Satu Dunia, Satu Hati

ANIL NETTO/ALIRAN

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

Oleh Wan Zamzahidi Wan Zahid

Satu Dunia, Satu Hati

Di Bumi luas kita bertempat,
Berbeza warna, bahasa dan adat,
Namun darah yang mengalir pekat,
Sama warnanya, satu rahmat.

Ada yang timur, ada yang barat,
Ada yang tenang, ada yang ligat,
Tiap jiwa miliki semangat,
Ada tujuan dan ada matlamat.

Kita berbeza, itu anugerah,
Bukan tembok, jadi pemisah,
Kepelbagaian suatu yang indah,
Mewarnai dunia ribuan kisah.

Tanganmu putih, tanganku hitam,
Tetap erat jika digenggam,
Tanpa hasad dan tanpa dendam,
Dunia aman hidup tenteram.

Hentikan sengketa, lenyapkan benci,
Raikan jiwa, pupuk harmoni,
Kerana di akhirnya, kita mengerti,
Satu dunia, satu hati.

– Wan Zamzahidi Wan Zahid

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.
AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran's work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments