ini merupakan cubaan berterusan untuk mengacah-acah kerusi Melayu-Islam yang telah dimenangi oleh Umno Baru dan Pas. Boleh jadi hasrat parti tersebut untuk mengangkat Islamisasi di dalam masyarakat Malaysia merupakan satu strategi untuk memenangi fikiran dan hati pengundi Melayu Muslim menjelang pilihan raya nanti.

Sesetengah pihak pula berhujah bahawa acahan politik oleh Umno Baru dan Pas ini bertujuan untuk menampakkan seolah-olah ahli parti pembangkang yang marah dan merasa jengkel ini anti Islam. Apatah lagi hal ini berlaku apabila tindakan mempersoalkan pengenalan hudud ke dalam masyarakat Malaysia dilabel sebagai anti Islam oleh sesetengah pihak agama.

Parlimen sewajarnya menjadi ruang berdiskusi dan berdebat tentang isu-isu sosial dan nasional seperti RUU355, yang mempunyai implikasi sosio-politik yang mendalam. Masa yang secukupnya wajar diperuntukkan bagi setiap wakil rakyat membincangkan isu-isu tersebut dengan penuh berhemah, wajar dan tepat. Tidak membenarkan sesetengah ahli Parlimen daripada terlibat dengan perbahasan-perbahasan tertentu, seperti mana yang berlaku kepada pembentangan RUU355, adalah satu tindakan yang tidak demokratik, setidak-tidaknya.

READ MORE:  After 70 years, Onn Jaafar’s vision of an inclusive nation remains a dream 

Memadat dan mempercepatkan perbahasan Parlimen sehingga larut malam atau pun di awal pagi, seperti mana yang berlaku sebelumnya, adalah sama seperti menghina integriti Parlimen. Parlimen seharusnya menjadi tempat di mana perbahasan serius mengambil tempat sebelum undang-undang yang telah dibahaskan dengan baik itu dapat diinstitusikan.

Inilah sebabnya, sebagai contoh, idea provokatif yang menyatakan bahawa perogol boleh berkahwin dengan mangsa rogol seperti mana yang dicadangkan oleh bekas hakim mahkamah Syariah dan ahli Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya, layak untuk menerima respons kritikal dari dalam dan luar Parlimen. Perbahasan yang serius dapat memastikan yang idea-idea bermasalah seperti ini, kalau tak pun dungu, dapat ditapis terlebih dahulu sebelum diambil serius oleh sesetengah ahli Parlimen dan para penyokong mereka.

Idea yang keterlaluan ini telah membantutkan perkembangan wanita setelah bertahun-tahun lamanya perjuangan jantina, keadilan sosial dan hak asasi manusia yang dimajukan oleh pergerakan wanita Malaysia. Cadangan seksis ini boleh menjadi satu penghinaan kepada pejuang-pejuang wanita yang berwibawa, contohnya seperti mendiang Elizabeth Sarojini Devaraj.

Berbalik kepada saga RUU355 – agama tidak boleh dijadikan politik bagi kepentingan ahli-ahli politik tertentu dan parti masing-masing. Dan Parlimen tidak boleh menjadi pentas untuk permainan politik dangkal ini.

Mustafa K Anuar
Editor bersama, Surat berita Aliran
12 April 2017

Diterjemahkan oleh Mohd Sazni Ahmad Salehudin.

Thanks for dropping by! The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

Our voluntary writers work hard to keep these articles free for all to read. But we do need funds to support our struggle for Justice, Freedom and Solidarity. To maintain our editorial independence, we do not carry any advertisements; nor do we accept funding from dubious sources. If everyone reading this was to make a donation, our fundraising target for the year would be achieved within a week. So please consider making a donation to Persatuan Aliran Kesedaran Negara, CIMB Bank account number 8004240948.
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments