Home Myanmar Watch Suhakam zahir kebimbangan terhadap pilihan raya Myanmar/Serious concerns over Myanmar polls

Suhakam zahir kebimbangan terhadap pilihan raya Myanmar/Serious concerns over Myanmar polls

Follow us on our Malay and English WhatsApp, Telegram, Instagram, Tiktok and Youtube channels.

[ENGLISH VERSION BELOW] Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menzahirkan kebimbangan serius terhadap pilihan raya terancang oleh tentera junta Myanmar yang diadakan dalam tiga fasa, bermula pada 28 Disember 2025 dan berakhir pada Januari 2026.

Sejak tahun 2021, junta telah berulang kali berikrar untuk mengadakan pilihan raya baharu sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut politik di Myanmar, meskipun masih bergelut dengan perang saudara, konflik berskala besar, serta ketiadaan prasyarat yang kondusif bagi suatu proses demokrasi yang sebenar.

Pada 1 Februari 2021, demokrasi Myanmar terjejas secara mendadak apabila junta tentera merampas kuasa daripada kerajaan yang dipilih secara sah iaitu Liga Kebangsaan untuk Demokrasi (NLD), sekali gus menandakan detik gelap bagi rakyat Myanmar dan aspirasi mereka terhadap demokrasi.

Sejak itu, junta telah melancarkan kempen keganasan dan penindasan terhadap rakyat Myanmar. Menurut data daripada Assistance Association for Political Prisoners (AAPP), lebih 7,000 orang awam telah terbunuh, lebih 20,000 orang telah ditahan secara sewenang-wenangnya, dan ratusan ribu telah menjadi pelarian sejak rampasan kuasa tentera pada Februari 2021.

Konflik berterusan di Myanmar telah mengakibatkan peningkatan kemasukan pelarian Myanmar ke Malaysia sehingga menimbulkan implikasi kemanusiaan secara langsung kepada negara ini.

Dalam keadaan ini, Malaysia mempunyai locus standi yang sewajarnya untuk membangkitkan dan menangani isu-isu yang timbul daripada situasi tersebut selaras dengan obligasinya di bawah undang-undang hak asasi manusia dan kemanusiaan antarabangsa serta instrumen Asean yang berkaitan.

Sehubungan itu, penyataan kebimbangan dalam konteks ini tidak boleh ditafsirkan sebagai pelanggaran prinsip tidak campur tangan Asean, sebaliknya merupakan pelaksanaan tanggungjawab yang sah dan selaras dengan komitmen Asean terhadap promosi dan perlindungan hak asasi manusia serta kestabilan serantau.

Menurut pesuruhjaya tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) Malaysia, setakat akhir Oktober 2025, kira-kira 211,360 orang pelarian dan pencari suaka telah berdaftar dengan UNHCR di Malaysia.

Daripada jumlah ini, sekitar 189,760 adalah dari Myanmar, terdiri daripada 124,123 etnik Rohingya, 32,800 etnik Chin, dan 32,827 individu daripada kumpulan etnik lain yang terjejas akibat konflik atau melarikan diri daripada penganiayaan di Myanmar, menjadikan mereka populasi pelarian terbesar di Malaysia.

Walaupun UNHCR menjelaskan bahawa peningkatan angka pendaftaran tersebut sebahagian besarnya mencerminkan peningkatan keupayaan pendaftaran organisasi itu dan bukannya semata-mata ketibaan baharu, angka ini tetap menekankan kesan besar krisis Myanmar terhadap Malaysia.

Susulan lawatan kerja Menteri Luar Negeri Mohamad Hasan ke Myanmar pada 9 Oktober 2025, menteri luar menyatakan bahawa komponen utama demokrasi ialah pilihan raya yang mesti dijalankan selaras dengan prinsip bebas, adil, telus dan berwibawa, serta selari dengan teras utama konsensus lima perkara Asean.

Semasa lawatan tersebut, junta tentera juga telah mengemukakan jemputan kepada negara-negara anggota Asean untuk menghantar pemerhati pilihan raya. Bagi Malaysia, jemputan tersebut telah ditujukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia.

READ MORE:  Sabah election: Who decides Sabah's future?

Namun demikian, Suhakam berpendirian tegas bahawa Kerajaan Malaysia tidak seharusnya terlibat dengan junta tentera tersebut, kerana sebarang bentuk penglibatan, termasuk penghantaran pemerhati pilihan raya, boleh membawa implikasi pengiktirafan terhadap sebuah rejim yang tidak sah, memandangkan pilihan raya yang dirancang itu tidak memenuhi syarat asas pilihan raya yang bebas dan adil.

Penolakan terhadap permintaan junta untuk menghantar pemerhati merupakan salah satu titik tekanan yang boleh digunakan oleh Asean bagi mendesak junta tentera ke arah tindakan yang lebih bertanggungjawab.

Suhakam menegaskan bahawa prinsip tidak campur tangan dalam Piagam Asean telah memburukkan lagi konflik di Myanmar, dan Asean perlu beralih daripada prinsip tidak campur tangan kepada prinsip tidak berdiam diri.

Pelanggaran hak asasi manusia yang berterusan serta krisis kemanusiaan di Myanmar terus memberi kesan yang semakin buruk dan membawa implikasi secara langsung kepada Malaysia dan negara-negara anggota Asean yang lain.

Suhakam menyokong sepenuhnya proses pendemokrasian di Myanmar. Namun, tiada pilihan raya boleh dianggap bebas atau adil selagi ruang sivik kekal terhad, pandangan berbeza disenyapkan, dan rakyat terus hidup dalam ketakutan serta penindasan.

Penyertaan politik dan awam adalah penting kepada tadbir urus demokrasi, dan pilihan raya seharusnya menyumbang kepada pengukuhan demokrasi, bukannya menafikannya.

Sehubungan itu, Suhakam menggesa semua pihak untuk segera mengutamakan pemulihan keamanan dan kestabilan di Myanmar, serta memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan kepada komuniti yang terjejas sebelum sebarang pilihan raya diadakan.

Hanya melalui usaha yang sedemikian, Myanmar dapat bergerak ke arah peralihan demokrasi yang inklusif dan berwibawa yang mendapat penghormatan rakyatnya sendiri serta masyarakat antarabangsa.

Suhakam merakamkan penghargaan kepada Asean atas penerimaan Deklarasi Asean Mengenai Pemajuan Hak kepada Pembangunan dan Hak kepada Keamanan ke Arah Merealisasikan Pembangunan Inklusif dan Mampan pada Oktober 2025, semasa sidang kemuncak Asean ke-47.

Suhakam mengiktiraf bahawa negara-negara anggota Asean kini mempunyai rangka kerja kefahaman bersama untuk membincangkan isu konflik dan keamanan di rantau ini.

Namun, Suhakam menggesa negara-negara anggota Asean supaya memanfaatkan deklarasi ini untuk membangunkan mekanisme dan instrumen yang konkrit bagi mencapai keamanan di Asean, dan bukan sekadar menganggapnya sebagai instrumen simbolik, dengan melibatkan secara bermakna Komuniti Asean, termasuk komuniti etnik dan wakil kumpulan dwi-minoriti dari Myanmar.

Suhakam kekal bersolidariti bersama rakyat Myanmar. Sebagai bakal pengerusi Forum Institusi Hak Asasi Manusia Kebangsaan Asia Tenggara bagi tahun 2026, Suhakam akan meneruskan dan memperkukuh usaha forum ini dalam memperjuangkan serta memajukan hak-hak rakyat Myanmar. — Suhakam

English version

Suhakam expresses serious concern over Myanmar election

The Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) expressed its serious concern over the elections by the Myanmar military junta that were announced to be held in three phases, beginning on 28 December 2025 and concluding in January 2026.

READ MORE:  Military-controlled ballot worsens violence and social division in Myanmar - UN rights chief

Since 2021, the junta has repeatedly pledged to hold a new election a means of resolving the political turmoil in Myanmar, despite the ongoing civil war, widespread conflict and the absence of conditions conducive to a genuine democratic process.

On 1 February 2021, Myanmar’s democratic progress was abruptly disrupted when the military junta seized power from the elected government led by the National League for Democracy (NLD), marking a dark moment for the people and their aspirations for democracy.

Since then, the junta has waged a campaign of terror and repression against the people of Myanmar. According to the data from the Assistance Association for Political Prisoners (AAPP), over 7,000 civilians have been killed, more than 20,000 arbitrarily detained, and hundreds of thousands displaced since the February 2021 military coup.

The ongoing conflict in Myanmar has resulted in a growing influx of Myanmar refugees into Malaysia, thereby generating direct and immediate humanitarian implications.

Under these circumstances, Malaysia possesses the requisite locus standi to raise and address matters arising from the situation in accordance with its obligations under international human rights and humanitarian law, as well as relevant Asean instruments.

Accordingly, the articulation of concerns in this context cannot be construed as a breach of Asean’s principle of non- interference, but as a legitimate exercise of responsibility consistent with Asean’s commitment to the promotion and protection of human rights and regional stability.

According to the UN refugee agency (UNHCR) in Malaysia, as of the end of October 2025, about 211,360 refugees and asylum seekers are registered with the agency in Malaysia.

Of these, some 189,760 are from Myanmar, comprising 124,123 Rohingya, 32,800 Chin and 32,827 individuals from other ethnic groups affected by conflict or fleeing persecution in Myanmar, making them the largest refugee population in Malaysia.

While the UNHCR has clarified that the rise in registration figures largely reflects its improved capacity to register individuals rather than mapping out the new arrivals, these numbers underscore the significant impact of the crisis in Myanmar on Malaysia.

Following the working visit of Foreign Minister Mohamad Hasan, to Myanmar on 9 October 2025, the minister stated that a key component of democracy is that elections must be conducted in accordance with the principles of free, fair, transparent and credible processes, as well as in accordance with the main thrusts of the Asean five-point consensus.

During the visit, the military junta also extended an invitation to Asean member states to send election observers. For Malaysia, the invitation was addressed to the Electoral Commission of Malaysia.

READ MORE:  How international courts are pursuing justice for Myanmar's Rohingya victims

However, Suhakam firmly believes that the Malaysian government should not engage with the military junta, as any form of engagement, including the deployment of election observers, may imply legitimisation of an illegal regime, as the election does not meet the basic conditions of a free and fair election.

Rejecting the junta’s request for observers is one pressure point that Asean may apply to urge the military junta to move in the right direction.

Suhakam reiterates that the Asean Charter’s principle of non-interference has further exacerbated the conflict in Myanmar, and that Asean must move from the principle of non- interference to the principle of non-indifference.

The ongoing human rights violations and humanitarian crisis in Myanmar continue to produce significant spillover effects and have direct implications for Malaysia and other Asean member states.

Suhakam firmly supports the democratisation process of Myanmar. However, no election can be considered free or fair when civic space remains restricted, dissenting voices are silenced, and the people continue to live in fear and under oppression.

Political and public participation is crucial to democratic governance, and elections should contribute to democracy and not deny it.

Suhakam further calls upon all parties to immediately prioritise the restoration of peace and stability in Myanmar, and to ensure unhindered humanitarian access to affected communities before any election takes place.

Only through such genuine efforts can Myanmar move towards an inclusive and credible democratic transition that earns the respect of its own people and the international community.

Suhakam commends Asean for adopting the Asean Declaration on Promoting the Right to Development and the Right to Peace Towards Realising Inclusive and Sustainable Development in October 2025 at the 47th Asean summit.

Suhakam recognises that Asean member states now have the appropriate framework and language to discuss conflict and peace within the region.

However, Suhakam urges Asean member states to use this declaration to develop concrete mechanisms and tools to achieve peace in Asean, rather than treating it as a symbolic instrument, by meaningfully engaging with the Asean Community, including ethnic communities and representatives of double-minority groups from Myanmar.

Suhakam remains in solidarity with the people of Myanmar. As the incoming chair of the South East Asia National Human Rights Institutions Forum (SEANF) for 2026, Suhakam will continue and strengthen the forum’s efforts to advocate for and promote the rights of the people of Myanmar. – Suhakam

The views expressed in Aliran's media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran's official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran's official position.

AGENDA RAKYAT - Lima perkara utama
  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support our work by making a donation. Tap to download the QR code below and scan this QR code from Gallery by using TnG e-wallet or most banking apps:
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments

Most Read

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x